Monday, October 16, 2017

While I Was In Roznov - 10

Wednesday 2

masa keluar pergi kerja, nampak keenan tengah check out. aku nak pass kunci bilik, jadi kena la tunggu urusan dia selesai.
aku pun, "good morning keenan"
"hi, good morning, how are you doing?"
"fine thank you"
sekali aku ternampak brian ada kat luar.
"have a good day, Haj" dia greet aku.
"you too". (betul ke jawab macam ni?)
lepas aku tingngalkan depa beberapa langkah, baru aku tersedar... mm aku patut amek gambar dgn depa ni.. sebab.. ini di luar seremban dan di luar phx. mana nak dapat lagi peluang camni.
tapi sebab aku ni pemalu dan waras... maka aku teruskan jugak a angkahh akuu ke depan.

petr belikan aku air ngan buah. penuh la pulak tangan aku. sumbat je la masuk beg semua. 

pukul 830 patut aku ada meeting dgn michal. tapi aku tatau tatacara kat sini camana. jadi bila aku sampai depan bilik dia, petr masih ada daam bilik, aku tunggu je la luar bilik.
dal overshoot 8 menet. aku pun heran, dia nak jumpa aku dgn petr sekali ke apa? tapi aku tetap tak ketuk pintu.

lepas tu agaknya depa pun heran aku tak mai, si petr bukak pipntu dan "aaaahhh..... "
ok, meang depa tunggu aku la tu.

michal tanya pasal situasi malcolm. tapi sebenarnya petangnya baru aku patut meeting dgn malcolm.
aku pu terangkan je la situasi semasa.

sipi sipi sikit lebih pukukl 9, vladislav pun muncul depan pintu.
"you have a eeting with him now?"
"yes"
michal pun bukak pintu dan cakap dalam bahasa depa, tapi aku rasa aku paham... "ko tunggu jap, bagi aku maksimum 5 minit, nak abihkan diskasyen"

michal cakap lagi, pasal extra malam kat vienna tu, aku takyah bayar sendiri. zbynek suruh claim dari budget project. waaahh.... terima kasih la zbynek....

rata rata depa ni tahu yang aku pergi prague. tak pasti siapa yang muut tempayan.. hahaha...
kalau petr yang cerita, adakah dia juga ceritakan yang dia hantar dan ambek aku pergi dan balik stesen ketapi? awwwww malunya aku!!!

meeting abes.

aku pun ikut vlada pergi bangunan dia. jalan kaki je.
dalam bangunan dia ada pokok cili. mcm mcm specis. dia ni peminat pedas rupanya.
dia cerita masa datang malaysia dulu, kak mag ada bagi buku malaysian cookery.
cili yang depa arvest tu depa buat serbuk atau flakes.

lepas tu kami masuk opis dia..
lapang giler...
syiling tinggi pulak tu. rasa nyaman jek.
meeting berempat. vlada, ludmila dan tomas. tomas drab nama penuh dia. janggut lebat muka jambu. haha.. teruk betul pemerhatian aku.

banyak la jugak cerita depa ni. tapi ok la. semua valid.

lepas tu aku kata bagi aku maca sejam sat, aku nak fix mana sempat. tapi vlada nak bawak aku melawat lab. tak sabar sangat dia. hahah..
dia pergi dari satu bilik ke satu bilik tunjuk semua service type diorang.... rasa bangga semacam walaupun aku rasa dia tak perlu pun tunjuk kat aku macammana nak operate mesin mesin tu..
yang aku rasa bangga tu sebab PAMS dan ONIT form merata rata!!! wah... rupanya aku buat sesuatu yang berguna.

balik lab tour, aku ingat nak buat sikit fixing. tapi slow sangat... rasa mcm buang masa je. jadi aku cakap aku nak balik m8 semula.

vlada tanya, aku dah pergi ke skanzen tu? aku cakap belum. sebab opening hours dia tak sesuai. pukul 5 dah tutup.
pastu dia offer balik kerja awal sebab nak bawak aku pi situ.
"is the place really wonderful?"
"hmm, it is not that wonderful, but since you are already here, it's a pity that do dont go there"
aku cakap, petang tu aku takeh sebab aku meeting sampai 4 lebih.
(sebenarnya kan petr nak bawak aku pergi naik gunung petang tu. tamauu la habaq alasan tu kat dia, macam famous sangat lak rasanya) last last dia kata, kalau camtu, kita pergi masa lunch time. 11-2 ok? hari khamis?
ok je aku...
(ku rasa jadual aku penuh enjoy je kat sini)
dia pun hantar aku balik.
sebellum tu dia ada tunjuk email birthday wish dia untk mike cairnes. dia sedih sebab mike tak balas pun email dia. "samada dia sibuk, atau dia tak nak contact kawan lama..."

sedih pulak aku dengar. dia pun tunjuk gambar terkini family dia.
aku rasa dia ni memang jenis ingat orang dan hargai persahabatan dan perkenalan. nostalgic sangat macam aku. hehehhe...

petang sikit aku ada meeting dgn malcolm. arrgghh... boring dia duk tanya pasal puasa. ko tak pernah puasa lillahitaaala ko diam la.....

lepas aku cakap "bye" je, aku cabut headphone, aku dengar petr kemas beg.
maknanya aku pun kena kemas beg... sebab takut lambat. nak wat canner malcolm tu mmg suka banyak cakap.

kami pun bertolak.
"mana igor?". sebab semalam petr kata igor nak ikut.
"we will pick igor at his home"
ye la. baru ingat. petr pernah cerita depa gelakkan igor sebab depa duk jauh depa naik beskal, igor duduk depan kilang tapi datang kerja naik keter.
kami pun singgah ambik igor.

tapi aku rasa petr lupa nak singgah hotel aku. chaittt...
dah kesan daripada itu, aku kena sandang beg 2 kg tu naik chairlift.

disebabkan masa dah suntuk untuk turun pakai chair lift, petr kata naik terus je la pakai keter.
aku ngan igor pun sembang, sembang pasal bradley cooper. hahaha.. sangat kelakar. tengah bergelak ketawa, tetiba petr potong sebab nak bagi cadangan.
dia nak suruh aku ngan igor naik chairlift, dan dia akan terus bawak keter ke atas, tunggu kami kat situ. sebab nak jugak bagi aku merasa naik cahirlift tu.
ok la. aku ikut jek.
cahirlift tu sentiasa bergerak ikut t ali cable tu. perlahan je la. bila sampai turn kerusi kita, naik je. untuk aku kena naik la, sebab jingkit pun tak sampai bontot ke kerusi tu. untuk orang averang CZ, diri aje, bila kerusi tu sampai, otomatik akan terduduk atas kerusi.

bila dah naik atas dalam 5 menet, si igor ajak selfie. hahaha.. dalam hati aku rasa lawak, muka brutal pun main selfie wefie... tapi aku rasa igor ni senang bawak bersembang.

chairlift tu gerak perlahan je. tapi kadang swing jugak sebab angin kuat.pemandangan memang cantik sebab langit biru cerah. ditambahh lagi dengan hijau pokok pine. ditambah lagi dengan kampung kat bawah tu yang sayup mata memandang....

aku tak perasan la berapa lama masa ambik untuk sampai ke atas tu. sebab banyak pulak soalan dari igor ni. beza dgn petr. kalau dia yang amek aku pagi pagi, kan ada banyak sikit benda nak cerita. hahah... (sebab dengan petr, 3 soalan, pastu sengappppp).

akhirnya sampai la kat atas. jalan ke depan sikit, igor dah nampak petr. aku tak nampak lagi peter sebab aku tak ingat dia pakai baju kaler apa.
tapi lepas aku dah locate petr tu, baru aku ingat pasal kaler jacket biru turqoiuse dia tu. aku suka kaler baju tu, sejak dia datang seremban aku dah berkenan dgn jaket dia tu.

macam matching je dengan kasut skecher aku. Masa hari pertama aku ke supermarket albert, aku nampak cashier tu pakai jaket sama kaler dgn jaket petr. bila dah sampai turn aku membayar, aku nampak sulam "Albert Supermarket" lkat baju tu. hahaha... apsal la jaket petr ni sama kalet dengan uniform Albert...

dari point tu, kami terus hiking ke atas. tengok view dari atas. cantik la sangat. dalam perjalanan tu berpeluang la kami amek gambar bertiga sebab jumpa pasangan warga tua ni dok lepak situ, so, mintak je la tolong dia amekkan gambar.
ok, sebenarnya destinasi kami ke patung radhost, dan seterusnya ke gereja lama.
masa nak sampai ke patung radhost tu pun aku dah tercungap cungap. bayangkan la aku sandang bag 2kg... hadeh... depa ni tatau ka beg aku tu berat!!! aku ada jugak terfikir nak mintak tolong Petr bawakkan beg aku tu, tapi teringat pulak masalah sakit belakang dia tu. tak jadi la.

dah bergambar dan bercerita, depa tanya nak teruskan tak. ada lagi 2 km ke depan tu.
aku rasa muka aku dah merah padam sebab panas sangat. aku pun tanya la, "wpa yang aku akan ketinggalan?"
igor cakap, takde apa pun. ada la churh lama, pastu ada bangunan restoran.
"malas la, nak patah balik lagi tambah lagi 2 km" ..... nak sambung 'dah la aku bawak beg berat ni'... tapi sambung dalam hati je.
"ok. takpe. tak kisah, kami pernah dah sampai ke sana"
(pandai la igor ni menjawab....)

masa jalan patah balik tu, Petr tunjuk ada jalan menuju gua kecik. aku pun teringat cerita harta karn radhost tu.. jadi aku ngan Igor pun dok buat lawak pasal tu. Petr, cam biasa.... *busy translating maybe*

kitorang singgah kat satu tebing tu. subhanallah. cantik pemandangan kat bawah tu. sejuk pun sejuk. angin kat situ memang kuat. petr ada tunjuk pokok pokok kat tebing tu, dahan dahan nya sebelah saja, akibat kuasa tiupan angin yang maha kuat.

turun bawah sikit, kitorang pun isi perut. aku ingat nak makan aiskrim je. tapi pakcik tu cakap "cornet! cornet". cuma cornetto je ada. hmm... boleh la. aku beli cornetto dan air kosong.

"igor orders the bramborak, because he wants to demonstrate to you". waaahhh... baiknya igor. haha. masa naik atas tadi, au ada dengar orang order bramborak. nama 'bramborak' tu mcm menarik perhatian. dan aku pun nampak 'bramborak' dah menu menu depan kedai. jadi aku pun tanya la, 'bramborak' tu pebende. maka depa pun eksplain la gitu gini. aku malas nak imagine sangat, aku iyekan je la...

bila bramborak tu sampai, kami pun share la makan bertiga. rupanya mcm hashbrown jek. sedap la pada aku sebab aku peminat kentang. petr gelakkan aku bila aku makan cicah aiskrim.

dia tu memang selalu gelakkan aku dengan benda benda yang aku buat. mungkin sebab dia tu seorangg yang lurus. :P

kami balik dengan kereta. aku duduk belakang sebab aku rasa, jalan balik akan sampai rumah aku dulu. masa jalan turun bukit tu, tayar belakang dok bunyi bunyi... kitorang dok teka disc brake la... tayar la... apa la... last last aku pun cakap "or am i too heavy sitting at the back here????". kami pakat gelak la.. bila igor cakap nak tukar tempat (dia buat lawak jugak), petr cakap, buyi tu sebab aku 'tak cukup berat'....

Igor tunjuk jalan ke hotel. peter ikut je denggan penuh kehairanan. haha. memang la dia heran sebab dia tak pernah sampai pun pintu depan hotel tu. dok hantar aku ikukt pintu belakang je.
sampai bilik pun dah lewat. tak tepon rumah lagi malam ni.

aku rasa petr ni sweet sangat.. HOH HOH HOHHHH pasai pa? sebab dia belikan aku air minuman dan air kopi lain lain setiap hari. apa yang sweetnya? sebab aku kan peminat botoi. jadi tak pasai pasai aku 'perasan' yang dia ni dapat membaca hatiku yang gembira dan teruja setiap kali tengok botol yang dia belikan. botoi botoi tu semua aku susun kat tepi dinding... nak tengok, sebelum aku balik berapa banyak aku dapat kumpul. ada jugak botoi dari tempat lain - air yang aku beli kat dubai, vienna dan prague. jugak air yangg aku dapat dalam regiojet. eh... ke si Peter ni ada ternampak yang aku bawak balik botol masa dia ambik aku balik dari prague hari tu? haha... malunyaaaaa!!!

No comments:

Post a Comment