Monday, February 23, 2015

Cerita Hantu Asrama

Hantu Langgar Lari.
"Mama, Syakirin masuk archery"
"Oh, good"
"Mama tahukan, berlatih archery kat mana?"
"Tahu, kat hujung asrama tu"
"Dulu situ tempat bas.... ada kes dengan bas tu. Kes langgar lari. Mama tahu tak langgar lari tu apa?"
"Tahu. Langgar orang, lepas tu lari sebab orang yang kena langgar tu kejar kita" :P
"Langgar, lepas tu tak bertanggungjawab la kan...."
"Bas tu dulu pernah langgar lari seorang budak perempuan sampai mati. Nama budak tu Aliya. Selalu orang nampak Aliya tu main main tepi tempat bas tu. Rambut dia panjang. Pastu dengar suara dia gelak-gelak. Dia cari pemandu bas tu"
"Tengok.. betul tak Mama cakap, kita lari sebab kena kejar dengan orang kita langgar tu.. dalam kes ni, hantu kejar lah"
(kalau dah langgar lari, siapa pulak boleh tahu nama budak tu?)
"Pernah nampak ke?"
"Taaaaaakkkkkkk"


Hantu Kira Jari.
"Lepas tu, ada satu lagi hantu ni. Nama dia Makcik Rosnah"
(Rosnah Mat Aris ni popular betul)
"Jual karipap ke?"
"Tak.... Makcik Rosnah ni mak kepada Aliya"
(Denggggg...... hantu sedara-mara serang sekolah)
"Dia pun berkelah tepi bas ke?"
"Tak, dia masuk dalam dorm cari anak dia. Siapa yang tidur kaki terjuntai dari katil, atau kaki terkeluar dari selimut, nanti Makcik Rosnah datang kira jari. Dia picit satu persatu jari. Bila dah sampai jari akhir sekali, dia ulang dari jari pertama semula"
"Kesiannya... takkan sampai pagi kut mencangkung cium bau kaki?"
"Takde la.. tapi kalau rasa macam jari kaki kena picit-picit tu.. jangan la tengok. nanti nampak muka dia"
"Gantung je notis kat hujung katil tu, 'MAKCIK ROSNAH! ALIYA ADA DEKAT BAS'"
"Ada sesiapa pernah nampak ke?"
"Taaaaakkkkk"


Hantu Tak Logik.
"Ada satu lagi hantu ni Mama. Tapi memang tak logik lah... Meeeemaaang tak logik. Nama dia Hantu Locker"
(nak gelak sekejap, teringat kawan-kawan yang pernah bersembunyi dalam locker)
"Dia ni tak nak pergi sembahyang Jumaat. Jadi dia suruh kawan dia kuncikan dia dalam locker, supaya warden tak syak. Tapi, hari itu ialah hari pulang bermalam. Kawan dia tu terlupa akan dia yang masih terkunci dalam locker. Selepas seminggu, kawan dia baru teringat. Kawan dia balik ke asrama. Apabila locker itu dibuka, dia dah jadi mayat reput. 
Isshhh... tak logik langsung! Syakirin ada baca kan, manusia kalau duduk diam je tak buat pergerakan major, boleh hidup tanpa makan dan minum selama seminggu. Macam bertapa tu la.
Lagipun, locker itu kan ada lubang, boleh bernafas. Takkan lah dia boleh mati."
"Sebab ada lubang lah, dia mati"
"Kenapa?"
"Ada 5 ekor lipan bara masuk dalam locker gigit dia sebab dia tak pergi sembanyang jumaat"


Untuk cerita hantu yang terakhir tu.... Nora bagi empat bintang!!

~