Monday 1
Zdenek sampai tepat pukul 7.45.
bawak ford.
lepas sepuluh tahun, kami berjumpa balik.
dia kata Roznov ni sunyi je tapi dia suka sebab ada gunung.
nanti hari khamis dia nak bawak aku pi piestany lalu jalan gunung. "situ cantik" katanya. huh. dia tatau semalam aku dah lalu dah jalan tu. nak mabuk pun ada. masa on the way tu, dah rasa macam nak kanselkan je trip to piestany tu..
"ok, the most important question, do you know which building you are going?"
heheh... aku jawab "M8"
"SUPER!!!".
nasib baik Petr mmg dah habaq kat aku yang building ada banyak kat Roz. tak macam kat SBN, building banyak pun, tetap ada satu je entrance / post guard. aku punya la nak buat surprise kat dia. sebagaimana dia dengan tiba tiba tercongok kat pintu visitor masa first day sampai sini..
Zdenek turunkan aku kat pintu M8. aku bukak je pintu M8 tu, terus nampak Petr. gembira aku jumpa dia. aku harap dia pun gembira jumpa aku sebab terpancar dari senyumannya.. MUAHAHAHHA... uweeekkkkk!!!
Petr tunggu dalam bilik. pakcik reception tolong activatekan badge.
Petr bawak ke opis. mak aih.. jalan nak opis.. sangat mencabar.
Building ni takdak aircond. kalau rimas, bukak tingkap kasi angin luar masuk.
dalam opis ni ada 13 orang termasuk aku. senyap sunyi je. sampai aku nak buat call pun rasa janggal.
pagi pagi Haneefa call. opis senggaaaapppp okayyy... heran aku. aku pun ocs Petr, "can i do ocs call from this desk?"
petr mai sebelah aku, dan tanya, meeting apa? dia dah book bilik dah. (?????).
Tapi aku buat ocs call kat meja aku situ je. Aku be;asah je cakap kuat kuat sebab aku cakap melayu dengan Haneefa. Depa hat lain bukan faham pun kan.
follow by weekly project meeting. aku konpius sikit masa Petr ajak pergi meeting tu. sebab baru je masuk kerja. aku masih bayangkan meeting tu tengahari. rupanya kat sini, Petr attend meeting tu pagi.. heeee.
Patutla masa baru baru sampai tadi, bila aku tanya Petr 'boleh ke aku buat ocs call dari meja ni', dia terus cakap dia dah book bilik.... aku ingat dia tak paham pertanyaaan aku, rupanya aku yang kaliru dengan masa....
habis meeting teruskan discussion dgn Petr pasal :
1) single sign on
2) zana's hyperion job
Michal masuk bilik. say hello dan sembang sikit sikit. masa memula Michal masuk dan say Hello.... hampir hampir aku tak kenal dia! tapi siapa lagi yang akan datang Hello aku pagi pagi senin kalau bukan boss aku kan? (kali terakhir aku jumpa dia.... 2011, barangkali)
michal nampak tua sangat. dia tanya aku, macammana flight?
aku cakap , "wah.. okay aje, selalu tu ada je benda kelakar yang jadi kat aku kat airport"
banyak pulak cerita aku kat dia. Petr nengokkan aje sambil sengih.
Michal keluar aje, aku terus cakap "he looks old!"
Petr cakap "everybody getting old, i am getting old"
sambung dicussion with petr.
dah lama sangat, bilik tu pun dah tak nyaman lagi.
petr bawak jenjalan. dia kata nak kenalkan aku dgn manusia manusia. tapi dia bawak masuk pantry dan 'kenalkan' aku dengan piza apatahnama dia.. piza tu makanan tradisi daerah ni, Zlin.
furgal nama makanan tu. sebenarnya aku dah jumpa masa sarapan pagi kat hotel. aku ingat pizza vege, jadi aku ambik la. tapi furgal ni mmg kuih/manisan sebenarnya, bukan makanan berat macam pizza tu.topping selalunya buah (setakat yang aku jumpa, semua buah).
lepas tu dia cakap, aku boleh je bancuh air kat sini. dia buka kabinet, "ada mcm mcm teh kat sini. generally semua sedap".
"kopi?"
"oo... kalau kopi kena guna machine tu" dia tunjuk machine coffe maker kat sebelah sinki.
"tapi machine tu bahasa cz. takpa, nanti kalau nak kopi, ajak je dia, dia boleh tolong ajar"
baru aku teringat, Jade memang ada cakap, orang europe tak minum kopi sangat. depa prefer teh.
sebab, masa nak belikan barang untuk Pavel Magera, dia kata dia taktau nak bagi apa, selalu bagi kopi old town... tapi european tak minum kopi. so, kami bawakan BOH untuk diorang.
aku dok cerita macam macam kat Petr. semua citer lawak la. termasuk la citer aku ngan KK yang kat Shenzen. hahaha..
Petr dok ghalit dengaq ja sambil kunyah furgal. aku tatau dia faham ka idok sebenarnya... hmmm
tengahari - petr ajak pi makan. aku cakap la aku tamau. Ana ada habaq, depa ni kalau pi makan, pi sekali semua. nampak macam betul je apa yang ana cakap tu.
after lunch, petr tanya aku nak balik pukul baper. aku jawab pukul 5 okay ke? ye la, aku akan ikut waktu SBN la kan. dia kata kat sini takde office hour pun. nak balik awal dari pukul 5 pun boleh. tapi aku tetap kata aku nak balik pukul 5.
masa balik dari opis, aku cakap kat Petr, aku nak cari sim card. dia pusing la square tu sebab nak carikan aku kedai telco. dia pusing sekali, "i cannot see any here, maybe we can go round once again". pastu aku pun kompius apa sebenarnya dia tengah buat ni. aku tanya dia, apa dia nak buat ni? dia jawab la dia nak carikan aku kedai telco. hahaha... habaq la nak carikan aku kedai telco.
"okay, what should we find here? 'telefonica'?, 'telekomunikasia'?, 'simkato'? hahaha"
haha.. aku buat lawak sebenarnya... kengkonon macam aku dah tahu bahasa depa.
lepas tu petr senyum, "yes, yes, simkartu".
"hahaha... wow.... aku boleh translate ke bahasa depa!!!!!" kebetulan je la sebenarnya.
satu hari aku tengok TV bahasa depa, aku suka lak dengar depa dok tambah tambah 'a' kat belakang perkataan.
aku terus jumpa 'telecominicasia'!. "that's the shop we are looking for"
"yes". kata Petr. tapi dia kata kedai tu macam takde jual sim card. mana dia tahu entahla.
lepas tu ada la jumpa kedai lain ada lambang "T". dia kata "T" tu syarikat komunikasi. tapi kedai kedai dah tutup sebenarnya. jadi aku kena pergi lain hari.
Petr tak pasti Hotel aku tu kat mana. jadi dia pusing pusing situ, pastu aku nampak tingkap bilik aku "owh.. that is my room".
dia pun turunkan aku kat situ jugak. hah. lawak. macam la aku boleh lompat masuk ikut tingkap.
tapi memang dekat situ ada pintu masuk pun. pintu belakang sebenarnya. aku tak kisah la. terus je masuk.
pastu dia kata, esok pagi dia tunggu kat situ.
aku dalam hati "kat sini? oh no....!"
"takpa, tunggu kat square sana. aku jalan ke sana"
(apo ko bondo nak suruh aku tunggu belakang bangunan...)
petang tu aku pi Albert beli roti, susu dan kopi. malangnya susu yang aku beli tu mcm yogut, chettt... geli aku nak telan,
kesimpulannya aku berbuka dan bersahur dengan kurma yang aku beli kat Dubai tu.
balik je hotel, aku wassap video call ke rumah. dah malam sangat sebenarnya.
No comments:
Post a Comment