Monday, October 16, 2017

While I Was In Vienna

Sunday 3
pagi tu kami macam bermalas-malasan.
ikut plan malam semalam, Im nak ajak breakfast kat airpport sebelum dia depart.
tapi kitorang tinggalkan bilik pun dah pukul 9 pagi... sarapan pebendanya.

Im pun check in. semakin jaun dari pandangan tu.
"tak sangka kita jumpa kat sini kan Jie"
memang tak sangka. plan nak jumpa kat holland 6 tahun dulu... tinggal plan cam tu je. hahah...
"so, next, in brussel!"
"inshaallah", mana la tahu kalau boleh jadi kenyataan.

aku dengan Im, memang tak sentimental. sepanjang berjalan takde la asyik nak ambik gambo berdua. dan nak berpisah ni, just salam salam dan gelak gelak gitu je la.

lepas tu, aku anik tren ke vienna.
aku pakai tiket yang ada nama Im tu. sebab tiket tu valis 2 hari, ke manamana destination dalam vienna.
plan aku nak pergi prater. sebelum keluar bilik, aku ada wassap Iggy kalau kalau Su nak jalan jalan kat vienna dgn aku.
tapi Su naak ke airport je, lepas airport sebab dia nak balik ke roznov ikut taxi visitor lain yang akan sampai lebih kurang pukul 5.
takpa. aku sornang pun boleh.

-- sms Iva
--ivan call
-- bye bye vienna

While I Was In Salzburg

Saturday 3

aku sampai salzburg!!!! ha ha...
tak pernah aku terfikir aku kan sampai tempat ni. dan sememangnya aku malas nak pikir tempat tempat yang aku nak pergi pun... nak pulak dengan perangai aku yang 'buat dulu fikir

kendian' ni. malas nak fikir bahaya. ikut je ketentuan tuhan.

While I Was In Roznov - 12

Friday 2
pagi ni kena checkout.
aku turun awal mana tahu ramai yang nak checkout pagi ni.
urusan checkout dipermudahkan tuhan.

Pagi tu hujan. aku pun sms la Petr, bagitau dia pasal hujan renyai. time tu aku pun tak pasti la lokasi dia kat mana. mungkin masih di rumah kot. sebab dia kata rumah dia jarak 25minit pemanduan je. atau jugak dia kat kampung michal kohoutek... hehehhe

so, dia pun balas "7:45 at the hotel?"
dan aku jawab "Ok".
aku jawab 'Ok', tapi aku pun dapat rasakan yang dia tak akam muncul depan hotel aku ni ha... hahaha...
betul sangkaan aku, pukul 7:53 dia sms balik, tanya kot kot ada issue masa checkout.
aku dah hagakkk... dia mesti tunggu aku kat belakang. kat bangunan sebelah tu la.
walaupun rabu lepas Igor dah tunjuk jalan pergi ke pintu depan hotel, aku rasa, dia masih kompius dan masih percaya yang pintu aku selalu masuk hotel time balik kerja itu ialah pintu utama. so, dia tunggu aku kat situ la jugak pagi ni.
bila baca sms dia, aku pun keluar la dalam hujan renyai renyai tu... jenguk dia di hujung pagar sana. aku nampak dia tengah tunngu sambil tangan selok kocek, jadi lambai tangan kat dia.

dia tak bawak pun keter masuk ke parking hotel, dan aku pun malas la nak curuh dia pusing masuk hotel, aku tolak je la beg aku dalam hujan tu. bertembung dengan dia kat pagar, dia pun sambung tolak beg aku ke kereta dia.

OK... aku sangat tertunggu tunggu botol hari ni. sebab, malam tadi aku dah check, kebanyakan brand botol yang dia dah bagi kat aku, dah macam macam perisa.
YAHOOOOO!!!... aku dok menahan renyih ja bila aku tengok botol yang dia aletak kat tempat duduk passenger tu!
brand air kosong (kat sini bukan air mineral) yang BARU!! dan brand kopi yang BARU JUGAK!
seriously... mamat ni sengaja buat cam ni.lagi satu, buah hari ni ada lebih sikit. plum ada 2 bijik, pisang cam biasa, epal sebijik, dan dia bagi aku anggur hijau segugus. hari tu aku ada cakap kat azliny yang aku rasa macam nak cekik si petr ni sebab asyik jawab 'it's complicated' je... tapi hari ni aku rasa macam nak peluk dia sebab rajin sangat pilihkab macam macam minuman untuk aku... hahaha... pasal tu pun nak peluk. tapi aku tak peluk sapa sapa lagi la kat sini. nak wat pe peluk orang pulak kan...

camanapun aku ada sikit sedih lagi sebab botol aku kena buang. dan aku masih menahan renyih dalam hati sebab brand air dan kopi hari ni brand lain. jadi dalam keter, kami diam aje. lagipun hujan.... macam sedih je sebab hari ni last day aku kat sini. minggu lepas ada jugak hujan, tapi by 7.30 dah reda dah....

Petr lalu kat blok apartment tinggalan komunis tu, maka dapatlan aku tengok blok blok sebelulm aku balik... dan jugak pokok cantik yang aku tak sempat nak tahu nama dia apa tu...

hahah...

Petr tinggalkan aku kat entrance M8, sebab nak simpan beg kat guard. lepas tu dia pergi park keter dia. bye bye skoda!! lepas ni dapat naik lagi idak yek..

Petr tolong aku simpankan beg kat kaunter reception tu. tapi beg aku besaq sangat.. takleh nak sorok. maka, dia letak je la kat hujung kaunter tu.

Bagde dia kena tahan tadi. masa dia flash ada beep dan lampu kaler merah. jadi dia kena serahkan bag dia untuk acik security tu check.
"random check, not because anything

-jumpa igor - igor bagi syiling

- lukiskan doodle utk igor

- petr ajak pi canteen

- balik

- naik teksi

- sampai vienna

- jumpa im

- jalan vienna, makan pasta

- dapat buah dari kaunter

While I Was In Roznov - 11

Thursday 2

aku pakai baju kebaya hari ni. sebab malam ni ada group dinner. plan nak pakai kebaya ni jumaat lepas. tapi masa aku gosok hari tu, ada macam bau kencing kucing. cessssss.....

kena la aku basuh dulu. jadi untuk dinner malam ni, aku pakai je la kebaya ni. kalau tak buat berat beg je aku hangkut dari rumah.

Hari ni aku nak terkejutkan petr pulak. sebab semalam dia buat darah aku naik sampai kepala. punya la terperanjat. dia mai senyap senyap (mmg dia senyap pun... errr dan complicated), dari belakang.

aku nyorok sikit. duduk jauh dari tempat biasa. aku pun tak nampak keter dia. mungkin dia belulm sampai. jadi aku duduk la jauh sikit dari tempat duduk biasa aku. lepas tu aku

nampak keter dia sampai. aku 99% pasti itu keter dia berdasarkan warna aje. sebab aku bukan hafal sangat no plat keter dia. disebabkan dia park sebelah lori, senang la sikit aku nak menyorok nyorok datang ke kereta dia. aku perati je dia disebalik lori. dia keluar keter, tinggalkan pintu keter tak tutup camtu je, dan cari aku.
aku HAMPIR nak berjaya masukkan beg aku ke dalam keter dia...alllllamak... dia dah patah balik la pulak. dan ternampak aku. hehhhh... aku pun senyum je le. tak sempat nak sergah dia. frust... (uweeeekkkkk)

waaaaahhhhhhh banyaknya buah petr bawak hari ni...
"semua ni untuk saya ke?"
"ye la.." (kalau dalam bahasa dia : yeah yeah.. for you)
banyak giler, tatau macamana nak sumbat dalam beg aku. nak jinjing, hmmm dah macam din  beramboi pulak. tapi aku sumbat la jugak dalam beg aku segala pisang, epal, plum tu.....
aku terharu giler dengan petr ni. hari hari bawakkan aku buah, kopi dan air kosong. dia kata aku tak makan, jadi dia bagi buah banyak la.
lagi satu yang aku suka, buah buah yang dia bawak ni tak sempurna. ala ala macam petik dari pokok je. maksud aku, biasanya kalau beli buah kat kedai buah (kat malaysia la), semua buahnya nampak cantik, bentuk sempurna, kan kulit berkilat.
tapi itu bukan ciri ciri buah buahan yang petr bawakkan aku hari hari.

pagi ni Petr banyak cakap. asyik senyum je pulak tu. musykil aku. tapi sebenarnya Petr makin hari makin mesra. sifat pemalu dia dah hilang, atau mungkin sebab dah hari hari amik dan hantar aku, dia pun dah tak malu sangat kot. aku pun main redah je tanya dia soalan macam macam, saja nak bagi dia banyak cakap.
pagi ni aku ada lunchh-date dgn vlada hari ni. pukul 11, aku dah ready nak turun. Petr takde kat meja dia, aku ambik kertas recycle kat rak tepi pintu, aku tulis "I'm going out with Vladislav Hrachovec". pastu aku letak atas meja Igor. aku nak cakap je kat Igor sebenarnya, tapi sebab aku nampak telinga dia tersumbat dengan earphone, tu yang aku pass kertas tu je.
dia nampak aku letak kertas tu, dan dia jerit "OKAYYYYYY". masa tu aku dah pun dekat ngan pintu.

Aku sampai je tangga paling bawah, nampak Vlada dah tunggu aku. dia ni memang akan sambut aku la. takdak la jenis tunggu dalam keter je.
pastu kami pun pi skanzen tu.

sampai kat skanzen tu, dia nak cari parking paling cun. tapi terlepas tempat parking cun. disebabkan depa ni terlalu mengikut undang undang, dia takdak la sesuka hati buat u-turn.

lunch - keluar dengan vlada

petang - jalan jalan
'should i bring your bag?'

malam - dinner
-botol kena buang

-buang isi monster

While I Was In Roznov - 10

Wednesday 2

masa keluar pergi kerja, nampak keenan tengah check out. aku nak pass kunci bilik, jadi kena la tunggu urusan dia selesai.
aku pun, "good morning keenan"
"hi, good morning, how are you doing?"
"fine thank you"
sekali aku ternampak brian ada kat luar.
"have a good day, Haj" dia greet aku.
"you too". (betul ke jawab macam ni?)
lepas aku tingngalkan depa beberapa langkah, baru aku tersedar... mm aku patut amek gambar dgn depa ni.. sebab.. ini di luar seremban dan di luar phx. mana nak dapat lagi peluang camni.
tapi sebab aku ni pemalu dan waras... maka aku teruskan jugak a angkahh akuu ke depan.

petr belikan aku air ngan buah. penuh la pulak tangan aku. sumbat je la masuk beg semua. 

pukul 830 patut aku ada meeting dgn michal. tapi aku tatau tatacara kat sini camana. jadi bila aku sampai depan bilik dia, petr masih ada daam bilik, aku tunggu je la luar bilik.
dal overshoot 8 menet. aku pun heran, dia nak jumpa aku dgn petr sekali ke apa? tapi aku tetap tak ketuk pintu.

lepas tu agaknya depa pun heran aku tak mai, si petr bukak pipntu dan "aaaahhh..... "
ok, meang depa tunggu aku la tu.

michal tanya pasal situasi malcolm. tapi sebenarnya petangnya baru aku patut meeting dgn malcolm.
aku pu terangkan je la situasi semasa.

sipi sipi sikit lebih pukukl 9, vladislav pun muncul depan pintu.
"you have a eeting with him now?"
"yes"
michal pun bukak pintu dan cakap dalam bahasa depa, tapi aku rasa aku paham... "ko tunggu jap, bagi aku maksimum 5 minit, nak abihkan diskasyen"

michal cakap lagi, pasal extra malam kat vienna tu, aku takyah bayar sendiri. zbynek suruh claim dari budget project. waaahh.... terima kasih la zbynek....

rata rata depa ni tahu yang aku pergi prague. tak pasti siapa yang muut tempayan.. hahaha...
kalau petr yang cerita, adakah dia juga ceritakan yang dia hantar dan ambek aku pergi dan balik stesen ketapi? awwwww malunya aku!!!

meeting abes.

aku pun ikut vlada pergi bangunan dia. jalan kaki je.
dalam bangunan dia ada pokok cili. mcm mcm specis. dia ni peminat pedas rupanya.
dia cerita masa datang malaysia dulu, kak mag ada bagi buku malaysian cookery.
cili yang depa arvest tu depa buat serbuk atau flakes.

lepas tu kami masuk opis dia..
lapang giler...
syiling tinggi pulak tu. rasa nyaman jek.
meeting berempat. vlada, ludmila dan tomas. tomas drab nama penuh dia. janggut lebat muka jambu. haha.. teruk betul pemerhatian aku.

banyak la jugak cerita depa ni. tapi ok la. semua valid.

lepas tu aku kata bagi aku maca sejam sat, aku nak fix mana sempat. tapi vlada nak bawak aku melawat lab. tak sabar sangat dia. hahah..
dia pergi dari satu bilik ke satu bilik tunjuk semua service type diorang.... rasa bangga semacam walaupun aku rasa dia tak perlu pun tunjuk kat aku macammana nak operate mesin mesin tu..
yang aku rasa bangga tu sebab PAMS dan ONIT form merata rata!!! wah... rupanya aku buat sesuatu yang berguna.

balik lab tour, aku ingat nak buat sikit fixing. tapi slow sangat... rasa mcm buang masa je. jadi aku cakap aku nak balik m8 semula.

vlada tanya, aku dah pergi ke skanzen tu? aku cakap belum. sebab opening hours dia tak sesuai. pukul 5 dah tutup.
pastu dia offer balik kerja awal sebab nak bawak aku pi situ.
"is the place really wonderful?"
"hmm, it is not that wonderful, but since you are already here, it's a pity that do dont go there"
aku cakap, petang tu aku takeh sebab aku meeting sampai 4 lebih.
(sebenarnya kan petr nak bawak aku pergi naik gunung petang tu. tamauu la habaq alasan tu kat dia, macam famous sangat lak rasanya) last last dia kata, kalau camtu, kita pergi masa lunch time. 11-2 ok? hari khamis?
ok je aku...
(ku rasa jadual aku penuh enjoy je kat sini)
dia pun hantar aku balik.
sebellum tu dia ada tunjuk email birthday wish dia untk mike cairnes. dia sedih sebab mike tak balas pun email dia. "samada dia sibuk, atau dia tak nak contact kawan lama..."

sedih pulak aku dengar. dia pun tunjuk gambar terkini family dia.
aku rasa dia ni memang jenis ingat orang dan hargai persahabatan dan perkenalan. nostalgic sangat macam aku. hehehhe...

petang sikit aku ada meeting dgn malcolm. arrgghh... boring dia duk tanya pasal puasa. ko tak pernah puasa lillahitaaala ko diam la.....

lepas aku cakap "bye" je, aku cabut headphone, aku dengar petr kemas beg.
maknanya aku pun kena kemas beg... sebab takut lambat. nak wat canner malcolm tu mmg suka banyak cakap.

kami pun bertolak.
"mana igor?". sebab semalam petr kata igor nak ikut.
"we will pick igor at his home"
ye la. baru ingat. petr pernah cerita depa gelakkan igor sebab depa duk jauh depa naik beskal, igor duduk depan kilang tapi datang kerja naik keter.
kami pun singgah ambik igor.

tapi aku rasa petr lupa nak singgah hotel aku. chaittt...
dah kesan daripada itu, aku kena sandang beg 2 kg tu naik chairlift.

disebabkan masa dah suntuk untuk turun pakai chair lift, petr kata naik terus je la pakai keter.
aku ngan igor pun sembang, sembang pasal bradley cooper. hahaha.. sangat kelakar. tengah bergelak ketawa, tetiba petr potong sebab nak bagi cadangan.
dia nak suruh aku ngan igor naik chairlift, dan dia akan terus bawak keter ke atas, tunggu kami kat situ. sebab nak jugak bagi aku merasa naik cahirlift tu.
ok la. aku ikut jek.
cahirlift tu sentiasa bergerak ikut t ali cable tu. perlahan je la. bila sampai turn kerusi kita, naik je. untuk aku kena naik la, sebab jingkit pun tak sampai bontot ke kerusi tu. untuk orang averang CZ, diri aje, bila kerusi tu sampai, otomatik akan terduduk atas kerusi.

bila dah naik atas dalam 5 menet, si igor ajak selfie. hahaha.. dalam hati aku rasa lawak, muka brutal pun main selfie wefie... tapi aku rasa igor ni senang bawak bersembang.

chairlift tu gerak perlahan je. tapi kadang swing jugak sebab angin kuat.pemandangan memang cantik sebab langit biru cerah. ditambahh lagi dengan hijau pokok pine. ditambah lagi dengan kampung kat bawah tu yang sayup mata memandang....

aku tak perasan la berapa lama masa ambik untuk sampai ke atas tu. sebab banyak pulak soalan dari igor ni. beza dgn petr. kalau dia yang amek aku pagi pagi, kan ada banyak sikit benda nak cerita. hahah... (sebab dengan petr, 3 soalan, pastu sengappppp).

akhirnya sampai la kat atas. jalan ke depan sikit, igor dah nampak petr. aku tak nampak lagi peter sebab aku tak ingat dia pakai baju kaler apa.
tapi lepas aku dah locate petr tu, baru aku ingat pasal kaler jacket biru turqoiuse dia tu. aku suka kaler baju tu, sejak dia datang seremban aku dah berkenan dgn jaket dia tu.

macam matching je dengan kasut skecher aku. Masa hari pertama aku ke supermarket albert, aku nampak cashier tu pakai jaket sama kaler dgn jaket petr. bila dah sampai turn aku membayar, aku nampak sulam "Albert Supermarket" lkat baju tu. hahaha... apsal la jaket petr ni sama kalet dengan uniform Albert...

dari point tu, kami terus hiking ke atas. tengok view dari atas. cantik la sangat. dalam perjalanan tu berpeluang la kami amek gambar bertiga sebab jumpa pasangan warga tua ni dok lepak situ, so, mintak je la tolong dia amekkan gambar.
ok, sebenarnya destinasi kami ke patung radhost, dan seterusnya ke gereja lama.
masa nak sampai ke patung radhost tu pun aku dah tercungap cungap. bayangkan la aku sandang bag 2kg... hadeh... depa ni tatau ka beg aku tu berat!!! aku ada jugak terfikir nak mintak tolong Petr bawakkan beg aku tu, tapi teringat pulak masalah sakit belakang dia tu. tak jadi la.

dah bergambar dan bercerita, depa tanya nak teruskan tak. ada lagi 2 km ke depan tu.
aku rasa muka aku dah merah padam sebab panas sangat. aku pun tanya la, "wpa yang aku akan ketinggalan?"
igor cakap, takde apa pun. ada la churh lama, pastu ada bangunan restoran.
"malas la, nak patah balik lagi tambah lagi 2 km" ..... nak sambung 'dah la aku bawak beg berat ni'... tapi sambung dalam hati je.
"ok. takpe. tak kisah, kami pernah dah sampai ke sana"
(pandai la igor ni menjawab....)

masa jalan patah balik tu, Petr tunjuk ada jalan menuju gua kecik. aku pun teringat cerita harta karn radhost tu.. jadi aku ngan Igor pun dok buat lawak pasal tu. Petr, cam biasa.... *busy translating maybe*

kitorang singgah kat satu tebing tu. subhanallah. cantik pemandangan kat bawah tu. sejuk pun sejuk. angin kat situ memang kuat. petr ada tunjuk pokok pokok kat tebing tu, dahan dahan nya sebelah saja, akibat kuasa tiupan angin yang maha kuat.

turun bawah sikit, kitorang pun isi perut. aku ingat nak makan aiskrim je. tapi pakcik tu cakap "cornet! cornet". cuma cornetto je ada. hmm... boleh la. aku beli cornetto dan air kosong.

"igor orders the bramborak, because he wants to demonstrate to you". waaahhh... baiknya igor. haha. masa naik atas tadi, au ada dengar orang order bramborak. nama 'bramborak' tu mcm menarik perhatian. dan aku pun nampak 'bramborak' dah menu menu depan kedai. jadi aku pun tanya la, 'bramborak' tu pebende. maka depa pun eksplain la gitu gini. aku malas nak imagine sangat, aku iyekan je la...

bila bramborak tu sampai, kami pun share la makan bertiga. rupanya mcm hashbrown jek. sedap la pada aku sebab aku peminat kentang. petr gelakkan aku bila aku makan cicah aiskrim.

dia tu memang selalu gelakkan aku dengan benda benda yang aku buat. mungkin sebab dia tu seorangg yang lurus. :P

kami balik dengan kereta. aku duduk belakang sebab aku rasa, jalan balik akan sampai rumah aku dulu. masa jalan turun bukit tu, tayar belakang dok bunyi bunyi... kitorang dok teka disc brake la... tayar la... apa la... last last aku pun cakap "or am i too heavy sitting at the back here????". kami pakat gelak la.. bila igor cakap nak tukar tempat (dia buat lawak jugak), petr cakap, buyi tu sebab aku 'tak cukup berat'....

Igor tunjuk jalan ke hotel. peter ikut je denggan penuh kehairanan. haha. memang la dia heran sebab dia tak pernah sampai pun pintu depan hotel tu. dok hantar aku ikukt pintu belakang je.
sampai bilik pun dah lewat. tak tepon rumah lagi malam ni.

aku rasa petr ni sweet sangat.. HOH HOH HOHHHH pasai pa? sebab dia belikan aku air minuman dan air kopi lain lain setiap hari. apa yang sweetnya? sebab aku kan peminat botoi. jadi tak pasai pasai aku 'perasan' yang dia ni dapat membaca hatiku yang gembira dan teruja setiap kali tengok botol yang dia belikan. botoi botoi tu semua aku susun kat tepi dinding... nak tengok, sebelum aku balik berapa banyak aku dapat kumpul. ada jugak botoi dari tempat lain - air yang aku beli kat dubai, vienna dan prague. jugak air yangg aku dapat dalam regiojet. eh... ke si Peter ni ada ternampak yang aku bawak balik botol masa dia ambik aku balik dari prague hari tu? haha... malunyaaaaa!!!

While I Was In Roznov - 9

Tuesday 2
Hari ni aku ngan Petr akan pergi jumpa Edhouse. Tempatnya di pekan lain. Vsetin namanya.
Nak pergi ke situ, Petr ambik keter company. Macam aku pi Piestany hari tu la. Zdenek bawak keter kompeni.
Hari sebelumnya tu Petr ada tunjuk kat aku info pasal keter tu. Keter Skoda Octavia, aku rasa sama la mcm keter dgn Zdenek hari tu. Skoda Octavia.

Sekali pagi, datang amek keter, Petr mcm pelik tengok kad yang dia dapat dari "Jabatan Kereta" tu. dia kata nombor macam lain.
Aku tanya la apa nombornya. Macam biasa, aku yang dapat locate. Aku bab bab mencari ni terer aje.
Agaknya kereta tu lawa sangat, Petr pergi ke ofis balik nak pastikan betul ke itu kereta yang dia order. takut pulak dia order lain dapat lain.
5 minit lepas tu dia datang balik, dia kata betul la keter tu. Keter yang dia order tu dah takde dah, dan digantikan dengan keter baru.

Canggih keter tu weh.... aku je yang tahu guna.. kah kah kah..
"this car is too modern for me". kata Petr.

Kami pun sampai di Vsetin, tapi tak jumpa pulak lambang Edhouse. Tapi Petr tahu bangunan yg ada Edhouse tu yg mana satu. So kami menapak je la. Adehhhh lenguh aku panjat bukit...

Lepas panjat bukit, panjat pulak tangga sampai tingkat 3.

Masa dalam pencarian pintu Edhouse tu, aku nampak ada satu pintu ni. Memula aku eksaited ingatkan surau. Lepas aku dah google, rupanya gerakan reject islam kat CZ. Dia tampal sticker kat situ. ada lambang masjid, dan palang merah. ivczn - singkatan kepada islam v cz nechcheme.

Boss Edhouse tu baik giler. Perwatakan lembut le. Masalahnya dia cakap english bangus sangat. Ala ala amareka (ke British ntah.. aku pun tatau la). Jadi dia selalu guna idiom idiom yang aku tak tahu nak balas balik macammana. Ini juga masalah kalau aku bercakap dgn Mark Morris. Kalau dgn orang lain, depa takla dok guna idioms sangat, senang nak nyembang.

Michal Belicek dok cerita pasal bangunan yang depa duduki sekarang tu. Historical building sangat!. Lepas dah abih meeting pun dia bawak kami jenjalan ke musium. sambil bercerita pasal sejarah tempat dia. lawak tu la. atas musium tu ada menara tinjau. dapatla kami tinjau sekeliling tempat tu.
vsetin ni dikelilingi bukit. dan ada sebuah singai melingkar di tengahnya. kalau tanya aku lawa ke idok... sama je dengan pemandangan lain seluruh tempat yang akku lalui sejak aku sampai sini.. he he.. tapi, overall, lawa la.
banyak betul sejarah kat tempat ni. tapi yang aku perasan, mana tempat aku pergi pun
ada banyak je sejarahnya... sejarah yang panjang.
hmm lagi satu, kat vsetin ni dulu banyak kilang. kilang bahan letupan, kilang pistol, kilang perabut, kilang gelas... tapi bila jerman datang depa musnahkan hampir semua.
kat tempat ni jugak ada apa nam scientiest tu ntah... great inventor jugak la, bodoh sikit je dari tesla, dan hidup pun dalam zaman yang sama dn tesla. pastu, ada Bata (kasut tu), dan Phonet (perabut kayu).

kami pun balik ke roznov. aku main main dgn panel touch screen yang tahap bmw tu.. hahah..
aku berminat sebab aku tak paham apa yang dia tulis. jadi macam try n error la. cool!!!
petr pulak eksaited sebab keter tu stabil giler. ada la tiga kali dia pecut.. test power la konon.

sampai hotel. dah malam sangat (kat malaysia). tapi call jugak la rumah... tapi amanda tidoq jugak. syafiq la dok cerita mcm mcm....

aku baru ternampak yang aku lupa simpan susu dalam fridge. tak sangggup aku nak minum. jadi aku pergi la albert. beli roti, susu, kopi. dan jugak aku pi beli buah buah kering, dan flourmix utk buat kek dan makanan CZ tu. yang roll tu la..

laundry dah siap. *******

While I Was In Roznov - 8

Monday 2

Aku bangkit lewat. Dah la malam semalam lambat buka. Penat sangat. Tertidoq. Tanpa selimut. Apa lagi masa terjaga mengerekot la.
Samsung Health apps dalam tepon aku ni merekodkan langkah aku selama 2 hari semalam dan kelmarin ialah 35ribu...
Aku text Petr "I need a new pair of legs"
Dia text balas "ala.. kat opis nanti duduk aje kan... " - (aku translate kan, sebab dapat bayangkan cara dia perli aku!... hohohohohohhhhhhhhhhhhh).

Sebenarnya tak la bangkit lewat benor sebab masih pukul 6.
Siap siap mandi... aku tatau nak pakai baju apa. Sebab baju mcm semua dah pakai 2 kali. aku bungkus baju utk laundry, dan pakai je la baju yg paling kurang bau.. :P

Terus turun nak pi square. Sampai kat pintu keluar, ternampak seseorang yg macam aku kenal.
tapi aku tak sure nama dia apa... hahhaah... karang aku salah sebut kang kecik lak ati dia, maklumla encik director.
Aku rasa itu Brian. Tapi aku tak berani nak jerit Brian.
Aku pun.. "hello good morning."
Dah tentu aku gantung badge kat leher, dia pun kenalkan diri.. "Hello, I am Brian Shikerjean"
AHA!... ok betul la tu, aku pun "I am Hajiah"
"HAJ!!!" reaksinya gitu.
OK... Brian ni satu satunya QA director yang tak pernah bercakap dgn aku. Dia mungkin selalu baca email aku, tapi tak pernah bercakap pun. Kalau dia datang Seremban pun, aku buat buat macam aku bukan Hajiah je. :P
So, lepas 5 menet sembang, aku terpaksa pergi. sebab Petr tunggu aku kat square.

Sampai sampai square, looor.... apa dah jadi.. ada enjin keruk la pulak. Terpaksala aku lepak depan kedai aiskrim. Tapi kerusi tu mengadap kedai baju, dan kat cermin pameran tu pulak, patung tu pakai bikini 2-pieces. Tepon Fird jap sebab semalam tak sempat tepon. Sambil tepon, petr pun sampai..
HAHAHAAAA... petr ni mmg hebat, sentiasa dapat locate aku. selalu dia la yang nampak aku dulu, sebelum aku nampak dia. aku rasa, dia sebenarnya buat satu pusingan dulu, scan aku, sebelum dia parking keter la... ho ho...
Sebenaqnya Petr baggi aku serangan jantung pagi pagi ni. Ye le, aku tengah bercakap dengan laki aku... tetiba dia muncul tepi aku! darah naik ke kepala macam nampak hantu!. Hantu sungguuh aihhh

Nasib baik aku terserempak dengan Brian depan hotel, maka ada la benda aku nak sembangkan dgn Petr. Tapi, tak jadi bahan sembang pun.:(
"do you know Brian Shikerjean?"
"no"
Heheeeeee...... diam je la dalam keter sampai tempat parking opis...
Aku rasa dia ni memang jenis malas bercakap kot. Mesti dia rasa 7 hari yang lalu adalah hari paling disaster sebab kena layan cakap aku.. yang asyik asyik tanya soalan yang dia malas nak jawab. Haham cam tu la luahan harian aku kat Azliny. Hari hari mesej dia ngadu keboringan duduk Roznov ni.

Ok. Ini dah hari ke 5 aku kat bangunan ni. Aku dah hafal la jalan ke pintu opis.
Tapi, nampaknya hari ni Petr pulak yang salah level. Ok, aku anggap dia kongsi kepenatan aku kot...

Pagi, Michal masuk opis, ajak aku pergi TownHall. Ada Keenan katanya. Aku pun pergi je la. Aku, Michal ngan Igor.
Perrrghh... dia duduk row ke3 tu... dah tu dia nak ajak aku duduk row paling depan.Skemanya boss aku!
Kebetulan, belakang aku Zdenek. "Hi Haj, did you go to Prague yesterday?".
Hahah... kecoh. Masa berjalan ke kafe tadi, Michal ngan Igor pun tanya pasal trip aku ke Prague.
Tapi bila Zdenek yang tanya, berlebih lebih pulak aku bercerita... hahha... dah la Zdenek tu duduk belakang Michal. Michal duduk kiri aku. kiranya aku dok pot pet pot pet dengan Zdenek tu di belakang Michal. Tapi Michal boleh buat serius je pandang depan. haha.. apo apo je lah Boss.

Town hall start. Keenan macam terkejut nampak aku. Tapi dia buat cool dia la. Bila dia dah abeh present, dia tanya la kalau ada soalan. Senyaaaaap je kafe.
Keenan pun cakap "kalau siapa dari seremban, dia tau la , orang seremban ada sepuluh soalan".. Ahhaha  aku rasa aku sorang je orang Seremban kat kafe tu. Aku pun bisik kat Michal - "kalau kat Seremban, HR dah bagi soalan siap siap untuk orang tanya, takla sunyi macam kat sini ni"
"REALLY???" ... hahah... aku biasa dengar 'really' itu kat telepon, dengan tonasi yang sama!

Takde apa jadi sangat pun hari ni. Rajin sangat aku berkerja.

Ramalan cuaca kata hujan pun, tak jugak hujan. :(

Balik kerja, aku mintak Petr turunkan aku kat simpang je, sebelum masuk square. Aku sebenarnya nak try kebab kat kedai hujung tu, walupun aku sebenarnya bukan suka sangat makan kebab.

Aku pun beratoq la. Mamat pembuat kebab tu tengok aku semacam je. Muka dia pun macam resah semacam. Tapi aku buat biasa je la.
Bila sampa turn aku, dia cabut lari keluar kedai. Walaupun aku heran, tapi aku tunggu je la kat situ.
HAHA rupanya dia pi keluar cari orang yang tahu cakap english. hadeh... aku nak order pakai sebut nombor dalam menu ja. takyah la dia risau sangat.
Tapi sebenarnya dia nak eksplain kat aku apa yang aku order tu. hmm SOP kedai depa kut.

Keluar dari kedai tu terserempak dangan Su dan Ignatius. Pi shopping kedai sukan, beli jeket.
Kami singgah Albert kejap. Aku takdak beli apa, beli coklat 2 3 papan je.
Kami pun jalan balik ke hotel, hujan! wah bestnya.
Tapi ujan kat sini tak pernah lebat sangat sangat. Tapi boleh la buat aku rasa hujan, aku kan suka hujan... haha.

Malam tu aku call Mark Morris. Sebab aku makin tak paham apa yang dia dok pressure aku. Ok. Lepas call kurang setengah jam, masalah selesai.
Aku cakap kat dia, aku dah tak larat sangat ni... banyak sangat kerja.
Dia pun hantar email kat aku "hang on there. take it easy". Huh ko cakap senang la take it easy. Ko pun kena preassure dengan Malcolm, pastu ko preassure aku pulak...
Aku tidoq. Bangun lambat. Tak sahur jugak.

While I Was In Roznov - 7

Sunday 2
aku bangun pagi. pertama sebab aku nak masuk toilet dulu. kedua, sbb aku mmg dah takleh tidoq.
aku checkout, dan teruskan misi amek gambar.
memang lengang la charles bridge tu. boleh la aku bergambar. tapi personally, charles bridge tu tak menarek pun pada aku... hahah... patung kiri kanan dia sarat pulak tu.

haishhh.... boring lah..

tengah aku dok snap sana sini, ada orang bagi salam.
aku malas nak pandang sangat sebab kekadang orang bagi salam sebab aku ni pakai tudung. lepas tu dia tanya macam macam lagi. kadangg dia tanya dalam bahasa melayu.

"can you move away because i am recording a panorama picture". tapi dia tak blah pun. ye la, dia ke depan la 2 3 langgkah gitu, tapi termasuk jugak dalam gambar aku. syukur kamera aku pandai, lepas process tak de gambar dia.

so, akhirnya dia temankan aku berjalan kat prague. merata la berjalan, dan banyak la yang kami sembangkan.
ok. hari pertama aku, jalan sana sini, banyak pasal sejarah kristian dan sikit sikit yahudi.
hari kedua dengan mamat rusia ni, lebih kepada perkembangan islam kat prague.
berapa kedai orang islam kat situ, apa orang islam buat kat situ, dan dia tunjuk masjid masjid sekitar prague. ada 5 semuanya. tapi dia kata dia jarang jumpa orang malaysia walaupun dia tahu ada ramai malaysia duduk prague. hehehe... (itu aku gelak dalam hati)

aku ada tiket yang petr bagi kat aku. tapi tiket tu mcm pelik, jadi aku tak tahu nak pakai kat mana..

dah tengahari, dia pun hantar aku ke stesen ketapi. walaupun pada mulanya aku rasa aku boleh cari sendiri, tapi aku akui, dia banyak tolong aku cari ketapi aku tu. bila aku cakap sampai hranice nanti ada kawan ambik aku, dia terkejut. "you cannot trust anyone in CZ except a muslim"

kami pun berpisah. tapi sempat bertukat alamat email.

****

aku punya la risau takut aku tertidoq dalam tren, mana nak tahu terlajak sampai ostrava ka. tapi ostrava okayy lagi, kalau sampai poland? haha.. tetiba aku melawat warsaw pulak kang...

akhirnya sampai la hranice.


-- naik bukit

While I Was In Roznov - 6

Saturday 1
-- ikut tour
--check in hostel mango

While I Was In Roznov - 5

Friday 1

Pagi pagi aku jenjalan kat taman. Pi tengok itik kat sungai dan kolam. Rasa mcm nak turun mauk sungai, tapi aku tahu air sungai tu sejuk giler, takde manusia kat situ kot masuk sungai main dengan itik pukul 5pagi.

Balik hotel, aku sms Petr. "Hi Petr, usual place. 8am?" masa tu pukul 7.38am.
15 minit lepas tu baru dia balas. Aku rasa dia balas masa kat trafik light sebelum masuk Rpr square ni. heheh...
Walaupun dia balas lambat, aku sebenarnya dah turun ke square tu dah. Melepak kat tengah square tu sambil sketching.
 
Petr letak botol air atas meja aku. Aku sangat terharu dan tertawan, sebab seperti yang aku sangka, mesti dia bagi botol lain... hahahah.. lawak aku rasa!
Aku tak pasti dia buat ni sebab aku ada bagi dia botol lain lain masa kat Seremban... ade ke? tapi tak mungkin. Yang aku ingat, aku bagi calpis mango, air mineral, kopi tin, 100plus. Air mineral tu pun ulang uang hat tu ja la.

Hari ni aku akan ke Prague. Jadi aku pakai seluar. (hari lain aku pakai skirt).

Masa lunch, Petr ajak pergi cafe, aku ikut je la. Pertama sebab aku nak tengok cafe depa ni macammana. Kedua sebab sekurang kurangnya boleh la aku sembang dengan seseorang.
Aku tak makan atau order makanan.
Aku cakap kat Petr, aku saje je turun nak temankan dia makan. (huk aloooo)
"Petr, why everybody in the offce is soooo quiet?"
Petr senyum. Dia cerita, dulu depa tak sesenyap itu. Oooo maknanya dia pun sedar la yang opis tu senyap. Dia kata, pakcik sebelah aku tu, pastu pempuan belakang pakcik tu, pastu ada sorang mamat kat depan pakcik tu (seberang kubikal), semua report ke Zara. Zara, dan 2 orang lagi, kat inner kubikal sebelah aku, pun sama, satu team dgn Zara.
Lepas tu dia sambung..."and the man at the corner near you, I do not know who he is or where he came from"
WAKAKAKA... ok... meh aku nak citer. Mamat ni agak lain dari orang-orang lain kat opis ni. Dia selalu pi opis pakai seluar maroon. Takpun hijau lumut. Dia oriented kan monitor dia secara potrait. Jadi aku selalu nampak la monitor dia. Biasanya gambar gambar. Jadi aku pun tak pasti dia kerja apa. Telinga dia selalu tertutup dengan headphone. Ni kalau aku bawak headphone aku ni, boleh lawan sapa punya lagi besaq. Aku ada bawak, tapi tinggal kat bilik hotel sebab beg aku nak kena spare ruang untuk jaket.
Mamat ni rambut dia panjang. Muka dia pun ada ciri ciri peminat rock.
Dan, macam yang lain lain jugak, aku tak pernah dengar dia bercakap.
Kadang aku terfikir, depa ni jadi diam sebab aku mai duk sini ka?
Petr cakap, dulu ada team Igor je kat situ. Bila team zara datang menumpang, suasana jadi macam senyap la sikit.

Aku dah nak pi prague, tapi nampaknya dataplan aku tak activate activate pun lagi.
Aku bawak buku simcard tu kat mamat belakang Zara (ok, aku tak tanya nama dia apa)... mintak tolong fahamkan aku, kenapa dataplan aku tak jalan.
Dia kata, patutnya dah jalan (aku pun tahu), lepas tu dia call nombor aku - aku boleh angkat. Maknannya dah ok la tu.
Hmm... 'thank you' je la.. takkan aku nak argue lebih belih pulak. Bukan dia penjual simcard pun.

Aku pun restart tepon aku.
Mengong je rasa, lepas phone aku restart dataplan aku activated. Huhhh... malu pulak nak habaq balik kat mamat tadi.

Petr tanya, nak balik pukul baper. Aku tanya balik, baper lama nak ke Hranice tu? Dia kata, kalau awal sikit, 35 minit dah sampai.
jadi kami blah pukul 3.30 camtu. Singgah hotel sebab nak hantar laptop dan solat.
Petr turunkan aku kat pintu biasa. Pintu tepi restoran. Aku pun memang masuk ikut pintu tu.
Tapi masa keluar balik, aku keluar ikut pintu depan restoren. Hahah... aku tak nampak kaki dia kat tepi keter. seperti yang aku agak, dia tunggu aku kat depan pintu tepi restoren tu (sambil seluk kocek ye).
Hhahaha... tapi, belum sempat aku terperanjatkan dia, dia dah nampak aku. Sebenarnya aku teringin nak tengok reaksi dia kalau aku terperanjatkan dia... sebab aku tengok muka dia ni satu pesen je. Takde ekspresi !!!

Kami pun ke Hranice.
Dalam keter dia boleh tanya aku "should I turn on the air cond?" keter dia, dia punya suka la...  Seperti yang aku kenali dia, aku jawab "yes", sebab dia akan ikut cakap aku. :P
Dia kata dia nak lalu hiway. Tapi aku pun tak perasan, manakah hiway itu.
On the way ke Hranice, mmg kami lalu sebelah jalan ketapi je. Memula Roznovpr, Zubri, Zasova, nampak la 'stesen ketapi sepi'.
dekat nak sampai Valmez, Petr tunjuk aku simpang belah kanan. Situ la rumah dia, 2 km ke dalam.
"you live with your parents?"
"no" tapi aku tak tanya dia duduk dengan sapa. Malas la nak tanya semua. Sebab selalunya kalau aku menjawab soalan, aku akan jawab panjang, takpayah orang tu tanya tanya lagi dah.
(sebenarnya Jade & Mahira pernah tanya aku, Petr ni dah kahwin ke belom. Aku sebenarnya tak pernah tanya orang soalam macam tu. Takut sensitif. Mana tahu, sekali aku tanya terus dia nangis - kot la tunang baru meninggal minggu lepas ke kan....)

Sampai ke Hranice. Entah la, pada aku jauh juga nak sampai hranice ni. Tapi bila tengok jam balik, memang tak lama mana pun.
Kitorang lalu hiway. Tapi hiway dia tak la macam hiway kat sini, ada banyak lorong. Hiway depa ni cuma jalan grade tinggi la sikit. Itu je la yang aku perasan perbezaannya dengan jalan yang tak hiway kat sini. Petr kata projek tu projek EU.
Turun dari keter, hukalooo... cikai giler stesen Hranice ni. masa aku tengah cari tiket ke Prague tu, memang aku dapati banyak connecting train dari Hranice ni. aku bayangkan stesen Hranice ni besaq dan sibuk la. Tapi biasa biasa aje. Bangunan tinggalan zaman komunis. Buruk. Tapi bersih. Bersih tu maksudnya takde la sampah atau botol botol bersepah.

Ada dalam 15 menet sebelum waktu tren aku akan berlepas. Uikk.. awal rupanya kami sampai. Petr ada ajar sikit sikit la pasal nama platform dan camana nak refer indicator atas tiket tu dgn train status board tu.
Aku naik RegioJet. Tapi aku asyik tersasul sebut RailJet kat dia. Dia pun kompius. Lepas dia kompius aku pun kompius kenapa dia kompius. Tapi dah banyak kali kompius, aku pun sedar yang aku sebut "Railjet", bukan "Regiojet". Railjet tu sebenarnya train yang aku akan naik masa kat Vienna nanti. NGOKK.... waahaha.

Masa atas platform, aku nampak ada tren pergi Warsaw (tapi aku rasa aku salah baca, bukan Warsaw sebenarnya, tapi apatah nama bandar Poland yang dekat sikit dengan CZ. Ejaan lebih kurang je). aku tanya Petr, ada tren pergi Warsaw Poland?
"ya ya"
Wow... pergi Vienna pun ada. Hmm pusat transit la Hranice ni walaupun rupa tak seindah mana.
Tren pun sampai. Aku pun naik. wow!!!! canggih giler lagi lawa dari dalam kapalterbang (ala.. aku pun naik kapalterbang kelas ekonomi je...).
Tempat duduk ada nombor. Jadi, naik la ikut nombor coach kau. kalau tak susah nak cari sepanjang tren tu. Masa nak beli tiket tu, ingat nak pilih yang duduk sebilik 6 orang tu, tapi kerusi kosong jauh dari tingkap. Itu je yang tinggal. Yang lain dah kena beli. jadi, aku duduk coach biasa yang 2-2 tu.

Aku jumpa kerusi aku. Tepi tingkap. Aku sempat la jenguk Petr kat luar tingkap. Aku masih nampak dia kat situ, seluk kocek. Nak babai ikut tingkap, macam hindustan sangat nanti.
Jadi, aku anggap aku dah hilang la, dengan harapan dia tak dapat agak seat aku kat mana... hahah chehhh.
Sebelah aku ada mamat badan berisi. Tengah main game kat latop dia. Cable berselirat - dengan power cable, dengan headphone, dengan cable henpon... mak aihh.... nak terbelit lenggan aku masa nak menyelit masuk ke tempat duduk aku.

Ketapi pun jalan. Dalam perjalanan, depa akan bagi sotkabo, air kosong dalam botol, dan kopi panas dalam cawan.
Nampak la aku pemandangan kat luar tu. Cantik je kampung kampung situ. Rasanya sebab baru summer, jadi rumput pun tengah hijau terbentang cantik je...

Masa dalam keter tadi, aku ada habaq kat Petr, yang aku akan sms dia bila aku kat Prague nanti. bila aku sampai, kat mana aku check in, dan bila aku nak balik semula ke Roznov.
Memula dia heran.
Aku cakap, dia je kot yang tahu aku ke Prague. Jadi, kalau jadi apa apa kat aku, sekurang kurangnya dia tahu. Ye le, kang aku pergi camtu je, maunya aku tak balik, sapa nak tahu kan....
Dia kata "no problem, you can text me"
Tapi, dalam 15 menet aku dalam tren tu, aku dapat sms dari Petr. Eh eh.. aku pun tergelak. aku cakap aku yang nak 'check-in' kat dia, tapi nampaknya dia yang 'check-in' kat aku...
Tapi, ok jugak, dia ada bagitau yang dalam tren tu ada free wifi. Kalau tak, aku taktau.
Apalagi, aku berwasap la. Mamat kat sebelah aku layan youtube. Pastu aku ada nampak dia tengok Isle of Man TT tu. Boring je.... aku curi curi tengok, dah screen dia besaq kan. aku tumpang je la.

Hari pun gelap. aku pun sampai Prague.

Turun tren, aku sebenarnya tak tahu arah mana. Kalau kat stesen KL pun aku tak sure arah mana nak tuju.. Jadi aku ikut arus je.
Dan, aku nampak la pintu besar pastu ada mcm lampu jalan. Jadi aku agak itu la exit kut. Exit belah mana tatau. Sure banyak exit kan.
Masa dah dekat pintu keluar tu, aku nampak kaunter tiket Regio Jet. Jadi aku pun singgah la nak beli tiket balik esok. Sekurang kurangnya aku dah boleh set kan time aku berjalan kat bandar ni.
Hmm.. regiojet memang sampai Hranice aje. Nak ke Roznov atau Valmez aku kena ambik tren lain. Tren 'kerajaan' kata Petr. Ha ha.
Masa dalam keter tadi, Petr ada cakap, kalau nak suruh dia ambik kat Hranice masa balik nanti, boleh je dia ambik.
Masa tu aku diam aje. Weekend kut. Sian dia kot nak kayuh beskal ke, nak panjat gunung ke... tak pasai pasai nak kena layan aku pulak.
Tapi bila tengok je jadual tren tu.. Aku pun rasa nak suruh dia ambik aku kat Hranice la.. heeeee.....
Aku pun beratoq. Kat depan aku ada 1 orang tengah beli tiket, dan 4 yang lain menunggu depan aku. Sekali, lelaki yang betul betul depan aku tu toleh keliling. Bila dia nampak aku kat belakang, dia toleh lagi sekali dan senyum. Tapi senyum dia macam gatal je. Jadi aku buat buat macam aku tak nampak dia. Dia toleh lagi sekali dan senyum lagi lebar. Aku memang pandang depan pun, tapi aku buat buat macam dia tak wujud depan aku. Macam pandangan aku tu tembus ke kaunter. Dia ada cakap sesuatu dengan aku. Tapi aku tak faham. TAPI...
Kawan kawan dia yang lagi 3 orang tu sangat mengerikan. Yang sorang tu, tangan penuh parut. Bukan parut gigit nyamuk aedes.. parut macam luka kena parang masa berlatih ilmu kebal.
Yang kat depan aku tu tak abih abih cakap dengan aku dan aku masih lagi buat buat macam aku tak nampak dia. Bila depa dah selesai beli tiket, depa tunggu aku kat luar.
Okay, masa ni aku rasa macam nak beli tiket balik time tu jugak jugak. Tapi, dah malam, pukul baper pulak Petr nak jemput aku kat stesen.

Aku pun beli tiket. Tiket ahad  pukul 1 lebih. Cukup la kot untuk aku jalan keliling bandar. Sebab kalau lagi lambat dari itu, akan sampai destinasi agak malam. Menjajau pulak aku nanti.

Lepas beli tiket, aku duduk je kat lounge tu sampai geng 4 orang tu pergi.

Setengah jam jugakla. Baru aku keluar dari stesen tu. Keluar pintu je, nampak bangunan yang banyak bendera tu. Memang aku dah study jalan ke hotel aku, maka aku pasti la aku di pintu keluar yang betul. Maka dengan konfiden aku jalan ke dataran Vaslesske (entah la apa nama dataran tu... asyik susah je aku nak sebut). Aku malas nak tengok tengok peta kat henpon. Nampak jakun dan nampak sangat tourist... tu pasai aku dok hafai jalan ke hotel aku yang sebenarnya tak jauh pun dari stesen ketapi tu, dan, jalan dia ikut blok blok, senang la nak hafal jalan mana yang aku kena belok.

Ok, aku jumpa bangunan masjid tu. Tapi.... errr... under renovation pulak. Dekat je dengan Hotel Yasmin. Memula nak duduk Hotel Yasmin ni la. Awal awal dul dapat harga murah. Tapi sebab aku confirm nak pi Prague ni last menet sangat, harga pun dah baik sampai 700. Mau pingsan!!!.
Kat depan kedai kabab, aku jumpa 3 orang muslimat. Depa tengah dok tengok menu. Aku pun lintas jalan dan tegur depa. Tapi depa macam terkejut je sebab aku regur depa. Aku cakap, boleh ke aku nak join depa jenjalan Prague ni. depa terus kata depa nak balik dah. Depa pun singgah sekejap je situ. Apa apa je lah. aku pun teruskan je jalan. sombong!! kot ye pun ajak le aku makan sekali ngan diorang ke... ok lah... depa tak suka percaya kat orang yang tak dikenali kot....

sampai la aku kat hotel aku yang lawa ituuuuu!!

Sunday, October 15, 2017

Bila Orang Kawin. Bila Kawan Kawin Part IV

Seorang rakan di pejabat saya mahu mengahwinkan anak perempuannya.
Dia menempah bakul dan bantal cincin.
"I want mmmm something like burgundy.... you know the color burgundy right.. mmm purplish, but not so purple la... i have some pictures that i can send you. mmmm and also, together with burnt orange. i want a combination of burgundy and burnt orange. cause i saw this in a picture from oversea wedding, they put this color combination and i think it is beautiful. you know burgundy color right, and you know burnt orange right... what do you think of that combination? okay aaa Hajiah? or do you have any suggestion? I will send you the picture lah later.. You can do for me right? My daughter's wedding will be in December"
(APA????? nak kenuri bulan doblas, bulan february dah bizi???)

Kawan yang berada di sebelah saya bertanya, "Jiah, Burgundy tu kaler apa?"
"Hahahaha... ungu lah! Ungu kemerah-merahan sikit."
"Lorr.... cakap je le purple"
"Oii... tak hipster la ko panggil kaler tu kaler ungu atau purple. Ko tengok orang jual tudung sekarang, mana ada orang jual tudung kaler ungu dah. Yang ada - 'plum', 'violet', 'mulberry', 'periwinkle', 'lavender', whatsoeva.... omfutih belaka. Yang beli tu belum tentu kenal buah mulberry. "

Ini zaman di mana kenduri kahwin hatta majlis hari jadi pun, mahu ditentukan warna temanya. Saya layankan sahaja. Sambil itu meraikan tuan majlis. Iyelah, kalau semua rakan-rakan jemputan buat tak endah saja tentang impian warna tema, tentu hampa si tuan majlis.

Saya memang seorang yang kenal warna. Kalau pergi kedai nak beli benang, tak payah bawa cebisan kain pun tak apa. Pasti benang yang di bawa pulang itu nanti akan padan dengan kain yang hendak dijahit.
Kalau nak beli tudung, atau kawan minta tolong belikan tudung (servis percuma, tapi caj konsultasi tetap dikenakan), kawan cuma wasap gambar baju saja, inshaallah saya boleh jumpa warna tudung yang dikehendaki.

Sewaktu majlis pertunangan anak saudara saya, Kakak saya berkali kali mengingatkan, "baju biru tau!". Selepas lapan kali dia memberi pesanan yang sama (macam pesanan dwi-mingguan lah), saya hanya balas "iyyye, aku dah beli dah. seluar dalam biru pun aku dah beli".
Tapi, bila tiba hari majlis, keluarga saya sahaja yang memakai baju biru. yang lain, rata-ratanya memakai baju turqouise.
Iyelah, turqouise memanglah dalam kumpulan biru... tapi sudah diberitahu 'BIRU', maka birulah. Lain kali beritahu, 'TURQOUISE'

Tak lama selepas itu pernikahan. "HIJAU PUCUK PISANG tau!, untuk lelaki aku akan bagi kain ela untuk buat baju melayu."
Tapi sebenarnya, kain ela yang diberikan itu berwarna 'HIJAU EPAL'.
Saya pulak, bersama-sama adik dan kakak saya, memakai baju 'HIJAU DAUN PISANG'. Sekurang-kurangnya masih lagi berpandukan 'pisang', bukan 'epal'.

Majlis resepsi anak saudara. "COKLAT".
Tapi tuan rumah sendiri bajunya warnya 'EMAS'.
Saya memakai baju polka dot coklat yang dibeli di sebuah kedai yang adik penjual itu sibuk Keek dengan teman lelakinya sampai harga pun tersalah tulis. Dua tiga hari selepas itu dia menalipon saya meminta baki bayaran dari jumlah sebenar.

Majlis perkahwinan kawan.
"Lin, apa warna tema?"
"TIFFANY BLUE".
"Okay!"
Jauh kami pergi merentas Selangor meraikan kawan kami ini.
Ada la sorang kawan kami ni yang memang TAK AKAN kisah nak ikut warna tema. Hari itu dia pakai baju oren. Tapi dia paling gembira kerana baju dia tak sedondon dengan alas meja makan.

Majlis perkahwinan adik ipar.
"Jom pakai baju pink"
"Okay, nanti jahit la baju pink. Nak pi google fesyen skirt tingkat-tingkat jap"
 Okay. Masa ini warna fuchsia sangatla popular, jadi mereka memilih warna FUCHSIA. Saya pakai BABY PINK.

Majlis perkahwinan kawan (lagi).
"Jom kita pakai kaler PINK. Ala-ala outing zaman sekolah"
(Boleh lah pakai baju kenduri di atas :) )
Saya rasa, saya lah yang mencadangkan warna PINK ini. Tapi, bila dah dekat dengan hari majlis, tak muat pula nak disarung ke badan akan baju pink saya itu. Dengan malunya saya ke majlis itu memakai baju HIJAU RUMPAI LAUT. Namun begitu, Tudung saya masih PINK. Jadi kalau gambar ramai ramai, saya duduk la di meja, taklah nampak baju saya yang (tanpa dapat dielakkan) tersalah tema itu. (Dan tak nampak la badan yang tak muat pakai baju pink itu)
Cantik saja melihat kawan kawan perempuan lain memakai baju tema 'BABY PINK' . Memang seperti sedang menunggu bas Tunjang untuk ke Pekan Rabu Alor Setar makan nasi pattaya.

Majlis perkahwinan kawan (ye, lagi).
"Jom ramai-rama pakai baju ungu!!".
Majlis ini paling meriah. Hampir semua kawan kawan pakai baju ungu. Khemah pun lengkap dipakaikan ungu. Nampaknya range ungu seperti tak besar, jadi baju baju kami pun senada semuanya.

Majlis perkahwinan kawan (haha... lagi).
"Tahniah Ajie kerana warna Nescafe Susu dipilih sebagai warna tema"
Hahahaha.... itu mesej wassap yang buat saya ketawa lebih dari biasa.




 










While I was in Roznov - 4

Thursday 1
Hari ni pergi Slovakia dengan Zdenek.
Zdenek sampai lewat 6 menet. Aku bayangkan dia kanan sampai tepat waktu macam senin kelmarin.
Macam biasa, sebab dia gentlemen, dia akan masuk kawasan hotel dan keluar dari kereta sebab nak sambut aku masuk keter.
Dan macam senin lepas, bila dia kelular dari kereta, dia akan bukak cermin mata ala-ala Horatio sangat. HAHA.

Masa menuggu tu, aku lepak kat tempat first day aku tunggu dia depan hotel tu.
Igy dan Su mencemarkan udara sekelilingku dengan asap rokok depa.
Depa naik teksi hari hari ke tempat kerja. aku malas nak amek teksi sebab nak kena set tepat masa pergi dan balik.
Iggy cakap, dia pun dah beli simcard. tapi dari telco lain.

Jadi kami pun ke Slovakia.
Zdenek ni, dia ni banyak cerita, macam macam cerita dia ceritakan. Macam-macam sooalan jugak dia tanya.
Saja la taknak bagi boring la tu. bila dia nampak aku diam pandang kanan tengok luar, dia akan tanya soalan atau cerita lagi.
Masa lalu kat kampung kampung dan hutan tanah tinggi tu, aku rasa dia sengaja bawak slow slow nak bagi aku enjoy pemandangan. dia kata, masa dia first time sampai Malaysia dulu pun, dia ambik gambar sana sini sebab pemadangan memang betul betul lain.

Menurut Zdenek lagi (chewah), trafik hari ini snagat baik. Tak pernah sabaik ini. Lori pun takdak. Langit pun biru cerah cantik molek. "Heran...", katanya.

Masa lintas border, Zdenek tanya, ada tak dapat sms, 'welcome to slovak' ke apa ke yang cam tu?
"entah...."
Tak lama lepas tu, aku pun tengok henpon aku.
Laa.. betui la. ada sms...
"vtejte ni slovenska" - yang ni ke? aku bacakan kat Zdenek.
"haaa. yang tu la..."
"vitete" bunyi dia. ye la 'J' tak bunyik kot. Lawak pulak. benda tu pun dia jadikan bahan cerita. Memang dia ni macam aku jugak la. :)

Dalam 2 jam camtu, kami pun sampai la Piestany. Kat sini ada M&M hijau tu, tapi aku tak ambik gambar pun - MALU. :P

Laco dah tunggu kat entrance. First time jumpa Laco. Laco ni dah macam bapak aku la... hahaha...
kami naik lif ke atas, Andrej takdak dalam bilik. Depa pun gelak macam seronok ssebab Andrej takdak. hahaha. (aku pun tumpang gelak)
ok. Rupanya Andrej dok tunggu kat bilik meeting hujung lorong bilik dia.
amboiiiii gumbiranya Andrej nampak muka aku!!!!
pot pet ntah apa dia cakap. siap nak bawak aku pi seluruh kilang nak tunjuk Piestany. 

"jom, kita jumpa orang orang IT"
"loh... aku tak kenal sesapa IT pun kat sini".
Nasib baik Andrej cuma bawak jumpa Duson Nusko. Aku gerenti Duson tu, nama aku pun tak pernah dengaq. nama dia aku dengaq pun sebab dia pernah dapat EOTY.
Bukan aku ada deal dengan depa depa ni pon.

Akhirnya, kami pun lepak kat taman... sembang sembang. lawa betul kilang ON kat Piestany ni. Admire aku. Ada taman tempat lepak. Iye le, dah tempat depa tak panaih lit lit, syok le melepak. pastu ada lukisan lukisan cantik menghiasi dinding.
Aku ada tanya andrej, sapa yang lukih tu? Dia kata employee kat sini la yang lukis, tapi muka dia tu... aku tak dapat nak bezakan yang mana betui yang mana melawak.
aku cakap aku nak hantar lukisan, boleh ke di tayang kat dinding tu?
Dia kata, hantar je, nanti dia submit suruh gantung.
"i am serious". aku buat muka serius (sambil senyum)
"i am serious too". dia pun buat muka serious, sambil senyum jugak.

Tang ni mmg lawak.
Andrej tanya aku nak pi mana hujung minggu, aku cakap aku tatau - sebab nak pi Prague, rasa macam jauh sangat.
"Hang pi check, nak pi Prague berapa lama", Andrej bagi arahan kat Zdenek.
"I already knew - by train it will take me more than 3 hrs. Lagipun kena... " Aku tengah nak jawab...
"wei Zdenek, hang pi check, lagu mana nak naik train pi Prague
Zdenek pun kata "Aji dah tau dah camana nak pi Prague haihh, nak tukaq kat mana apa semua...."
Muahahaha... zdenek maleh kena suruh lagi la tu...

"so, how long you will stay at prague?"
"I dont know. whenever I feel like I want to go back to roznov, I will buy the ticket"
"hahaha, so one day, I will call you.. 'haj, where are you' and you will answer ' i am in Prague still thinkingg wheather I shhould go back!! HAHAHAH'" - dia gelak sorang sorang.
Lawak la sangat (tangan kat bahu).... tapi pastu semua pun gelak. tak pasti gelakk kat dia ke gelak kat aku buat muka boring rolling eyes.

Andrej cadangkan aku tidoq Prague dua malam. Dia kata 'satu malam mana nak cukup!'. Memang pun, bukan tak cukup apa, tapi sebab Prague tu jauh dari Rpr, maka perjalanan aje dah makan masa. Pulak tu, bukannya tren sejam sekali.... jadi kalau pergi satu hari, memang tak dapat apa sangat la...
Tapi apa-apa pun, tiket mmg aku dah beli. hotel pun aku dah booking. untuk malam sabtu, aku dah confirm, utk malam jumaat je aku belum confirmkan.

Meeting pun start.
tadaaaaa....  aku jumpa Roman!... aku snap gambar dia. sebagai kenangan untuk Azliny. hahah. sebab aku rasa aku dengan dia sama-sama rude dalam ocs tempoh minggu. hahahha....
Tak sangka aku akan jumpa dia. Kelmarin aku dapat email dari dia, sambungan thread yang lepas la. Dia dok tanya aku soalan lagi, soalan yang aku tak paham.
Lepas tu, aku pun ocs la dia. aku cakap, aku kan ke Piestany hari khamis nanti, apakata kita bincang face to face aje.
Dia kata, dia tahu aku akan ke Piestany.
"mana tahu?"
"Laco ada hantaq email"
hahhhhh???? laco habaq satu Piestany ka aku nak pi sana? aduihhhhhh....

Aku jumpa hampir semua dalam team Andrej. Dalam meeting room tu aku sorang je pompuan. Aku sorang je pompuan kemetot. Dengggg.....
Aku nampak sorang kepala botak, muka dia sebijik dalam gambar kat employee directory. Sebelum dia kenalkan diri dia Tibor Danis, aku dah teka dulu yang dia tu Tibor.

Patrick Vandermeerch pun ada, tapi dalam tepon je. Okay la tu. Walaupun dia hanya mewakilkan suaranya, tapi dia la yang paling banyak tanya.

Andrej sempoi je orangnya. macammana aku jumpa dia kat Seremban, macam tu jugak la dia depan orang orang dia.

Tengahari kami jalan jalan. Petang dia suruh Zdenek bawak aku gi shopping.
shopping?????

Lepas lunchtime, ada sambung meeting lagi. tapi Andrej takde. hamboiiii depa ni... bila Andrej takde, masing masing ada soalan untuk aku. aku rasa mcm nak debik. Tapi takpa la, valid la semua soalan depa. Wa layankan jek...
Satu benda yang aku perasan, masa meeting pagi tadi, Andrej macam tahu benar pasal ONIT. Impressed sungguh aku - banyak kali.

Hari pun berakhir. Meeting tamat tepat waktu. Pukul 3.30 lebih kurang la. Kiranya just nice utk kami sampai Rpr kul 5-6 gitu.
Seperti yang zdenek janjikan, dia bawak aku pi Tesco. Sebab dia nak carikan aku Monster drink special edition The Doctor. 

Aku terperasan, kat Tesco ni ada ramai jugak yang pandang aku. Aku pakai tudung kaler cekelat tua. Memang aku sengaja bawak tudung tudung yang kaler ala-ala blonde, cekelat muda, cekelat tua. Tudung oren pun aku ada bawak, mana la tahu kat sini ada orang rambut oren.
Tapi sebenarnya :( :( :( , bila aku sampai sini, aku nampak rambut depa banyak kaler gelap. Rambut hitam pun ramai. HAHAHAH... aku ingat depa ni ala-ala Amareka. Kalau kat amareka, kepala macam macam kaler.

Kami pun masuk Tesco. Zdenek kata, Tesco ni besaq, dan macam macam ada. Dia biasa pi sini sebab kalau dia datang Piestany dia stay kat sini satu malam.
Tempat Tesco ni mcm pusat atau kompleks shopping la. Ada banyak lagi bangunan lain kat square ni.

"let me show you where the drink is, because I always come here, I know the place", kami pun terus jumpa Monster drink tu.
"see... the price is cheaper here. I think we made a god decision to buy here"
Masa tu, aku jadi macam kompius... aik... apsal 1.xx jek? takkan la murah sangat. Seingat aku kat Albert depan hotel tu macam puluh puluh harga dia...
Agaknya zdenek terbaca awan atas kepala aku... dia pun cakap "owh.. it is in Euro"
MAKKKK... euro ka... ??
"and I dont bring my euro. I forgot that we are going to another country... hehehhe"
"it's okay, I will pay"
Gentleman mamat ni. Bukan la sebab dia nak bayarkan barang aku. Tapi masuk masuk je, dia yang nak bawakkan bakul. Dia kata aku takleh bawak. Wow... aku tahu aku bukan spesyel pun. Cuma aku tahu typical lelaki eropah depa gentleman. Maknanya in general, depa memang buat gitu kat pompuan.

Aku ambik 8 tin, ye LAPAN. Original 2 tin. The Doctor 4 tin. Pastu ada dua perisa lagi yang dua tin tu.
Berat jugak.. hahaha... beg plastik tak bagi. jadi kitorang peluk je la tin tin tu sampai kereta. (tin ni bukan saiz tin kopi wonda tu, dia besaq sikit macam tumbler pi sekolah tu)."I have a plastic bag. you know, I always bring spare plastic bag"
Dalam hati aku cakap.... dia selalu mabuk naik keter atas bukit kot... hahahhaa....
Malangnya plastic bag tak muat nak sumbat semua. jadi, kami susun elok elok la tin tu.

Kami pun balik ke Rpr. Trafic okay. Sekali sekala Zdenek akan check trafik report.
"Ada eksiden, nanti kita lalu ikut ext lain la, sebab exit yang kita datang tadi tu jem"
Hmm, tapi dia terlajak exit yang dia plan nak exit tu. Dimudahkan tuhan, jalan dah tak jem sampai ke exit yang kami datang tadi. elok 200m di hadapan exit tu, masih jem.

Aaha.... dia kata, dia taktahu apa yang berlaku hari ni. segalanya elok. Dari pagi tadi masa datang, trafik lengang, cuaca baik, langit biru, Andrej tak sibuk, balik tak tersekat jem. Dia rasa ini hari bertuah dia.
"because of me?"
"yeah yeah... and you should come with me to Piestany more frequent" ayat manehh siottt....

Zdenek hantar ke hotel. Aku letih sangat. rasa nak tidoq. Tapi lepas buka aku conf call dengan Mark Morris. Aku restless dengan preassure dia...
Tak lama lepas hang-up, aku dapat email dari dia... "Hang on there Haj! ". OK, aku rasa sedap sikit nak tidoq. sebelum tidoq, aku balas email dia cakap terima kasih sebab percayakan aku selama ni.

Tuesday, August 22, 2017

While I was in Roznov - 3

Wednesday 1

aku keluar awal. sebab semalam, aku dah perati yang kedai kat sini bukak agak awal. 7.30 dah ada yang bukak.
jadi, hari ni aku tetap jugak nak dapatkan simcard. Aku pergi satu kedai ni. lama gak la nak tunggu urusan pelanggan depan aku tu selesai.
lepas tiba giliran aku, "sim card?".
terus makcik kedai tu geleng kepala. (eh... ngok la aku ni, kan Petr dah habaq kelmarin, kedai ni takdak sim card, jual topup je)
masa aku nak keluar tu, ada pakcik nak masuk kedai tu. orang tua. baru aku perasan, dalam kedai tu semua warga tua. awal betul warga tua keluar rumah. eksersais kot...
masa aku bukakkan pintu untuk pakcik tu, aku ternampak Petr dah sampai. dia dok jenguk kerusi yang aku duduk semalam tu. agaknya dia tengok aku takde kat situ, dia tunggu je la, legar legar sebelah keter dia (sambil tangan seluk kocek).
(apsal aku suka sangat describe dia suka selok kocek? hahha..... tapi mmg itu gaya dia yang paling kerata. sentiasa nak seluk kocek)

aku keluar dari kedai tu, dan lambai tangan kat dia. macam telepati la pulak, bila aku jalan keluar dari kedai tu - dia toleh kat aku. aku lambai tangan, dan bagi isyarat yang aku nak ke kedai hujung satu lagi. aku terus berjalan tanpa peduli reaksi dia. (dia mmg ada delay-reaction sikit, so, aku jalan je cepat cepat).

kedai ni kedai T yang aku pergi pagi semalam. nampak macam aku takde pilihan selain vodafon tu. tak kisah la. harga pun macam harga simcard prepaid kat malaysia je. so, aku pun beli.
dia suruh pilih nombor. hmmmm
simcard ni ada dataplan, dan 200 sms free. tempoh aktif sebulan. kalau tak top up, mati cam tu aje. pekerja kat kedai ni pandai cakap omputih, jadi rajin la dia explain kat aku. aku "ok, ok, ok" je le... sama je kot dgn terms & cond simcard Malaysia.

selesai urusan (yang cepat dan pantas tu), aku pun keluar dan nak jalan balik ke tempat menunggu. Tapi aku dah nampak Petr kat depan kedai kasut. dia tunggu aku kat situ.
"you moved your car?"
"yes,so you do not need to walk that far". ha ha ha... sangat memahami!!! tapi, aku tak kisahpun jalan jauh (yang tak la juh mana sangat tu), sebab sejuk. aku nak jugak la panaskan kulit aku.

masuk je dalam keter... "i got myself a sim card!!". excited siot gaya aku bercakap. macam awek tergedik gedik bagitau bopren dia yang dia dah dapat benda bodoh yang diidam-idamkan.
dan, umpama aku bercakap dengan steering keter, takdak reaksi apa pun dari Petr. "delay-reaction".
aku tak kisah pun dia tak jawab apa-apa. sebab aku tahu, dia pun taktahu nak jawab apa.

sampai M8, badge aku masih belum boleh lulus gate tu.

sampai kat opis, aku tukar sim card tepon aku. dapat la sms dari telco.
tapi dataplan takleh pakai lagi. aku try baca buku info. guna google translator la (siap taip balik tuuu). lepas tu aku pergi website yang dia bagi tu. kat webste tu kata, dataplan boleh start pakai lepas 3-4 jam, atau paling lambat 24 jam lepas pengaktifan. okla. aku boleh tunggu.

aku tanya-tanya Petr pasal tren pergi Prague.
susah jugak sebenarnya nak ke Prague by train.
Iggy ada tanya aku, jadi ke pergi Prague? aku cakap, "jadi".
depa pun jadi (Iggu & Su). Tapi depa pi naik keter sebab kawan depa akan drive depa ke sana.
saja la aku tanya "muat tak tumpang aku sorang lagi?"
dia kata, tak muat sebab ada kawan lain nak pergi sekali satu keter.
hahah.. saje je aku tanya. tamau la aku pi ngan depa. biar aku cari adventure aku sendiri.

Petr carikan jadual tren.
memang takde direct tren dari Roznov ke Prague.
stesen bas/ketapi Roznov ni lebih kurang macam stesen Tampin masa aku sekolah dulu la. dan, menurut Petr, ketapi yang lalu Roznov ni hanya berjalan atas trek dalam daerah Zlin ni je. ulang alik jalan lurus tu je.
kalau nak ke Prague, aku kena amik tren kat RoznovPr, turun kat Valmez, naik dari Valmez ke Hranice. dari Hranice, baru ada tren direct ke Prague.
ada jugak yang dari RoznovPr ke Hranice.
walau macammana pun, memang kena amik tren untuk ke Prague dari Hranice jugak.

aku mmg dah study laluan ketapi ni... tu yang aku mcm demotivated nak ke Prague tu. macam buang masa dalam perjalanan. Tren pun bukan frequent.
aku siap dah ada backup plan, kalau tak jadi pi Prague, weekend aku akan pergi skanzen (open air museum) tu, dan jugak layan konsert. ada mcm mcm aktivity hujung minggu kat sini. almaklumle, summer is here!!!!

aku pi meja Petr, tanyakan cara terbaik pergi Prague. dia pun bukak website tren. dalam baha cz, of course. lepas tu dia tolong belikan aku tiket tu. dia kata, "it's okay. i will send you to Hranice"
"how far is it?"
"from here? maybe just 25 minutes, but it is very near to my house. the same way"
okayyyy...... so, aku cuma perlu tunggu tren kat Hranice je la.
masa nak bayar, dia kata "amex is not acceptable. i will pay using my card"

aku pun bayar cash kat dia.
dia tak pulangkan pun baki, sampai aku pun kompius samada aku bayar terkurang kah???
tapi takpe la. aku angggap service charge atas pertolongan ikhlas dia. tapi kalau betullah aku terbayar kurang, aku anggap dia halalkan je sebab aku kawan baik dia untuk minggu ni dan minggu depan... errrrr

petang sikit, keluar message ocs dari Ryan.
"why are you still awake?"
Ryan kat hotel kat Cebu. esok dia kena bagi training kat xFairchild. tapi aku dah bagitau dia yang esok aku takdak sebab aku akan ke Piestany. mungkin tak akan attend to issue dia melainkan betul betul showstopper.

jadi, Ryan nak tanya aku la beberapa soalan kat tempat tempat yang dia tak baper clear.
"can you call me? i long to talk to somebaody. this offce is so quite, i feel like working in library"
seriousy, aku nak mati kutu duduk opis ni. mungkin kutu pun dah lama mati boring. takde orang bercakap. talipon pun tak berbunyi.

dah la tak semua meja ada tepon. jadi aku musykil samada depa ni contactable ke idak.
ada pakcik kat sebelah aku ni, datang pagi balik petang, keluar makan tengahari. selain tu, duduk sebelah aku, tak cakap sepatahhabuk!. petang kemas beg balik. peerrrgghhhhh....

maka, Ryan pun call aku. pakai komputer la. aku dah tak peduuli dah nak cakap kuat kuat. siap gelak ketawa lagi. tapi kalau aku nak cakap pasal orang kat opis, aku tetap akan ocs Ryan.
aku dapat tolong Ryan jawab semua soalan dia. dan bagi tips berguna kat dia untuk training esok.
aku pesan "you have a big responsibility tomorrow Ryan. Make sure you train them acording to Saras' guideline".
HA HA HA...

Petang - balik hotel.
kalau balik, Petr selalu ikut jalan lain lain. mungkin ikut mana jalan yang paling senang dari tempat dia parking keter kot. tapi aku selalu berharap dia akan lalu jalan 1Maje tu.
Jalan tu ada beberapa blok apartment. 3 blok sebenarnya. tiga-tiga blok tu dibina zaman komunis dulu. Petr kata "only concrit". aku tak paham sangat apa maksud dia. kalau kat Malaysia, mmg fully concrit la.
sebenarnya kat jalan 1Maje ni, ada pokok tepi jalan yang aku suka sangat. pokoknya tinggi. daunya berbentuk cantik. pastu terjurai ke bawah. ada bunga bunga warna putih. bukan westeria, tapi macam westeria.
aku dah lama nak berenti amek gambar. tapi, macam takde tempat pull over kat situ.
"mmmm mmmmm i dont know the name in english" jawab Petr bila aku tanya pasal pokok tu.
"owh.. ok"
lepas tu Petr selok kocek kanan dia, aku rasa dia nak amek henpon. agaknya nak cari english translation la kot.
"it's ok! it's ok!, you dont have to. you really dont have to. you are driving"
masa kat trafik light, Petr pun habaq la, pokok tu orang biasa tebang atau kumpul ranting dia untuk binatang ternakan makan.
aku rasa pelik.
tapi bila aku tanya soalan lagi, Petr mcm susah nak cerita.
aku pun, terus percaya je la eksplenesyen dia.

lepas simpan beg, aku turun pergi Albert. mana lagi aku nak pergi kan, kedai lain semua dah tutup. sini kedai tutup pukul 5. abih lewat pukul 5.30.
tapi ade je orang melepak kat square ni.

masa tengah beratur nak bayar kat albert, aku nampak cashier tu pakai jacket sama kaler dengan petr.
tapi bila dah dekat, aku terus nak tergelak sebab jacket tu ialah uniform Albert. tapi Petr punya takde la sulaman 'albert' kat dada.

While I was in Roznov - 2

Tuesday 1
pagi pagi aku gi square. jalan kaki.
panaskan badan la sikit. aku pun dah bangun pagi awal sangat sebab masa time nak pergi kerja tu, jam biology aku menunjukkan pukul 11 tengahari.

aku dok la kat taman kat tengah square tu. janji dgn Petr pukul 745. tapi aku saje je sampai awal sebab aku tatau nak buat apa lagi kat hotel. tv pun bahasa CZ.
aku pergi kedai magazine yang ada lambang T tu. aku tanya dia pasal 'simkartu' dia bagi aku pamplet. satu jenis simcard je dia jual kat situ. jadi, aku cakap, aku akan datang lagi.

Petr pun sampai. aku tak ingat sangat keter dia kaler apa. tapi aku masih boleh ingat susuk badan dia... HAHHA.... agak menonjol la sebab tinggi sangat kan. dia baru je nak berjalan (sambil selok kocek) ke arah aku. tapi aku dah bangun dulu dan pergi ke keter dia.

dia tanya aku makan apa malam tadi. aku cakap aku gi Albert je beli roti. tapi susah sikit la bagi aku sebab aku tak berapa tahu apa yang aku beli. aku ingat balik nanti nak cari simcard. nak pakai data plan.
dia suggest download vocab. tapi aku cakap, aku bukan setakat nak translate je, aku nak kena tahu isi/ingredient makanan yang aku beli tu... dia kata "ooo". tak pasti dia faham ke idak dengan masalah aku... ahhahhh

sampai opis. tapi hari ni lalu jalan lain. kenapa lalu jalan lain? sebab lepas je security scanning gate tu, aku pilih untuk belok kiri. bukan la aku pilih pun sebenarnya, cuma aku tak ingat sangat semalam tu aku belok kiri ke kanan. Jadi, bila aku dah terbelok kiri, Petr kata takpa, boleh sampai jugak.
tapi sama mencabar. haha... belok belok, lorong kecik, selerak sana sini. tengah construction la katakan.

sebenarnya kami kena pi bangunan lain hari ni. sebab ada meeting dengan Edhouse.
tapi dia terlambat book bilik meeting tu. dan dia lambat la habaq kat Edhouse pasal tempat tu. sampai waktu kami tinggalkan opis semalam, Edhouse masih belum balas email dia. jadi dia takde pilihan melainkan tunggu Edhouse kat bangunan biasa - M8.
Petr pun tak pernah masuk bangunan tu. Edhouse pun sama. jadi kami kena tunggu Edhouse kat M8 untuk sama sama pergi ke bangunan tu.

dalam 8.15 camtu, Petr ajak turun bawah sebab Edhouse dah sampai.
bila aku keluar je pintu, terus ada orang greet dan sebut nama aku. hahha
tulah Michal Belicek. dah tentu dia tahu aku yang mana satu sebab aku je pompuan pakai tudung yang keluar dari pintu tu.

kami naik keter ford merah Roman Liszka. kawasan bangunan yang kami tuju tu, ada bangunan bangunan lain yang bukan sebahagian ON pun. ada restoren, ada Albert. klinik pun ada. bangunan lain ada, tapi aku tak dapat translate dengan cepat apakah bangunan tersebut... hahaha..

Michal peramah rupanya. rajin dia tanya aku soalan. dia pernah sampai Malaysia. tak ingat tahun bila, atau mungkin aku tak tanya. Dia datang 3 minggu, ke Borneo dan panjat Gunung Kinabalu. banyak dia tanya aku pasal Malaysia. saja peramah kut. sebab soalan dia lebih kepada apa pandangan aku tentang Malayia dan Europe. Roman diam je sebab dia tak pandai english sangat, agaknya la. atau semua soalan dalam kepala dia si Michal dah tanya kat aku, jadi dia hilang soalan la kot.

tegahari, kami keluar. tak tahu la kat mana depa bawak aku. aku tak galak sangat sampai asyik nak refer peta untuk locate tempat mana yang aku pergi. hekkkk.
ada satu kawasan kami parking tu... ada pokok besar dan tinggi. kat batang pokok tu ada tulis besar besar - 'KOLA'.
"is that a cola tree?"
Michal jawab "no, that means bicycle"
menyembur aku tergelak!!!!!! sampai Roman pun tergelak sebab aku gelak...
aku rasa, dalam depa tigorang tu, Michal paling cepat tangkap.
pertama, Michal respon dengan cepat,
kedua, Michal tahu aku merujuk ke pokok mana.
ketiga, aku pasti Michal tahu pasal 'cola tree'.
aku malu giler siot....
pastu michal sambung..." the wording on top is saying that you can park you bicycle here "

masa lalu kat satu jalan tu, nampak la tanda skanzen tu.
"Michal, is this the place you told me in the email?"
dia jawab ya. kebetulan tanda skanzen tu tepi sungai, jadi dia habaq la, ada itik kat sungai tu, aku boleh je bagi makan kat depa.
(wow.. menareekkkkk)

masa balik ke hotel, Petr tanya, ada masalah lagi ke nak beli susu kat albert.
aku cakap, aku tahu 'Mleko' tu susu. tapi apsal mleko yang aku beli semalam tak macam susu? ntah apa depa tambah... tak lalu aku nak telan. (okay... aku komplen banyak sangat kot kat Petr ni...)
"i have much time today. let me help you buy food".
Dia parking keter jauh dari square sebab dia kata dia tak pasti parking kat square macamana. tak faham sangat lah aku apa masalah dia. mungkin maksud dia, parking terhad kot kat depan Albert tu.
jadi kami pun jalan kaki ke Albert. tak jauh pun. 250meter kot.

okay. tahu tak. sebenarnya tak membantu pun kehadiran dia tu. setakat translate tulisan kat kotak susu je. aku tanya pasal roti roti tu langsung dia tatau. hohoho... roti la cintaku. last last, aku beli roti basic je la. aku jangkakan, kalau harga roti tu murah, maknaya dia guna bahan halal la... (hampunkan dosaku)

sementara tunggu maghrib, aku google pasal simcard. last last aku decide untuk beli sincard dari kedai yang bagi aku template tu la. lagipun under vodafone. dan boleh roam freely dalam negara euro. internet pun paling laju. aku memang ada plan nak jenjalan Austria nanti.

While I was in Roznov - 1

Monday 1
Zdenek sampai tepat pukul 7.45.
bawak ford.
lepas sepuluh tahun, kami berjumpa balik.
dia kata Roznov ni sunyi je tapi dia suka sebab ada gunung.
nanti hari khamis dia nak bawak aku pi piestany lalu jalan gunung. "situ cantik" katanya. huh. dia tatau semalam aku dah lalu dah jalan tu. nak mabuk pun ada. masa on the way tu, dah rasa macam nak kanselkan je trip to piestany tu..
"ok, the most important question, do you know which building you are going?"
heheh... aku jawab "M8"
"SUPER!!!".
nasib baik Petr mmg dah habaq kat aku yang building ada banyak kat Roz. tak macam kat SBN, building banyak pun, tetap ada satu je entrance / post guard. aku punya la nak buat surprise kat dia. sebagaimana dia dengan tiba tiba tercongok kat pintu visitor masa first day sampai sini..

Zdenek turunkan aku kat pintu M8. aku bukak je pintu M8 tu, terus nampak Petr. gembira aku jumpa dia. aku harap dia pun gembira jumpa aku sebab terpancar dari senyumannya.. MUAHAHAHHA... uweeekkkkk!!!

Petr tunggu dalam bilik. pakcik reception tolong activatekan badge.
Petr bawak ke opis. mak aih.. jalan nak opis.. sangat mencabar.

Building ni takdak aircond. kalau rimas, bukak tingkap kasi angin luar masuk.
dalam opis ni ada 13 orang termasuk aku. senyap sunyi je. sampai aku nak buat call pun rasa janggal.

pagi pagi Haneefa call. opis senggaaaapppp okayyy... heran aku. aku pun ocs Petr, "can i do ocs call from this desk?"
petr mai sebelah aku, dan tanya, meeting apa? dia dah book bilik dah. (?????).
Tapi aku buat ocs call kat meja aku situ je. Aku be;asah je cakap kuat kuat sebab aku cakap melayu dengan Haneefa. Depa hat lain bukan faham pun kan.

follow by weekly project meeting. aku konpius sikit masa Petr ajak pergi meeting tu. sebab baru je masuk kerja. aku masih bayangkan meeting tu tengahari. rupanya kat sini, Petr attend meeting tu pagi.. heeee.
Patutla masa baru baru sampai tadi, bila aku tanya Petr 'boleh ke aku buat ocs call dari meja ni', dia terus cakap dia dah book bilik.... aku ingat dia tak paham pertanyaaan aku, rupanya aku yang kaliru dengan masa....
habis meeting teruskan discussion dgn Petr pasal :
1) single sign on
2) zana's hyperion job

Michal masuk bilik. say hello dan sembang sikit sikit. masa memula Michal masuk dan say Hello.... hampir hampir aku tak kenal dia! tapi siapa lagi yang akan datang Hello aku pagi pagi senin kalau bukan boss aku kan? (kali terakhir aku jumpa dia.... 2011, barangkali)
michal nampak tua sangat. dia tanya aku, macammana flight?
aku cakap , "wah.. okay aje, selalu tu ada je benda kelakar yang jadi kat aku kat airport"
banyak pulak cerita aku kat dia. Petr nengokkan aje sambil sengih.
Michal keluar aje, aku terus cakap "he looks old!"
Petr cakap "everybody getting old, i am getting old"

sambung dicussion with petr.
dah lama sangat, bilik tu pun dah tak nyaman lagi.
petr bawak jenjalan. dia kata nak kenalkan aku dgn manusia manusia. tapi dia bawak masuk pantry dan 'kenalkan' aku dengan piza apatahnama dia.. piza tu makanan tradisi daerah ni, Zlin.
furgal nama makanan tu. sebenarnya aku dah jumpa masa sarapan pagi kat hotel. aku ingat pizza vege, jadi aku ambik la. tapi furgal ni mmg kuih/manisan sebenarnya, bukan makanan berat macam pizza tu.topping selalunya buah (setakat yang aku jumpa, semua buah).

lepas tu dia cakap, aku boleh je bancuh air kat sini. dia buka kabinet, "ada mcm mcm teh kat sini. generally semua sedap".
"kopi?"
"oo... kalau kopi kena guna machine tu" dia tunjuk machine coffe maker kat sebelah sinki.
"tapi machine tu bahasa cz. takpa, nanti kalau nak kopi, ajak je dia, dia boleh tolong ajar"
baru aku teringat, Jade memang ada cakap, orang europe tak minum kopi sangat. depa prefer teh.
sebab, masa nak belikan barang untuk Pavel Magera, dia kata dia taktau nak bagi apa, selalu bagi kopi old town... tapi european tak minum kopi. so, kami bawakan BOH untuk diorang.

aku dok cerita macam macam kat Petr. semua citer lawak la. termasuk la citer aku ngan KK yang kat Shenzen. hahaha..
Petr dok ghalit dengaq ja sambil kunyah furgal. aku tatau dia faham ka idok sebenarnya... hmmm


tengahari - petr ajak pi makan. aku cakap la aku tamau. Ana ada habaq, depa ni kalau pi makan, pi sekali semua. nampak macam betul je apa yang ana cakap tu.

after lunch, petr tanya aku nak balik pukul baper. aku jawab pukul 5 okay ke? ye la, aku akan ikut waktu SBN la kan. dia kata kat sini takde office hour pun. nak balik awal dari pukul 5 pun boleh. tapi aku tetap kata aku nak balik pukul 5.

masa balik dari opis, aku cakap kat Petr, aku nak cari sim card. dia pusing la square tu sebab nak carikan aku kedai telco. dia pusing sekali, "i cannot see any here, maybe we can go round once again". pastu aku pun kompius apa sebenarnya dia tengah buat ni. aku tanya dia, apa dia nak buat ni? dia jawab la dia nak carikan aku kedai telco. hahaha... habaq la nak carikan aku kedai telco.
"okay, what should we find here? 'telefonica'?, 'telekomunikasia'?, 'simkato'? hahaha"
haha.. aku buat lawak sebenarnya... kengkonon macam aku dah tahu bahasa depa.
lepas tu petr senyum, "yes, yes, simkartu".
"hahaha... wow.... aku boleh translate ke bahasa depa!!!!!" kebetulan je la sebenarnya.
satu hari aku tengok TV bahasa depa, aku suka lak dengar depa dok tambah tambah 'a' kat belakang perkataan.
aku terus jumpa 'telecominicasia'!. "that's the shop we are looking for"
"yes". kata Petr. tapi dia kata kedai tu macam takde jual sim card. mana dia tahu entahla.
lepas tu ada la jumpa kedai lain ada lambang "T". dia kata "T" tu syarikat komunikasi. tapi kedai kedai dah tutup sebenarnya. jadi aku kena pergi lain hari.

Petr tak pasti Hotel aku tu kat mana. jadi dia pusing pusing situ, pastu aku nampak tingkap bilik aku "owh.. that is my room".
dia pun turunkan aku kat situ jugak. hah. lawak. macam la aku boleh lompat masuk ikut tingkap.
tapi memang dekat situ ada pintu masuk pun. pintu belakang sebenarnya. aku tak kisah la. terus je masuk.
pastu dia kata, esok pagi dia tunggu kat situ.
aku dalam hati "kat sini? oh no....!"
"takpa, tunggu kat square sana. aku jalan ke sana"
(apo ko bondo nak suruh aku tunggu belakang bangunan...)

petang tu aku pi Albert beli roti, susu dan kopi. malangnya susu yang aku beli tu mcm yogut, chettt... geli aku nak telan,
kesimpulannya aku berbuka dan bersahur dengan kurma yang aku beli kat Dubai tu.

balik je hotel, aku wassap video call ke rumah. dah malam sangat sebenarnya.

Monday, July 31, 2017

Roznov Pod Radhostem



--- Kawan saya akan ke Czech Republic. Memandangkan saya baru saja pulang dari sana, dia bertanya saya tips ikhtiar hidup apabila berada di sana.
Memandangkan saya tak boleh menjawab dengan ringkas, saya tuliskan email untuk dia. :) 
Boleh jugalah, kalau ada melayu lain yang akan ke sana,  bertanya tips ikhtiar hidup dari saya, saya akan bagi pautan ke laman ini --
 
Tips sebelum membaca email ni:
Kalau suka advanture, takyah baca email ni… :) hehe… boleh cari pengalaman sendiri. Tapi kalau rasa was was nak ke Negara tinggalan komunis tu, boleh la baca tips di bawah. Tapi kat bawah ni, saya taknak la beritau semua sekali, nanti awak boring sebab rasa travel experience awak macam dah well planned & scripted pulak kan..
Tapi kalau ada apa apa soalan, boleh je Tanya saya.

Tips kerja ON:
11)      Nak pergi kerja boleh charter taxi. Tapi saya tak charter taxi pun. Saya suruh member ambik.
22)      Taxi – boleh suruh hotel arrange, atau mintak tolong Jiri tu carikan taxi. Hari tu saya nampak mcm bukan keter kompeni, sebab memang taxi biasa pun.
33)      Kilang ON ada banyak bangunan. Jauh jauh. Jadi, Tanya Jiri, nak kena pergi bangunan apa. Contoh, saya dulu pergi bangunan nama “M8”. Jadi, taxi tu tahu la nak hantar ke mana. Tapi rasanya bulan Sept, semua IT dah pindah bangunan lain. Berdepan dengan M8 tu, tak tau nama apa.
44)      Orang kat ON semuanya senyap. Takde opis hour. Datang kerja, duduk, rehat keluar makan, pukul 4 balik. Takde dengar suara pun. Jadi, jangan terkejut.
55)      Sila bawa adaptor. Plug kat sana ada 2 prong je.

Tips duduk RoznovPR:
11)      Restoran AGH tu macam okay. Saya tengok je. Sebab tak makan sangat pun. Saya selalu ambik “frgal” masa breakfast.
22)      “frgal” ni makanan tradisi tempatan daerah tu. Inshallah takde bahan terlarang. Segala perisa frgal saya dah rasa. Maklumle, mmg jenis makanan saya pun yang ala-ala gitu tu…
33)      Hotel agh ni sebelah square. Kecik je square tu. Ada bank, ada kedai sport, ada pasaraya albert, ada restoren, ada kedai majalah, ada kedai kebab, ada kedai aiskrem.
44)      Nota penting : kedai tutup pukul 5 atau 5.30. kecuali pasaraya albert, dia bukak sampai  pukul 7.
55)      EUR ke CZK boleh tukar di kaunter hotel.
66)      Cuma satu bank yang boleh withdraw duit guna American express. Ada kat square tu. Nama bank tu saya tak ingat, tapi ada lambang “MJ”
77)      Di roznov ada sungai, dekat sangat dengan hotel. Ada laluan pejalan kaki dalam “taman”. “Taman” tu macam hutan. Pagi pagi saya selalu jalan jalan sini, bagi makan itik tepi sungai. Roti yang saya tak abih makan masa sahur, saya bawak pegi sungai kasi itik. :D
88)      Ada satu kedai majalah kat square tu, ada lambang “T”. awak boleh beli sim card kat situ. Harga murah mcm simcard prepaid Malaysia je. Beli yang Vodafone. Sebab nanti kat Vienna senang boleh pakai jugak. Tapi , masa saya kat sana, 2 hari sebelum balik Malaysia, euro tengah nak buat “free roaming” kat seluruh Negara euro. Mungkin by the time awak sampai sana, dah takde masalah roaming kat austria-slovak-czech. Kenapa Slovak? Sebab dari Vienna ke roznov, akan lalu hiway sepanjang Slovak. Jangan tidur! Pemandangan cantik giler. Macam citer Narnia…

Tips berjalan kat RoznovPR:
11)      Dekat dgn hotel jugak, ada skanzen. Jalan kaki pun sampai. Skanzen ni open-air museum. “Valasske Museum”. Bukak 9-5. Jadi samada awak visit masa wiken, atau balik kerja awal sikit.. :). [rahsia: ada kawan saya bawak saya lari masa lunch hour, datang museum ni, balik opis 2.5 jam kemudian. Dia kata, rugi sangat la dah sampai sini tapi tak pergi museum tu..]
22)      Kat roznov jugak, jauh sikit, ada Gunung Radhost. Ada chairlift naik ke atas. Kat atas boleh naik scooter. Ada bangunan lama/tradisi/sejarah kat atas. Tapi gunung ni tinggi la, boleh Nampak seluruh roznov dan pekan lain sekitar.
33)      Roznov ni pekan kecik. Pekan besar sikit – Valaske mezirici. Nama pendek dia “Valmez”. Besar la sikit dari roznov. Rasanya ramai orang ON duduk sini. Takde apa, tapi kalau awak nak tengok pekan besar sikit, boleh je jenjalan kejap.
44)      Roznov ni dalam negeri Zlin. Capital dia nama Vsetin. Dalam 40 minit dari kilang ON. Vsetin pun banyak sejarahnya. Bangunan sejarah awal awal dulu. Kilang zaman sebelum german. [Saya dapat pergi sini sebab saya pergi meeting dengan contractor. Contractor tu pulak satu kepala dengan saya, suka cerita macam macam]
55)      Setahu saya ada 3 bandar besar dekat dengan roznov. Ostrava. Olomouc. Brno. Brno ada Autodrom - motogp circuit. Tercapai impian saya nak pergi situ… ha ha ha. Ostrava & Olomouc, saya tak sempat singgah.
66)      Ada satu apps ni. Nama dia Mapy.CZ. awak boleh download apps ni. Lepas tu download offline map. Jadi boleh tengok map tanpa dataplan.

Tips ke Prague:
11)      Ada banyak cara nak pergi Prague.
a.      Flight – pergi Ostrava, ambik flight dari Ostrava
b.      Keter/taxi – boleh le arrange sendiri
c.      Train – (yang ni saya pilih). Okay. Prague ni kira jauh la jugak dari roznov. Bukan mcm SBN-KL.
Kat roznov mmg ada stesen tren. Tapi tren tu tak pergi prague J. Dia pergi dalam Zlin je.
Ada satu website awak boleh cari tiket. (tak perlu cari tiket sekarang, saya hari tu pun khamis baru beli tiket, inshaallah tren tak penuh).
Train route :
option I – roznovpr – valmez – hranice – prague  (susah giler.. dan jangan expect tren depa punctual, so, connecting tren cam ni sangat jeorpadizing, dengan awak akan terhegehh hegeh cari platform lagi… :) )
option II – roznovpr – hranice – prague
saya tak ambik any option from above. Kawan saya offer nak hantar ke Hranice terus. Hranice ni mmg banyak tren – ke prague, Vienna, warsaw, Bratislava, ….
Tips pilih tren – pilih RegioJet.   Tren kaler kuning. Ini private operator. Yang gomen operated, kaler lain lain. 
22)      Stesen ketapi prague (hlavni nadrazi), dekat je dgn Bandar. Jadi, dah sampai prague, jalan kaki je, takyah ambik taxi.
33)      Saya duduk prague 2 malam.
44)      Saya duduk Hotel Meran. Hotel ni kat square Wenceslas square. (square ni mmg popular, saya tak tahu nak sebut camana, tapi ejaan lebih kurang gitu la). Saya cadangkan awak cari la hotel kat area square ni, atau mana mana hotel kat area Praha 1.
55)      Prague ni Bandar yang cantik, dan boleh dikatakan semua tempat dia cantik. Jadi, berjalan kaki je lah. Dapat menikmati suasana sebenar prague.
66)      Awak boleh jugak beli tiket public transport yang valid untuk certain hours. Boleh pakai utk semua jenis public transport.  
77)      Malam kedua saya duduk di hostel mango. Hostel ni kat seberang sana sungai.
88)      Awak boleh diskas dgn boss awak, kalau awak perlu checkout dari AGH, supaya awak boleh claim stay kat prague tu. Saya tak buat gitu, sebab saya malas nak kemas kemas barang. Lagipun saya pergi prague sehelai sepinggang je, dan leisure purpose, jadi malas nak bincang dengan boss.
99)      Kat prague banyak masjid. Banyak kedai makanan halal. Jangan risau. Saya pergi masjid kat jalan politica… lebih kurang cam tu nama jalan tu… hahhaa… bertentang dengan balai polis. Boleh je Tanya sesapa kat situ. Depa tahu la. Masjid kat pinggir Bandar pun ada, rasanya semua sekali ada 5 masjid kat prague tu. Tapi saya pergi yang satu tu je.
110)   Saya ada kawan kat prague tu. Kalau awak nak teman berjalan dan info berguna, (ye la takde la jalan memkhinzir buta), saya boleh bagi email dan nombor tepon dia. Dia lelaki. Dia banyak cakap, tapi cakap benda yang interesting la. (saya beritahu siap siap dia banyak cakap, takut awak menyesal jalan dengan dia nanti. Tapi saya pasti awak tak akan menyesal mengenali dia)

Tips balik:
11)      Saya pergi Vienna jumaat petang.
22)      Saya balik Malaysia ahad malam.
33)      Waktu di Antara jumaat petang dan ahad malam tu, saya pergi meronda Salzburg, Vienna, Bratislava, Budapest. All by train. Saya naik RailJet OBB.
44)      Sempat juga pergi theme park nama Prater kat Vienna. (memang kaki rollercoaster dan segala extreme park.. J ).
55)      Vienna HAMPIR tak menerima American Express langsung. Visa, Mastercard, takde masalah.
66)      Vienna lagi senang nak cari makanan halal.

Okay tu je la. Simpan la email ni. Boleh print untuk rujukan. HAHAHA….
Saya doakan awak ditemukan dengan orang yang baik baik di sana nanti.