Tuesday, August 22, 2017

While I was in Roznov - 3

Wednesday 1

aku keluar awal. sebab semalam, aku dah perati yang kedai kat sini bukak agak awal. 7.30 dah ada yang bukak.
jadi, hari ni aku tetap jugak nak dapatkan simcard. Aku pergi satu kedai ni. lama gak la nak tunggu urusan pelanggan depan aku tu selesai.
lepas tiba giliran aku, "sim card?".
terus makcik kedai tu geleng kepala. (eh... ngok la aku ni, kan Petr dah habaq kelmarin, kedai ni takdak sim card, jual topup je)
masa aku nak keluar tu, ada pakcik nak masuk kedai tu. orang tua. baru aku perasan, dalam kedai tu semua warga tua. awal betul warga tua keluar rumah. eksersais kot...
masa aku bukakkan pintu untuk pakcik tu, aku ternampak Petr dah sampai. dia dok jenguk kerusi yang aku duduk semalam tu. agaknya dia tengok aku takde kat situ, dia tunggu je la, legar legar sebelah keter dia (sambil tangan seluk kocek).
(apsal aku suka sangat describe dia suka selok kocek? hahha..... tapi mmg itu gaya dia yang paling kerata. sentiasa nak seluk kocek)

aku keluar dari kedai tu, dan lambai tangan kat dia. macam telepati la pulak, bila aku jalan keluar dari kedai tu - dia toleh kat aku. aku lambai tangan, dan bagi isyarat yang aku nak ke kedai hujung satu lagi. aku terus berjalan tanpa peduli reaksi dia. (dia mmg ada delay-reaction sikit, so, aku jalan je cepat cepat).

kedai ni kedai T yang aku pergi pagi semalam. nampak macam aku takde pilihan selain vodafon tu. tak kisah la. harga pun macam harga simcard prepaid kat malaysia je. so, aku pun beli.
dia suruh pilih nombor. hmmmm
simcard ni ada dataplan, dan 200 sms free. tempoh aktif sebulan. kalau tak top up, mati cam tu aje. pekerja kat kedai ni pandai cakap omputih, jadi rajin la dia explain kat aku. aku "ok, ok, ok" je le... sama je kot dgn terms & cond simcard Malaysia.

selesai urusan (yang cepat dan pantas tu), aku pun keluar dan nak jalan balik ke tempat menunggu. Tapi aku dah nampak Petr kat depan kedai kasut. dia tunggu aku kat situ.
"you moved your car?"
"yes,so you do not need to walk that far". ha ha ha... sangat memahami!!! tapi, aku tak kisahpun jalan jauh (yang tak la juh mana sangat tu), sebab sejuk. aku nak jugak la panaskan kulit aku.

masuk je dalam keter... "i got myself a sim card!!". excited siot gaya aku bercakap. macam awek tergedik gedik bagitau bopren dia yang dia dah dapat benda bodoh yang diidam-idamkan.
dan, umpama aku bercakap dengan steering keter, takdak reaksi apa pun dari Petr. "delay-reaction".
aku tak kisah pun dia tak jawab apa-apa. sebab aku tahu, dia pun taktahu nak jawab apa.

sampai M8, badge aku masih belum boleh lulus gate tu.

sampai kat opis, aku tukar sim card tepon aku. dapat la sms dari telco.
tapi dataplan takleh pakai lagi. aku try baca buku info. guna google translator la (siap taip balik tuuu). lepas tu aku pergi website yang dia bagi tu. kat webste tu kata, dataplan boleh start pakai lepas 3-4 jam, atau paling lambat 24 jam lepas pengaktifan. okla. aku boleh tunggu.

aku tanya-tanya Petr pasal tren pergi Prague.
susah jugak sebenarnya nak ke Prague by train.
Iggy ada tanya aku, jadi ke pergi Prague? aku cakap, "jadi".
depa pun jadi (Iggu & Su). Tapi depa pi naik keter sebab kawan depa akan drive depa ke sana.
saja la aku tanya "muat tak tumpang aku sorang lagi?"
dia kata, tak muat sebab ada kawan lain nak pergi sekali satu keter.
hahah.. saje je aku tanya. tamau la aku pi ngan depa. biar aku cari adventure aku sendiri.

Petr carikan jadual tren.
memang takde direct tren dari Roznov ke Prague.
stesen bas/ketapi Roznov ni lebih kurang macam stesen Tampin masa aku sekolah dulu la. dan, menurut Petr, ketapi yang lalu Roznov ni hanya berjalan atas trek dalam daerah Zlin ni je. ulang alik jalan lurus tu je.
kalau nak ke Prague, aku kena amik tren kat RoznovPr, turun kat Valmez, naik dari Valmez ke Hranice. dari Hranice, baru ada tren direct ke Prague.
ada jugak yang dari RoznovPr ke Hranice.
walau macammana pun, memang kena amik tren untuk ke Prague dari Hranice jugak.

aku mmg dah study laluan ketapi ni... tu yang aku mcm demotivated nak ke Prague tu. macam buang masa dalam perjalanan. Tren pun bukan frequent.
aku siap dah ada backup plan, kalau tak jadi pi Prague, weekend aku akan pergi skanzen (open air museum) tu, dan jugak layan konsert. ada mcm mcm aktivity hujung minggu kat sini. almaklumle, summer is here!!!!

aku pi meja Petr, tanyakan cara terbaik pergi Prague. dia pun bukak website tren. dalam baha cz, of course. lepas tu dia tolong belikan aku tiket tu. dia kata, "it's okay. i will send you to Hranice"
"how far is it?"
"from here? maybe just 25 minutes, but it is very near to my house. the same way"
okayyyy...... so, aku cuma perlu tunggu tren kat Hranice je la.
masa nak bayar, dia kata "amex is not acceptable. i will pay using my card"

aku pun bayar cash kat dia.
dia tak pulangkan pun baki, sampai aku pun kompius samada aku bayar terkurang kah???
tapi takpe la. aku angggap service charge atas pertolongan ikhlas dia. tapi kalau betullah aku terbayar kurang, aku anggap dia halalkan je sebab aku kawan baik dia untuk minggu ni dan minggu depan... errrrr

petang sikit, keluar message ocs dari Ryan.
"why are you still awake?"
Ryan kat hotel kat Cebu. esok dia kena bagi training kat xFairchild. tapi aku dah bagitau dia yang esok aku takdak sebab aku akan ke Piestany. mungkin tak akan attend to issue dia melainkan betul betul showstopper.

jadi, Ryan nak tanya aku la beberapa soalan kat tempat tempat yang dia tak baper clear.
"can you call me? i long to talk to somebaody. this offce is so quite, i feel like working in library"
seriousy, aku nak mati kutu duduk opis ni. mungkin kutu pun dah lama mati boring. takde orang bercakap. talipon pun tak berbunyi.

dah la tak semua meja ada tepon. jadi aku musykil samada depa ni contactable ke idak.
ada pakcik kat sebelah aku ni, datang pagi balik petang, keluar makan tengahari. selain tu, duduk sebelah aku, tak cakap sepatahhabuk!. petang kemas beg balik. peerrrgghhhhh....

maka, Ryan pun call aku. pakai komputer la. aku dah tak peduuli dah nak cakap kuat kuat. siap gelak ketawa lagi. tapi kalau aku nak cakap pasal orang kat opis, aku tetap akan ocs Ryan.
aku dapat tolong Ryan jawab semua soalan dia. dan bagi tips berguna kat dia untuk training esok.
aku pesan "you have a big responsibility tomorrow Ryan. Make sure you train them acording to Saras' guideline".
HA HA HA...

Petang - balik hotel.
kalau balik, Petr selalu ikut jalan lain lain. mungkin ikut mana jalan yang paling senang dari tempat dia parking keter kot. tapi aku selalu berharap dia akan lalu jalan 1Maje tu.
Jalan tu ada beberapa blok apartment. 3 blok sebenarnya. tiga-tiga blok tu dibina zaman komunis dulu. Petr kata "only concrit". aku tak paham sangat apa maksud dia. kalau kat Malaysia, mmg fully concrit la.
sebenarnya kat jalan 1Maje ni, ada pokok tepi jalan yang aku suka sangat. pokoknya tinggi. daunya berbentuk cantik. pastu terjurai ke bawah. ada bunga bunga warna putih. bukan westeria, tapi macam westeria.
aku dah lama nak berenti amek gambar. tapi, macam takde tempat pull over kat situ.
"mmmm mmmmm i dont know the name in english" jawab Petr bila aku tanya pasal pokok tu.
"owh.. ok"
lepas tu Petr selok kocek kanan dia, aku rasa dia nak amek henpon. agaknya nak cari english translation la kot.
"it's ok! it's ok!, you dont have to. you really dont have to. you are driving"
masa kat trafik light, Petr pun habaq la, pokok tu orang biasa tebang atau kumpul ranting dia untuk binatang ternakan makan.
aku rasa pelik.
tapi bila aku tanya soalan lagi, Petr mcm susah nak cerita.
aku pun, terus percaya je la eksplenesyen dia.

lepas simpan beg, aku turun pergi Albert. mana lagi aku nak pergi kan, kedai lain semua dah tutup. sini kedai tutup pukul 5. abih lewat pukul 5.30.
tapi ade je orang melepak kat square ni.

masa tengah beratur nak bayar kat albert, aku nampak cashier tu pakai jacket sama kaler dengan petr.
tapi bila dah dekat, aku terus nak tergelak sebab jacket tu ialah uniform Albert. tapi Petr punya takde la sulaman 'albert' kat dada.

1 comment:

  1. Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete