Thursday 2
aku pakai baju kebaya hari ni. sebab malam ni ada group dinner. plan nak pakai kebaya ni jumaat lepas. tapi masa aku gosok hari tu, ada macam bau kencing kucing. cessssss.....
kena la aku basuh dulu. jadi untuk dinner malam ni, aku pakai je la kebaya ni. kalau tak buat berat beg je aku hangkut dari rumah.
Hari ni aku nak terkejutkan petr pulak. sebab semalam dia buat darah aku naik sampai kepala. punya la terperanjat. dia mai senyap senyap (mmg dia senyap pun... errr dan complicated), dari belakang.
aku nyorok sikit. duduk jauh dari tempat biasa. aku pun tak nampak keter dia. mungkin dia belulm sampai. jadi aku duduk la jauh sikit dari tempat duduk biasa aku. lepas tu aku
nampak keter dia sampai. aku 99% pasti itu keter dia berdasarkan warna aje. sebab aku bukan hafal sangat no plat keter dia. disebabkan dia park sebelah lori, senang la sikit aku nak menyorok nyorok datang ke kereta dia. aku perati je dia disebalik lori. dia keluar keter, tinggalkan pintu keter tak tutup camtu je, dan cari aku.
aku HAMPIR nak berjaya masukkan beg aku ke dalam keter dia...alllllamak... dia dah patah balik la pulak. dan ternampak aku. hehhhh... aku pun senyum je le. tak sempat nak sergah dia. frust... (uweeeekkkkk)
waaaaahhhhhhh banyaknya buah petr bawak hari ni...
"semua ni untuk saya ke?"
"ye la.." (kalau dalam bahasa dia : yeah yeah.. for you)
banyak giler, tatau macamana nak sumbat dalam beg aku. nak jinjing, hmmm dah macam din beramboi pulak. tapi aku sumbat la jugak dalam beg aku segala pisang, epal, plum tu.....
aku terharu giler dengan petr ni. hari hari bawakkan aku buah, kopi dan air kosong. dia kata aku tak makan, jadi dia bagi buah banyak la.
lagi satu yang aku suka, buah buah yang dia bawak ni tak sempurna. ala ala macam petik dari pokok je. maksud aku, biasanya kalau beli buah kat kedai buah (kat malaysia la), semua buahnya nampak cantik, bentuk sempurna, kan kulit berkilat.
tapi itu bukan ciri ciri buah buahan yang petr bawakkan aku hari hari.
pagi ni Petr banyak cakap. asyik senyum je pulak tu. musykil aku. tapi sebenarnya Petr makin hari makin mesra. sifat pemalu dia dah hilang, atau mungkin sebab dah hari hari amik dan hantar aku, dia pun dah tak malu sangat kot. aku pun main redah je tanya dia soalan macam macam, saja nak bagi dia banyak cakap.
pagi ni aku ada lunchh-date dgn vlada hari ni. pukul 11, aku dah ready nak turun. Petr takde kat meja dia, aku ambik kertas recycle kat rak tepi pintu, aku tulis "I'm going out with Vladislav Hrachovec". pastu aku letak atas meja Igor. aku nak cakap je kat Igor sebenarnya, tapi sebab aku nampak telinga dia tersumbat dengan earphone, tu yang aku pass kertas tu je.
dia nampak aku letak kertas tu, dan dia jerit "OKAYYYYYY". masa tu aku dah pun dekat ngan pintu.
Aku sampai je tangga paling bawah, nampak Vlada dah tunggu aku. dia ni memang akan sambut aku la. takdak la jenis tunggu dalam keter je.
pastu kami pun pi skanzen tu.
sampai kat skanzen tu, dia nak cari parking paling cun. tapi terlepas tempat parking cun. disebabkan depa ni terlalu mengikut undang undang, dia takdak la sesuka hati buat u-turn.
Skanzen ni macam Mini Malaysia tu la. binaan zaman dulu - macammana pos ofis dulu, church dulu, kilang buat kain dari kapas, kilang process gandum dan macam macam binaan kehidupan dulu. Gereja tu kadang kadang ada je orang sewa buat majlis kahwin.
Seronok la jugak pergi situ, lagipun Vlada ni seupaya nak terangkan kat aku, supaya aku tak boring agaknya. Lagi satu, aku tak segan nak suruh dia ambik gambar aku.
kami pergi segala bangunan kat situ. Vlada betul betul bersemangat bawak aku jenjalan.. heheh... dia kata kesian kalau aku tak berjalan sebab datang dari jauh...
dia kata, dia memang ada banyak kerja nak kena siapkan, tapi setakat habiskan 2 jam bawak aku jalan, tak terjejas pun kerja kerja dia yang memang berlambak tu.... MUAHAHAAA...
Masa kat kedai sovenir, aku sebenarnya nak beli sebidang kain. tapi duit aku tak cukup. jadi aku beli sekeping kain je la. itu pun duit aku masih tak cukup. Vlada bayarkan dulu, lepas tu aku bayar balik duit euro kat dia. duit Kroner aku tinggal berapa sen je... hahah... takpe, esok last, nak balik dah. bukan nak beli apa-apa lagi pun. roti semalam pun ada lagi kalau lapar malam ni.
Petang tu kitorang keluar ofis awal sikit. Padahal dinner lambat lagi. Aku plan nak pergi pejabat pos, nak carikan stem Azliny. Kami pun keluarlah awal sikit. sikit je. Petr parking dekat dengan restoran yang kami akan makan tu, dan kami jalan kaki ke Hotel, sebab nak hantar bag laptop.
Masa ni Petr tanya, "should i bring your bag?"...
HA HA HA... aku gelak, tapi dia tak dengar, sebab aku gelak dalam hati je.
Siotttt... semalam masa aku usung bag panjat bukit, takde dia nak offer bawakkan bag aku!!!
aku cuma respon dengan rolling eyes... "Noo....."
tapi aku rasa dia tak dapat baca isi hati aku.
lepas hantar bag ke hotel dan pergi perjabat pos, (panas weiii pejabat pos dia!!! mengaliaq peluh kat muka aku), kami jenjalan membunuh masa kat taman situ. Petr citer pasal laluan sikal yang kerajaan euro sediakan. memang depa ni galakkan menunggang basikal la. minayk kan mahal, jadi kalau setakat nak jalan sorang sorang tu, kayuh je la basikal. takyah kisah kereta ke lori ke, sebab laluan khas tu mmg utk basikal.
Kami dinner kat Restoren Malek. Petr cerita, restoran ni ada bintang michelin. masa dia cerita tu, aku tak tahu pebenda bintang michelin ni, tapi aku dapat agak la yang bintang ni menandakan kehebatan seni masakan dia la kut. aku pun buat buat impress, walaupun aku tak pasti satu bintang tu hebat atau biasa biasa aje... janji tak la nampak macam bodo sangat kan...
malam - dinner
-botol kena buang
-buang isi monster
No comments:
Post a Comment