Seorang rakan di pejabat saya mahu mengahwinkan anak perempuannya.
Dia menempah bakul dan bantal cincin.
"I want mmmm something like burgundy.... you know the color burgundy right.. mmm purplish, but not so purple la... i have some pictures that i can send you. mmmm and also, together with burnt orange. i want a combination of burgundy and burnt orange. cause i saw this in a picture from oversea wedding, they put this color combination and i think it is beautiful. you know burgundy color right, and you know burnt orange right... what do you think of that combination? okay aaa Hajiah? or do you have any suggestion? I will send you the picture lah later.. You can do for me right? My daughter's wedding will be in December"
(APA????? nak kenuri bulan doblas, bulan february dah bizi???)
Kawan yang berada di sebelah saya bertanya, "Jiah, Burgundy tu kaler apa?"
"Hahahaha... ungu lah! Ungu kemerah-merahan sikit."
"Lorr.... cakap je le purple"
"Oii... tak hipster la ko panggil kaler tu kaler ungu atau purple. Ko tengok orang jual tudung sekarang, mana ada orang jual tudung kaler ungu dah. Yang ada - 'plum', 'violet', 'mulberry', 'periwinkle', 'lavender', whatsoeva.... omfutih belaka. Yang beli tu belum tentu kenal buah mulberry. "
Ini zaman di mana kenduri kahwin hatta majlis hari jadi pun, mahu ditentukan warna temanya. Saya layankan sahaja. Sambil itu meraikan tuan majlis. Iyelah, kalau semua rakan-rakan jemputan buat tak endah saja tentang impian warna tema, tentu hampa si tuan majlis.
Saya memang seorang yang kenal warna. Kalau pergi kedai nak beli benang, tak payah bawa cebisan kain pun tak apa. Pasti benang yang di bawa pulang itu nanti akan padan dengan kain yang hendak dijahit.
Kalau nak beli tudung, atau kawan minta tolong belikan tudung (servis percuma, tapi caj konsultasi tetap dikenakan), kawan cuma wasap gambar baju saja, inshaallah saya boleh jumpa warna tudung yang dikehendaki.
Sewaktu majlis pertunangan anak saudara saya, Kakak saya berkali kali mengingatkan, "baju biru tau!". Selepas lapan kali dia memberi pesanan yang sama (macam pesanan dwi-mingguan lah), saya hanya balas "iyyye, aku dah beli dah. seluar dalam biru pun aku dah beli".
Tapi, bila tiba hari majlis, keluarga saya sahaja yang memakai baju biru. yang lain, rata-ratanya memakai baju turqouise.
Iyelah, turqouise memanglah dalam kumpulan biru... tapi sudah diberitahu 'BIRU', maka birulah. Lain kali beritahu, 'TURQOUISE'
Tak lama selepas itu pernikahan. "HIJAU PUCUK PISANG tau!, untuk lelaki aku akan bagi kain ela untuk buat baju melayu."
Tapi sebenarnya, kain ela yang diberikan itu berwarna 'HIJAU EPAL'.
Saya pulak, bersama-sama adik dan kakak saya, memakai baju 'HIJAU DAUN PISANG'. Sekurang-kurangnya masih lagi berpandukan 'pisang', bukan 'epal'.
Majlis resepsi anak saudara. "COKLAT".
Tapi tuan rumah sendiri bajunya warnya 'EMAS'.
Saya memakai baju polka dot coklat yang dibeli di sebuah kedai yang adik penjual itu sibuk Keek dengan teman lelakinya sampai harga pun tersalah tulis. Dua tiga hari selepas itu dia menalipon saya meminta baki bayaran dari jumlah sebenar.
Majlis perkahwinan kawan.
"Lin, apa warna tema?"
"TIFFANY BLUE".
"Okay!"
Jauh kami pergi merentas Selangor meraikan kawan kami ini.
Ada la sorang kawan kami ni yang memang TAK AKAN kisah nak ikut warna tema. Hari itu dia pakai baju oren. Tapi dia paling gembira kerana baju dia tak sedondon dengan alas meja makan.
Majlis perkahwinan adik ipar.
"Jom pakai baju pink"
"Okay, nanti jahit la baju pink. Nak pi google fesyen skirt tingkat-tingkat jap"
Okay. Masa ini warna fuchsia sangatla popular, jadi mereka memilih warna FUCHSIA. Saya pakai BABY PINK.
Majlis perkahwinan kawan (lagi).
"Jom kita pakai kaler PINK. Ala-ala outing zaman sekolah"
(Boleh lah pakai baju kenduri di atas :) )
Saya rasa, saya lah yang mencadangkan warna PINK ini. Tapi, bila dah dekat dengan hari majlis, tak muat pula nak disarung ke badan akan baju pink saya itu. Dengan malunya saya ke majlis itu memakai baju HIJAU RUMPAI LAUT. Namun begitu, Tudung saya masih PINK. Jadi kalau gambar ramai ramai, saya duduk la di meja, taklah nampak baju saya yang (tanpa dapat dielakkan) tersalah tema itu. (Dan tak nampak la badan yang tak muat pakai baju pink itu)
Cantik saja melihat kawan kawan perempuan lain memakai baju tema 'BABY PINK' . Memang seperti sedang menunggu bas Tunjang untuk ke Pekan Rabu Alor Setar makan nasi pattaya.
Majlis perkahwinan kawan (ye, lagi).
"Jom ramai-rama pakai baju ungu!!".
Majlis ini paling meriah. Hampir semua kawan kawan pakai baju ungu. Khemah pun lengkap dipakaikan ungu. Nampaknya range ungu seperti tak besar, jadi baju baju kami pun senada semuanya.
Majlis perkahwinan kawan (haha... lagi).
"Tahniah Ajie kerana warna Nescafe Susu dipilih sebagai warna tema"
Hahahaha.... itu mesej wassap yang buat saya ketawa lebih dari biasa.
No comments:
Post a Comment