Thursday 1
Hari ni pergi Slovakia dengan Zdenek.
Zdenek sampai lewat 6 menet. Aku bayangkan dia kanan sampai tepat waktu macam senin kelmarin.
Macam biasa, sebab dia gentlemen, dia akan masuk kawasan hotel dan keluar dari kereta sebab nak sambut aku masuk keter.
Dan macam senin lepas, bila dia kelular dari kereta, dia akan bukak cermin mata ala-ala Horatio sangat. HAHA.
Masa menuggu tu, aku lepak kat tempat first day aku tunggu dia depan hotel tu.
Igy dan Su mencemarkan udara sekelilingku dengan asap rokok depa.
Depa naik teksi hari hari ke tempat kerja. aku malas nak amek teksi sebab nak kena set tepat masa pergi dan balik.
Iggy cakap, dia pun dah beli simcard. tapi dari telco lain.
Jadi kami pun ke Slovakia.
Zdenek ni, dia ni banyak cerita, macam macam cerita dia ceritakan. Macam-macam sooalan jugak dia tanya.
Saja la taknak bagi boring la tu. bila dia nampak aku diam pandang kanan tengok luar, dia akan tanya soalan atau cerita lagi.
Masa lalu kat kampung kampung dan hutan tanah tinggi tu, aku rasa dia sengaja bawak slow slow nak bagi aku enjoy pemandangan. dia kata, masa dia first time sampai Malaysia dulu pun, dia ambik gambar sana sini sebab pemadangan memang betul betul lain.
Menurut Zdenek lagi (chewah), trafik hari ini snagat baik. Tak pernah sabaik ini. Lori pun takdak. Langit pun biru cerah cantik molek. "Heran...", katanya.
Masa lintas border, Zdenek tanya, ada tak dapat sms, 'welcome to slovak' ke apa ke yang cam tu?
"entah...."
Tak lama lepas tu, aku pun tengok henpon aku.
Laa.. betui la. ada sms...
"vtejte ni slovenska" - yang ni ke? aku bacakan kat Zdenek.
"haaa. yang tu la..."
"vitete" bunyi dia. ye la 'J' tak bunyik kot. Lawak pulak. benda tu pun dia jadikan bahan cerita. Memang dia ni macam aku jugak la. :)
Dalam 2 jam camtu, kami pun sampai la Piestany. Kat sini ada M&M hijau tu, tapi aku tak ambik gambar pun - MALU. :P
Laco dah tunggu kat entrance. First time jumpa Laco. Laco ni dah macam bapak aku la... hahaha...
kami naik lif ke atas, Andrej takdak dalam bilik. Depa pun gelak macam seronok ssebab Andrej takdak. hahaha. (aku pun tumpang gelak)
ok. Rupanya Andrej dok tunggu kat bilik meeting hujung lorong bilik dia.
amboiiiii gumbiranya Andrej nampak muka aku!!!!
pot pet ntah apa dia cakap. siap nak bawak aku pi seluruh kilang nak tunjuk Piestany.
"jom, kita jumpa orang orang IT"
"loh... aku tak kenal sesapa IT pun kat sini".
Nasib baik Andrej cuma bawak jumpa Duson Nusko. Aku gerenti Duson tu, nama aku pun tak pernah dengaq. nama dia aku dengaq pun sebab dia pernah dapat EOTY.
Bukan aku ada deal dengan depa depa ni pon.
Akhirnya, kami pun lepak kat taman... sembang sembang. lawa betul kilang ON kat Piestany ni. Admire aku. Ada taman tempat lepak. Iye le, dah tempat depa tak panaih lit lit, syok le melepak. pastu ada lukisan lukisan cantik menghiasi dinding.
Aku ada tanya andrej, sapa yang lukih tu? Dia kata employee kat sini la yang lukis, tapi muka dia tu... aku tak dapat nak bezakan yang mana betui yang mana melawak.
aku cakap aku nak hantar lukisan, boleh ke di tayang kat dinding tu?
Dia kata, hantar je, nanti dia submit suruh gantung.
"i am serious". aku buat muka serius (sambil senyum)
"i am serious too". dia pun buat muka serious, sambil senyum jugak.
Tang ni mmg lawak.
Andrej tanya aku nak pi mana hujung minggu, aku cakap aku tatau - sebab nak pi Prague, rasa macam jauh sangat.
"Hang pi check, nak pi Prague berapa lama", Andrej bagi arahan kat Zdenek.
"I already knew - by train it will take me more than 3 hrs. Lagipun kena... " Aku tengah nak jawab...
"wei Zdenek, hang pi check, lagu mana nak naik train pi Prague
Zdenek pun kata "Aji dah tau dah camana nak pi Prague haihh, nak tukaq kat mana apa semua...."
Muahahaha... zdenek maleh kena suruh lagi la tu...
"so, how long you will stay at prague?"
"I dont know. whenever I feel like I want to go back to roznov, I will buy the ticket"
"hahaha, so one day, I will call you.. 'haj, where are you' and you will answer ' i am in Prague still thinkingg wheather I shhould go back!! HAHAHAH'" - dia gelak sorang sorang.
Lawak la sangat (tangan kat bahu).... tapi pastu semua pun gelak. tak pasti gelakk kat dia ke gelak kat aku buat muka boring rolling eyes.
Andrej cadangkan aku tidoq Prague dua malam. Dia kata 'satu malam mana nak cukup!'. Memang pun, bukan tak cukup apa, tapi sebab Prague tu jauh dari Rpr, maka perjalanan aje dah makan masa. Pulak tu, bukannya tren sejam sekali.... jadi kalau pergi satu hari, memang tak dapat apa sangat la...
Tapi apa-apa pun, tiket mmg aku dah beli. hotel pun aku dah booking. untuk malam sabtu, aku dah confirm, utk malam jumaat je aku belum confirmkan.
Meeting pun start.
tadaaaaa.... aku jumpa Roman!... aku snap gambar dia. sebagai kenangan untuk Azliny. hahah. sebab aku rasa aku dengan dia sama-sama rude dalam ocs tempoh minggu. hahahha....
Tak sangka aku akan jumpa dia. Kelmarin aku dapat email dari dia, sambungan thread yang lepas la. Dia dok tanya aku soalan lagi, soalan yang aku tak paham.
Lepas tu, aku pun ocs la dia. aku cakap, aku kan ke Piestany hari khamis nanti, apakata kita bincang face to face aje.
Dia kata, dia tahu aku akan ke Piestany.
"mana tahu?"
"Laco ada hantaq email"
hahhhhh???? laco habaq satu Piestany ka aku nak pi sana? aduihhhhhh....
Aku jumpa hampir semua dalam team Andrej. Dalam meeting room tu aku sorang je pompuan. Aku sorang je pompuan kemetot. Dengggg.....
Aku nampak sorang kepala botak, muka dia sebijik dalam gambar kat employee directory. Sebelum dia kenalkan diri dia Tibor Danis, aku dah teka dulu yang dia tu Tibor.
Patrick Vandermeerch pun ada, tapi dalam tepon je. Okay la tu. Walaupun dia hanya mewakilkan suaranya, tapi dia la yang paling banyak tanya.
Andrej sempoi je orangnya. macammana aku jumpa dia kat Seremban, macam tu jugak la dia depan orang orang dia.
Tengahari kami jalan jalan. Petang dia suruh Zdenek bawak aku gi shopping.
shopping?????
Lepas lunchtime, ada sambung meeting lagi. tapi Andrej takde. hamboiiii depa ni... bila Andrej takde, masing masing ada soalan untuk aku. aku rasa mcm nak debik. Tapi takpa la, valid la semua soalan depa. Wa layankan jek...
Satu benda yang aku perasan, masa meeting pagi tadi, Andrej macam tahu benar pasal ONIT. Impressed sungguh aku - banyak kali.
Hari pun berakhir. Meeting tamat tepat waktu. Pukul 3.30 lebih kurang la. Kiranya just nice utk kami sampai Rpr kul 5-6 gitu.
Seperti yang zdenek janjikan, dia bawak aku pi Tesco. Sebab dia nak carikan aku Monster drink special edition The Doctor.
Aku terperasan, kat Tesco ni ada ramai jugak yang pandang aku. Aku pakai tudung kaler cekelat tua. Memang aku sengaja bawak tudung tudung yang kaler ala-ala blonde, cekelat muda, cekelat tua. Tudung oren pun aku ada bawak, mana la tahu kat sini ada orang rambut oren.
Tapi sebenarnya :( :( :( , bila aku sampai sini, aku nampak rambut depa banyak kaler gelap. Rambut hitam pun ramai. HAHAHAH... aku ingat depa ni ala-ala Amareka. Kalau kat amareka, kepala macam macam kaler.
Kami pun masuk Tesco. Zdenek kata, Tesco ni besaq, dan macam macam ada. Dia biasa pi sini sebab kalau dia datang Piestany dia stay kat sini satu malam.
Tempat Tesco ni mcm pusat atau kompleks shopping la. Ada banyak lagi bangunan lain kat square ni.
"let me show you where the drink is, because I always come here, I know the place", kami pun terus jumpa Monster drink tu.
"see... the price is cheaper here. I think we made a god decision to buy here"
Masa tu, aku jadi macam kompius... aik... apsal 1.xx jek? takkan la murah sangat. Seingat aku kat Albert depan hotel tu macam puluh puluh harga dia...
Agaknya zdenek terbaca awan atas kepala aku... dia pun cakap "owh.. it is in Euro"
MAKKKK... euro ka... ??
"and I dont bring my euro. I forgot that we are going to another country... hehehhe"
"it's okay, I will pay"
Gentleman mamat ni. Bukan la sebab dia nak bayarkan barang aku. Tapi masuk masuk je, dia yang nak bawakkan bakul. Dia kata aku takleh bawak. Wow... aku tahu aku bukan spesyel pun. Cuma aku tahu typical lelaki eropah depa gentleman. Maknanya in general, depa memang buat gitu kat pompuan.
Aku ambik 8 tin, ye LAPAN. Original 2 tin. The Doctor 4 tin. Pastu ada dua perisa lagi yang dua tin tu.
Berat jugak.. hahaha... beg plastik tak bagi. jadi kitorang peluk je la tin tin tu sampai kereta. (tin ni bukan saiz tin kopi wonda tu, dia besaq sikit macam tumbler pi sekolah tu)."I have a plastic bag. you know, I always bring spare plastic bag"
Dalam hati aku cakap.... dia selalu mabuk naik keter atas bukit kot... hahahhaa....
Malangnya plastic bag tak muat nak sumbat semua. jadi, kami susun elok elok la tin tu.
Kami pun balik ke Rpr. Trafic okay. Sekali sekala Zdenek akan check trafik report.
"Ada eksiden, nanti kita lalu ikut ext lain la, sebab exit yang kita datang tadi tu jem"
Hmm, tapi dia terlajak exit yang dia plan nak exit tu. Dimudahkan tuhan, jalan dah tak jem sampai ke exit yang kami datang tadi. elok 200m di hadapan exit tu, masih jem.
Aaha.... dia kata, dia taktahu apa yang berlaku hari ni. segalanya elok. Dari pagi tadi masa datang, trafik lengang, cuaca baik, langit biru, Andrej tak sibuk, balik tak tersekat jem. Dia rasa ini hari bertuah dia.
"because of me?"
"yeah yeah... and you should come with me to Piestany more frequent" ayat manehh siottt....
Zdenek hantar ke hotel. Aku letih sangat. rasa nak tidoq. Tapi lepas buka aku conf call dengan Mark Morris. Aku restless dengan preassure dia...
Tak lama lepas hang-up, aku dapat email dari dia... "Hang on there Haj! ". OK, aku rasa sedap sikit nak tidoq. sebelum tidoq, aku balas email dia cakap terima kasih sebab percayakan aku selama ni.
No comments:
Post a Comment