Tuesday 1
pagi pagi aku gi square. jalan kaki.
panaskan badan la sikit. aku pun dah bangun pagi awal sangat sebab masa time nak pergi kerja tu, jam biology aku menunjukkan pukul 11 tengahari.
aku dok la kat taman kat tengah square tu. janji dgn Petr pukul 745. tapi aku saje je sampai awal sebab aku tatau nak buat apa lagi kat hotel. tv pun bahasa CZ.
aku pergi kedai magazine yang ada lambang T tu. aku tanya dia pasal 'simkartu' dia bagi aku pamplet. satu jenis simcard je dia jual kat situ. jadi, aku cakap, aku akan datang lagi.
Petr pun sampai. aku tak ingat sangat keter dia kaler apa. tapi aku masih boleh ingat susuk badan dia... HAHHA.... agak menonjol la sebab tinggi sangat kan. dia baru je nak berjalan (sambil selok kocek) ke arah aku. tapi aku dah bangun dulu dan pergi ke keter dia.
dia tanya aku makan apa malam tadi. aku cakap aku gi Albert je beli roti. tapi susah sikit la bagi aku sebab aku tak berapa tahu apa yang aku beli. aku ingat balik nanti nak cari simcard. nak pakai data plan.
dia suggest download vocab. tapi aku cakap, aku bukan setakat nak translate je, aku nak kena tahu isi/ingredient makanan yang aku beli tu... dia kata "ooo". tak pasti dia faham ke idak dengan masalah aku... ahhahhh
sampai opis. tapi hari ni lalu jalan lain. kenapa lalu jalan lain? sebab lepas je security scanning gate tu, aku pilih untuk belok kiri. bukan la aku pilih pun sebenarnya, cuma aku tak ingat sangat semalam tu aku belok kiri ke kanan. Jadi, bila aku dah terbelok kiri, Petr kata takpa, boleh sampai jugak.
tapi sama mencabar. haha... belok belok, lorong kecik, selerak sana sini. tengah construction la katakan.
sebenarnya kami kena pi bangunan lain hari ni. sebab ada meeting dengan Edhouse.
tapi dia terlambat book bilik meeting tu. dan dia lambat la habaq kat Edhouse pasal tempat tu. sampai waktu kami tinggalkan opis semalam, Edhouse masih belum balas email dia. jadi dia takde pilihan melainkan tunggu Edhouse kat bangunan biasa - M8.
Petr pun tak pernah masuk bangunan tu. Edhouse pun sama. jadi kami kena tunggu Edhouse kat M8 untuk sama sama pergi ke bangunan tu.
dalam 8.15 camtu, Petr ajak turun bawah sebab Edhouse dah sampai.
bila aku keluar je pintu, terus ada orang greet dan sebut nama aku. hahha
tulah Michal Belicek. dah tentu dia tahu aku yang mana satu sebab aku je pompuan pakai tudung yang keluar dari pintu tu.
kami naik keter ford merah Roman Liszka. kawasan bangunan yang kami tuju tu, ada bangunan bangunan lain yang bukan sebahagian ON pun. ada restoren, ada Albert. klinik pun ada. bangunan lain ada, tapi aku tak dapat translate dengan cepat apakah bangunan tersebut... hahaha..
Michal peramah rupanya. rajin dia tanya aku soalan. dia pernah sampai Malaysia. tak ingat tahun bila, atau mungkin aku tak tanya. Dia datang 3 minggu, ke Borneo dan panjat Gunung Kinabalu. banyak dia tanya aku pasal Malaysia. saja peramah kut. sebab soalan dia lebih kepada apa pandangan aku tentang Malayia dan Europe. Roman diam je sebab dia tak pandai english sangat, agaknya la. atau semua soalan dalam kepala dia si Michal dah tanya kat aku, jadi dia hilang soalan la kot.
tegahari, kami keluar. tak tahu la kat mana depa bawak aku. aku tak galak sangat sampai asyik nak refer peta untuk locate tempat mana yang aku pergi. hekkkk.
ada satu kawasan kami parking tu... ada pokok besar dan tinggi. kat batang pokok tu ada tulis besar besar - 'KOLA'.
"is that a cola tree?"
Michal jawab "no, that means bicycle"
menyembur aku tergelak!!!!!! sampai Roman pun tergelak sebab aku gelak...
aku rasa, dalam depa tigorang tu, Michal paling cepat tangkap.
pertama, Michal respon dengan cepat,
kedua, Michal tahu aku merujuk ke pokok mana.
ketiga, aku pasti Michal tahu pasal 'cola tree'.
aku malu giler siot....
pastu michal sambung..." the wording on top is saying that you can park you bicycle here "
masa lalu kat satu jalan tu, nampak la tanda skanzen tu.
"Michal, is this the place you told me in the email?"
dia jawab ya. kebetulan tanda skanzen tu tepi sungai, jadi dia habaq la, ada itik kat sungai tu, aku boleh je bagi makan kat depa.
(wow.. menareekkkkk)
masa balik ke hotel, Petr tanya, ada masalah lagi ke nak beli susu kat albert.
aku cakap, aku tahu 'Mleko' tu susu. tapi apsal mleko yang aku beli semalam tak macam susu? ntah apa depa tambah... tak lalu aku nak telan. (okay... aku komplen banyak sangat kot kat Petr ni...)
"i have much time today. let me help you buy food".
Dia parking keter jauh dari square sebab dia kata dia tak pasti parking kat square macamana. tak faham sangat lah aku apa masalah dia. mungkin maksud dia, parking terhad kot kat depan Albert tu.
jadi kami pun jalan kaki ke Albert. tak jauh pun. 250meter kot.
okay. tahu tak. sebenarnya tak membantu pun kehadiran dia tu. setakat translate tulisan kat kotak susu je. aku tanya pasal roti roti tu langsung dia tatau. hohoho... roti la cintaku. last last, aku beli roti basic je la. aku jangkakan, kalau harga roti tu murah, maknaya dia guna bahan halal la... (hampunkan dosaku)
sementara tunggu maghrib, aku google pasal simcard. last last aku decide untuk beli sincard dari kedai yang bagi aku template tu la. lagipun under vodafone. dan boleh roam freely dalam negara euro. internet pun paling laju. aku memang ada plan nak jenjalan Austria nanti.
No comments:
Post a Comment