Thursday, March 18, 2021

78

19 Mar 2021.

Naik gaji 70 ringgit?

Semalaman saya muhasabah betapa tak berbaloinya naik gaji 70 ringgit tu, dengan perngorbanan untuk kerja.

Hari ini saya disapa posting Maahad Tahfiz At-tanwiriah di Parit Jawa dalam instagram. Kali pertama posting Maahad ni naik dalam news feed saya. Ada tawaran infak yang didatangkan dalam pakej pakej tertentu. 

Begitulah manusia di uji. Saat kita rasa naik 70 ringgit sebulan itu terlalu sikit nilainya untuk kita, kita diuji samada kita akan lepaskan nilai sedikit itu kepada pihak yang menghargainya dengan nilai yang sangat tinggi.

Saya memilih untuk membuat infak bulanan. Bayaran bil bulan kepada Maahad itu secara berterusan.


Maahad At-Tanwiriah.

Sebenarnya Maahad ini bukan asing bagi saya. Tak pasti fakta yang sebenar kerana saya malas nak cari sejarahnya. Maahad ini bermula sewaktu arwah ayah saya giat dalam PAS. dulu dipanggil SAR. warna pun hijau, isyarat jelas ianya 'harta PAS' :).

Anak saudara saya bersekolah di situ beberapa tahun. Selepas ibu saya kembali ke rahmatullah, anak saudara saya kembali tinggal bersama ibu ayahnya di Kuala Lumpur. Barangkali niat arwah ayah dulu nak jadikan salah seorang cucunya tahfiz, memandangkan tiada seorang anak pun hafiz / hafizah. Semua sibuk hafaz buku sifir, formula fizik dan jadual berkala saja.

Sudah sekian lama tak balik ke Parit Jawa.  Kalau bukan kerana PKP pun, situ memang bukan destinasi hujung minggu kami lagi sejak  6 tahun lalu. Nampak dalam gambar website maahad ni, dah jauh berubah rupa dengan banyak bangunan tambahan, pastinya sumbangan para dermawan.  Saya akan terus menyumbang ke maahad ini atas nama arwah ibu dan ayah saya.




Wednesday, December 26, 2018

While I Was in Cebu - I

Aku kena pergi Cebu.
Pulau Cebu, Philippines.
Aku belum pernah pergi Philippines.
Misi utama aku untuk memberi latihan (bagi training .. HUHUHU) untuk MSA Application. Sebab kami ada buat penambahbaikan yang agak major. Orang Cebu pulak belum pernah guna apps nih, jadi diorang request la untuk training.

Ada seorang dalam IT yang aku kenal di Cebu ni. Namanya Rodel Bassalo. dulu dia satu team dengan aku, tapi selepas re-org, dia dah masuk team lain, yang totally terpisah dengan team aku.
Tapi sebab pernah kenal ini, ada dua orang kawan kirimkan barang untuk Rodel ni.
Jadi, misi kedua utama untuk menyampaikan barang kepada Rodel.

Pagi itu suami hantar ke airport. walaupun hanya sampai depan pintu masuk je, oklah jugak, sudi jugakla dia menghantar (tetapi sebenarnya kalau naik grab, senang nak claim :) )

Aku memang dah aware yang aku akan terbang dengan Tuan Haji Haneefa. Perangai arnab sumbang aku memuncak dan mendesak untuk terus berdoa agar dia naik flight lain. Sebab? hmmm malas nak bersembang. (kalau dalam talipon, dia kata aku ni banyak cakap, mulut takmau berhenti, tanpa dia tahu yang aku memang taknak beri peluang dia bercakap sebab dia suka buat permintaan merapu. Itu sebab aku akan explain dan exlain untuk counter-propose dia punya proposal).

Aku beli sarapan, aku masuk gate, aku beli sarapan lagi, aku duduk belakang sekali, supaya aku boleh pastikan Tuan Haji HAneefa  tak nampak aku.
Akhirnya penumpang pun dipanggil untuk memasuki pesawat. hmm.. LINE CLEAR!. aku rasa dia naik flight lain.....

Sewaktu beratur, bila tiba masa aku, barisan dah sampai deretan kerusi. Jadi pekerja airline suruh aku buat barisan baru (double lane la). aku pun pergi ke depan untuk mencipta barisan yang baru.
"Eh Hajiah".
(oh mak kau.... macammana dia boleh ada sebelah aku!)
ok. dalam aku berusaha elak Tuan Haji Haneefa, jumpa jugak...

lepas tu, dia yang bercakap tak berenti. aku "okay, okay" je la. dia kata, dia tak dapat attend meeting kami pada hari rabu tu, sebab dia kena balik KL ada hal keluarga. dia dah wakilkan madam daisy untuk gantikan dia dalam meeting tu nanti, dia akan balik KL semula pagi Rabu flight pukul 7. jadi dia boleh sampai KL dalam pukul 11, jadi tak la terbuang hari dia, dan bila sampai tengahari, dia bolehlah buat urusan sepatutnya di KL... blaa blaa blaa blaaa....
wuiiiiiihhhh... senang kerja dia no.... pagi senin terbang, selasa meeting, pagi rabu balik.

OK. misi tambahan aku di Cebu ialah aku terpaksa attend meeting yang dengan Tuan Haji Haneefa ni.

Lagi satu, misi tambahan aku ialah, meeting untuk another application - relcar.

memikirkan misi misi ni pun buat aku dah serabut. 4 hari untuk semua itu.

dipendekkana cerita, aku mendarat di lapangan terbang Cebu. lapangan terbang baru. baru bukak 1 july. kiranya baru seminggu la beroperasi. masih terlalu awal nak dijudge kecekapannya.
(ni semua Tuan Haji aneefa yang habaq)
Aku terpaksa naik coach yang sama dengan TUan HAji Haneefa, sebab kami menginap kat hotel yang sama.

Sepanjang perjalanan, dapatlah aku melihat kehidupan di cebu. tak banyak beza dengan pemandangan di kelantan, jujurnya.
hotel aku menginap tu sama pulau denggan airport. Cebu ni macam kepulauan la. mungkin tak semua berpenghuni. paling besar pulau cebu tu sendiri. pulau airport dan hotel aku ni namanya pulau mactan. penduduk tempatan pun tatau apa makna mactan dan macammana pulau mactan dapat nama.
di pulau inilah lahirnya lapu-lapu, pahawan melayu yang mengalahkan tentera magellan dulu.
ibu negeri Cebu juga ialah Lapu-LApu City, sempena nama pahlawan melayu ini. tema Lapu Lapu ni pulak, ialah warna warni kuning, oren, hijau muda dan biru muda. kebetulan sangat... itulah warna pakaian aku hari itu..... sengal kan,


Monday, October 16, 2017

While I Was In Vienna

Sunday 3
pagi tu kami macam bermalas-malasan.
ikut plan malam semalam, Im nak ajak breakfast kat airpport sebelum dia depart.
tapi kitorang tinggalkan bilik pun dah pukul 9 pagi... sarapan pebendanya.

Im pun check in. semakin jaun dari pandangan tu.
"tak sangka kita jumpa kat sini kan Jie"
memang tak sangka. plan nak jumpa kat holland 6 tahun dulu... tinggal plan cam tu je. hahah...
"so, next, in brussel!"
"inshaallah", mana la tahu kalau boleh jadi kenyataan.

aku dengan Im, memang tak sentimental. sepanjang berjalan takde la asyik nak ambik gambo berdua. dan nak berpisah ni, just salam salam dan gelak gelak gitu je la.

lepas tu, aku anik tren ke vienna.
aku pakai tiket yang ada nama Im tu. sebab tiket tu valis 2 hari, ke manamana destination dalam vienna.
plan aku nak pergi prater. sebelum keluar bilik, aku ada wassap Iggy kalau kalau Su nak jalan jalan kat vienna dgn aku.
tapi Su naak ke airport je, lepas airport sebab dia nak balik ke roznov ikut taxi visitor lain yang akan sampai lebih kurang pukul 5.
takpa. aku sornang pun boleh.

-- sms Iva
--ivan call
-- bye bye vienna

While I Was In Salzburg

Saturday 3

aku sampai salzburg!!!! ha ha...
tak pernah aku terfikir aku kan sampai tempat ni. dan sememangnya aku malas nak pikir tempat tempat yang aku nak pergi pun... nak pulak dengan perangai aku yang 'buat dulu fikir

kendian' ni. malas nak fikir bahaya. ikut je ketentuan tuhan.

While I Was In Roznov - 12

Friday 2
pagi ni kena checkout.
aku turun awal mana tahu ramai yang nak checkout pagi ni.
urusan checkout dipermudahkan tuhan.

Pagi tu hujan. aku pun sms la Petr, bagitau dia pasal hujan renyai. Time tu aku pun tak pasti la lokasi dia kat mana. mungkin masih di rumah kot. sebab dia kata rumah dia jarak 25minit pemanduan je. atau jugak dia kat kampung michal kohoutek... hehehhe

so, dia pun balas "7:45 at the hotel?"
dan aku jawab "Ok".
aku jawab 'Ok', tapi aku pun dapat rasakan yang dia tak akan muncul depan hotel aku ni ha... hahaha...
betul sangkaan aku, pukul 7:53 dia sms balik, tanya kot kot ada issue masa checkout.
aku dah hagakkk... dia mesti tunggu aku kat belakang. kat bangunan sebelah tu la.
walaupun rabu lepas Igor dah tunjuk jalan pergi ke pintu depan hotel, aku rasa, dia masih kompius dan masih percaya yang pintu aku selalu masuk hotel time balik kerja itu ialah pintu utama. so, dia tunggu aku kat situ la jugak pagi ni.
bila baca sms dia, aku pun keluar la dalam hujan renyai renyai tu... jenguk dia di hujung pagar sana. aku nampak dia tengah tunngu sambil tangan selok kocek, jadi lambai tangan kat dia.

dia tak bawak pun keter masuk ke parking hotel, dan aku pun malas la nak curuh dia pusing masuk hotel, aku tolak je la beg aku dalam hujan tu. bertembung dengan dia kat pagar, dia pun sambung tolak beg aku ke kereta dia.

OK... aku sangat tertunggu tunggu botol hari ni. sebab, malam tadi aku dah check, kebanyakan brand botol yang dia dah bagi kat aku, dah macam macam perisa.
YAHOOOOO!!!... aku dok menahan renyih ja bila aku tengok botol yang dia aletak kat tempat duduk passenger tu!
brand air kosong (kat sini bukan air mineral) yang BARU!! dan brand kopi yang BARU JUGAK!
seriously... mamat ni sengaja buat cam ni.lagi satu, buah hari ni ada lebih sikit. plum ada 2 bijik, pisang cam biasa, epal sebijik, dan dia bagi aku anggur hijau segugus. hari tu aku ada cakap kat azliny yang aku rasa macam nak cekik si petr ni sebab asyik jawab 'it's complicated' je... tapi hari ni aku rasa macam nak peluk dia sebab rajin sangat pilihkab macam macam minuman untuk aku... hahaha... pasal tu pun nak peluk. tapi aku tak peluk sapa sapa lagi la kat sini. nak wat pe peluk orang pulak kan...

camanapun aku ada sikit sedih lagi sebab botol aku kena buang. dan aku masih menahan renyih dalam hati sebab brand air dan kopi hari ni brand lain. jadi dalam keter, kami diam aje. lagipun hujan.... macam sedih je sebab hari ni last day aku kat sini. minggu lepas ada jugak hujan, tapi by 7.30 dah reda dah....

Petr lalu kat blok apartment tinggalan komunis tu, maka dapatlan aku tengok blok blok sebelulm aku balik... dan jugak pokok cantik yang aku tak sempat nak tahu nama dia apa tu...

hahah...

Petr tinggalkan aku kat entrance M8, sebab nak simpan beg kat guard. lepas tu dia pergi park keter dia. bye bye skoda!! lepas ni dapat naik lagi idak yek..

Petr tolong aku simpankan beg kat kaunter reception tu. tapi beg aku besaq sangat.. takleh nak sorok. maka, dia letak je la kat hujung kaunter tu.

Bagde dia kena tahan tadi. masa dia flash ada beep dan lampu kaler merah. jadi dia kena serahkan bag dia untuk acik security tu check.
"random check, not because anything".
Petr kata, security system tu akan secara rambang pilih satu badge untuk diperiksa. Tapi badge dia selalu kena. Aku tak tahu nak ketawa atau nak kesian. Tapi, pada waktu itu, penampilan luaran aku tak menunjukkan apa-apa perasaan.

"Haj!!!"
Eh... Igor la. tak pernah pulak aku sampai opis saing dia. selalu dia lambat. Okay, dah tahu dah pasai apa dia datang awal hari ni. Dia nak tunggu aku kat entrance sebab dia aku bagi sesuatu kat aku.  Terharu. Paling terharu sebab aku membuat kesimpulan yang dia datang awal supaya dia boleh serahkan hadiah tu kat aku, dan bersembang kalau kalau aku ada apa-apa soalan berkaitan hadiah yang dia bagi tu. (apasal itu pun aku terharu??) sebab.... kat dalam opis, orang tak bercakap. jadi dia datang la awai supaya dia ada ruang bercakap dengan aku.
Itu kesimpulan perasan sendiri je dari aku.

Igor bagi aku duit syiling.
duit syiling lama czechoslovakia.
Czechoslovakia tak takde, lebih 20 tahun. Duitnya pun dah tak pakai. Lama Igor simpan duit tu. Atau mungkin dia baru tunggang peti harta lama dia malam tadi.
Sebenarnya malam semalam, masa makan malam, Petr ada cerita yang aku cari Pejabat Pos. Jadi aku cerita la yang aku pergi cari setem.
"For Azliny. She's collecting stamp. She's a boring person, obviously" aku seloroh ja, nasib baik depa gelak.
lepas tu Michal tanya la aku balik, aku kumpul apa? Aku jawab la aku kumpul syiling. Depa terpegun. Mungkin juga dalam hati berkata "Ko lagi boring dari Azliny". Ha ha..
Bila aku cerita pasal syuling quater dollar US yang aku kumpul, Michal agak terkejut sebab dia kata dia sendiri tak pernah belek syiling quarter dollar dia. (Hat lain belum pernah pergi US lagi).
Aku tak la hairan dengan pengakuan Michal tu. Sebab aku rasa, aku yang terlebih belek. 

Aku tak tahu nak bagi souvenir apa untuk Igor. Takkan nak hadiahkan dia skirt aku pulak.
Memandangkan aku memang ada sentiasa membawa kertas lukisan, aku pun doodle je la. Aku lukis kami bertiga, Aku - Petr - Igor, kat pustevny kelmarin. Petr kan pakai spek, jadi senang la nak lukis muka dia. Igor pulak... aku pikir pikir.... hmm.... aku lukis je la dia tengah electrified masa pegang pagar biri biri tu. jadi takyah la nak detail sangat profilenya... hahhaa...
tak sangka depa suka, dan tak tahan gelak teringatkan 'The Electrification of Igor Stefanko' tu.

Akhirnya, sampailah saat aku meninggalkan opis itu buat selama-lamanya. Memang betul buat selama-lamanya pun, sebab tak lama lagi depa pun akan tinggalkan opis tu buat selama-lamanya. Opis tu sebenarnya opis sementara saja. diorang akan berpindah ke bangunan lain. Petr ada tunjuk bangunan yang depa bakal duduki tu. Kat sana ada Jan Klimcak, tapi kami tak sempat pi melawat pun.

Turun je bawah, teksi dah tunggu. Mak Aihhhh punya besaqla van tu untuk aku sorang. Peugeot entah model apa. 8 seaters (aku agak la, sebab 2 rows. plus 2 seat kat depan).
Masa itu hujan. Summer Rain melambaiku pergi.
Aku berbincang dengan pemandu kalau kalau dia boleh bawa aku ke Vienna melalui Brno. Dia terangkan la kat aku keadaan jalan kalau lalu Brno vs kalau lalu Slovak. Bla bla bla bla... akhirnya dia taknak lalu Brno. Masa tak mengizinkan, walaupun sebenarnya aku ada banyak masa. Bukan ada kapalterbang untuk ditangkap pun (plane to catch).
Redha je lah lalu Slovak. Aku loya lalu jalan tu sebab belok belok! Nak pulak dengan cuaca hujan renyai tu, mesti pemandangan luar pun menambah lagi kepeningan aku.
Aku pun kembali duduk, sebab tadi aku diskas sambil menonggeng dari seat tengah. Eh, la.. Petr tu dok ada lagi kat  tepi pintu. Tunggu van kami bertolak. aku cuma nampak dia melalui lubang langsir. sebenarnya aku tak jumpa cara nak turunkan langsir tu! jadi, aku pasti Petr tak nampak pun aku babai dia. Sebab, bila van kami mula bergerak, dia cuma tengok aje.
Lima minit lepas tu, masa berhenti di lampu isyarat RpR tu, sambil melihat pejalan kaki melintas jalan dengan berpayung, aku pun capai talipon dan text Petr.. "Thanks for everything. Every little thing".
Memang itu bukan terima kasih yang biasa biasa dari aku. Dia mungkin tak faham apa perasaan seorang budak perempuan yang berseorang di negara asing.
Sama jugak la agaknya betapa berterima kasihnya dia kat aku bila aku pinjamkan duit RM masa dia kat Seremban. Aku memang faham apa perasaan seorang lelaki pemalu dan pendiam yang berseorangan di negara asing... HA HA HA...

Pemandu van pot pet pot pet. salam perkenalan gitu gini.. nama saya victor, van saya ada wifi, saya akan lalu jalan **-***-*** (eh, tadi dah bincang jalan mana kan...), kita akan sampai vienna pukul 5, terus ke hotel.
hmm.... oookkkkaaayyy.... aku terus tidoq.

Sedar-sedar dah sampai Bratislava. lepas tu dah tak boleh tidur. takpe, sebab Dari Bratislava ke Vienna, jalan dia dah okay.
Akhirnya sampai la aku di Vienna. aku pun tarik la beg ke lobby. Ramai pramugari korea tgh nak check in. Hotel ni memang jarak berjalan kaki je dari Airport. boleh la dikatakan dalam kawasan yang sama sebenarnya. Aku tunggu je la depa ramai ramai habis check in. lepas tu baru aku beratoq. Sambil mengelamun memikirkan kenapa aku tak kurus macam peramugari yang ramai-ramai tadi tu... ada orang tepuk bahu aku.

"IM!!!!"
Mashaallah. Siapa sangka kan... Kami berjumpa kat sini! kat bumi orang ni!!
Masa aku masuk lobi hotel tadi, aku ada hantar message kat Im yang aku dah sampai. Dia pulak jalan jalan kat airport habiskan masa lapang.
"Aku nampak sorang pakai tudung, engkau la tu siapa pulak lagi".
hahha... memang senang nak cari kot kepala orang Malaysia ni, sebab suka pakai tudung kalerful.
Aku pakai tudung hijau hari tu. Tudung hijau yang aku beli kat Bella Ammara Bangi. Murah je. aku beli dengan Su. Dia tak beli. Aku je beli. bila dah balik rumah, aku pelik tengok tudung tu macam dia tampal renda at the wrong side of the cloth. mahapla kena cakap omputih sebab susah aku nak terangkan 'kain terbalik' tu. pasai tu ka murah?

Kami pun check in la. bilik tingkat 4. simple je bilik dia.. asal ada tv, dah memadai la bagi aku.
lepas mandi teruih pi keluaq balik, cari makan kat vienna. masa tu dah nak gelap la.
Kami pi tren station kat airport tu. Flughuffen ke hapatah, nak eja sama susah dengan nak sebut.
"itu maknanya airport". kata Im.
siottt... punya la aku nak mengingat nama stesen tu dalam kepala. sebab aku beli tiket ke Salzburg dari station tu. Rupanya station kat airport.

Vienna ni lain dari Prague. Ramai sangat orang luar kat Vienna ni, samada pelancong, atau hijrasi (ye ke? maksud aku, orang asing yang berhijrah ke eropah).
Selain banyak hijrasi/pelancong, Vienna ni banyak bangunan lama, besaq besaq pulak tu, dan juga banyak kedai jual kopi. kopi mahal la. butik kapsul kopi pun banyak. Aku tak tahu la kalau kapsul kopi ni memang trend, sebab di Senawang sah sah takde kedai macam tu. kat Lazada aku pernah la nampak depa juai.

Maka kami pun melawatlah Vienna yang cantik itu. Im nak bawak aku ke restoran mamak, tapi kami tak jumpa mamak tu, apalagi kedai mamak tersebut. Jadi, kami makan italian je la. kami masuk kedai tu sebab ada dua meja tu, yang tengah makan minah muka macam arab dan pakai tudung... HAHAHA.. senang ke buat kesimpulan dalam memilih kedai. Mungkin minah-minah tu pun ada nampak perempuan bertudung tengah makan sebelum diorang masuk... :P

Im nak belanja aku, walaupun aku rela hati menanggung segala kos percutian dia dengan aku.
dan akhirnya aku yang bayar, sebab takleh bayar kad.
Sedap pasta situ. tapi sebenarnya aku makan pasta kat mana mana pun aku rasa sedap, sebab lidah aku memang lidah Valentino Rossi.
Kat sini memang susah nak cari air mineral biasa. banyak yang sparkling. masa pilih air dalam peti air tu, susah jugak la aku nak buat pilihan antara air minuman... dan air minuman....
akhirnya air yang pilih tu ada jugak iras iras sparkling. hampehhhhh....


Banyak cerita yang saling kami tukarkan. Aku tak pasti dah berapa lama kami tak jumpa.

Setelah menapak 17,046 langkah, kami pun balik ke hotel. sebab tren esok pagi sangatlah awal.
Masa kami balik bilik tu dahh lewat la jugak sebanarnya. Bukak tv citer Game Of Throne. Aku tak pernah tengok sikit pun citer popular ni. tapi malam tu aku tengok. Babak malam tu agak lucah. Tapi tv tu tayang tanpa penapisan. Im cakap, "cerita ni memang banyak babak gini je. bodoh".
dia bukan ccakap aku bodoh, dia cakap babak tu bodoh.

Apa pun, tv ni ada iklan trivago. Masa tengok kali pertama, aku gelak nak guling jatuh katil. overrrr sangat. Kat mana mana pun ada iklan "hotel? trivago" ni ke?
versi kat Vienna ni, model dia lelaki rambut rintin macam ed sheeran tu. dia cakap pun santai je. Pakaian dia pun macam orang yang sedang mencari hotel dengan kadar berpatutan.
(sebab, kalau korang tengok iklan trivago versi malaysia tu, penampilan model tu tak macam orang yang sedang mencari hotel harga berpatutan kan.... macam sekretari yang tengah nak book kan boss dia hotel 5 bintang).

tengah layan tivi.. lapaq la pulak... baru aku tergingat!!!!!!
BAHAWA!!!
AKU!!!
TERTINGGAL!!!
BUAH!!
YANG!!!
PETR!!
BAGI!!!
KAT!!
JAMBAN!!
LOBI!!
DENGGGGGGGGG!!!!!

jamban kat lobi tu besar. ada section bersolek, dan ada pintu lagi ke dalam untuk berqadha hajat.
aku tertinggal kat salah satu meja solek tu.
Aku pun turun la, tapi buah tu dah tak ada. aku sedar yang aku bukan berada di Jepun. Aku pun pergi la bertanya di kaunter, kalau-kalau ada orang yang menghantarnya ke kaunter.
pekerja kaunter dah bertkar shift. yang aku bertanyakan ni, muka dia iras iras farouk husin sikit. dia kata tak ada. atau mungkin pekerja pembersih dah buang sebab dalam makanan, bukan beg baju atau beg komputer. oklah, aku redha je. walaupun sedih... penat aku bawak dalam beg aku, merentas tiga negara... hahaha.. last last tak dapat makan pun. lagi sebih kalau terbuang begitu saja.

aku pun menuju ke lif untuk naik semula ke bilik.
farouk husin tu panggil aku... dia kata tungggu. dia akan ambikkan buah dari dapur. Dapur dah tutup, tapi takpe, dia akan tolong ambikkan. Aku tak jawab apa-apa, tapi aku tegak je la berdiri kat situ, tak meneruskan perjalanan ke pintu lif.
lima minit lebih kurang, dia datang bawak sepinggan buah-buahan, dengan pisau sekali.
dia hulur kat aku, sambil berkata ... "Ramadhan...."

While I Was In Roznov - 11

Thursday 2

aku pakai baju kebaya hari ni. sebab malam ni ada group dinner. plan nak pakai kebaya ni jumaat lepas. tapi masa aku gosok hari tu, ada macam bau kencing kucing. cessssss.....

kena la aku basuh dulu. jadi untuk dinner malam ni, aku pakai je la kebaya ni. kalau tak buat berat beg je aku hangkut dari rumah.

Hari ni aku nak terkejutkan petr pulak. sebab semalam dia buat darah aku naik sampai kepala. punya la terperanjat. dia mai senyap senyap (mmg dia senyap pun... errr dan complicated), dari belakang.

aku nyorok sikit. duduk jauh dari tempat biasa. aku pun tak nampak keter dia. mungkin dia belulm sampai. jadi aku duduk la jauh sikit dari tempat duduk biasa aku. lepas tu aku

nampak keter dia sampai. aku 99% pasti itu keter dia berdasarkan warna aje. sebab aku bukan hafal sangat no plat keter dia. disebabkan dia park sebelah lori, senang la sikit aku nak menyorok nyorok datang ke kereta dia. aku perati je dia disebalik lori. dia keluar keter, tinggalkan pintu keter tak tutup camtu je, dan cari aku.
aku HAMPIR nak berjaya masukkan beg aku ke dalam keter dia...alllllamak... dia dah patah balik la pulak. dan ternampak aku. hehhhh... aku pun senyum je le. tak sempat nak sergah dia. frust... (uweeeekkkkk)

waaaaahhhhhhh banyaknya buah petr bawak hari ni...
"semua ni untuk saya ke?"
"ye la.." (kalau dalam bahasa dia : yeah yeah.. for you)
banyak giler, tatau macamana nak sumbat dalam beg aku. nak jinjing, hmmm dah macam din  beramboi pulak. tapi aku sumbat la jugak dalam beg aku segala pisang, epal, plum tu.....
aku terharu giler dengan petr ni. hari hari bawakkan aku buah, kopi dan air kosong. dia kata aku tak makan, jadi dia bagi buah banyak la.
lagi satu yang aku suka, buah buah yang dia bawak ni tak sempurna. ala ala macam petik dari pokok je. maksud aku, biasanya kalau beli buah kat kedai buah (kat malaysia la), semua buahnya nampak cantik, bentuk sempurna, kan kulit berkilat.
tapi itu bukan ciri ciri buah buahan yang petr bawakkan aku hari hari.

pagi ni Petr banyak cakap. asyik senyum je pulak tu. musykil aku. tapi sebenarnya Petr makin hari makin mesra. sifat pemalu dia dah hilang, atau mungkin sebab dah hari hari amik dan hantar aku, dia pun dah tak malu sangat kot. aku pun main redah je tanya dia soalan macam macam, saja nak bagi dia banyak cakap.
pagi ni aku ada lunchh-date dgn vlada hari ni. pukul 11, aku dah ready nak turun. Petr takde kat meja dia, aku ambik kertas recycle kat rak tepi pintu, aku tulis "I'm going out with Vladislav Hrachovec". pastu aku letak atas meja Igor. aku nak cakap je kat Igor sebenarnya, tapi sebab aku nampak telinga dia tersumbat dengan earphone, tu yang aku pass kertas tu je.
dia nampak aku letak kertas tu, dan dia jerit "OKAYYYYYY". masa tu aku dah pun dekat ngan pintu.

Aku sampai je tangga paling bawah, nampak Vlada dah tunggu aku. dia ni memang akan sambut aku la. takdak la jenis tunggu dalam keter je.
pastu kami pun pi skanzen tu.

sampai kat skanzen tu, dia nak cari parking paling cun. tapi terlepas tempat parking cun. disebabkan depa ni terlalu mengikut undang undang, dia takdak la sesuka hati buat u-turn.
Skanzen ni macam Mini Malaysia tu la. binaan zaman dulu - macammana pos ofis dulu, church dulu, kilang buat kain dari kapas, kilang process gandum dan macam macam binaan kehidupan dulu. Gereja tu kadang kadang ada je orang sewa buat majlis kahwin.
Seronok la jugak pergi situ, lagipun Vlada ni seupaya nak terangkan kat aku, supaya aku tak boring agaknya. Lagi satu, aku tak segan nak suruh dia ambik gambar aku.
kami pergi segala bangunan kat situ. Vlada betul betul bersemangat bawak aku jenjalan.. heheh... dia kata kesian kalau aku tak berjalan sebab datang dari jauh...
dia kata, dia memang ada banyak kerja nak kena siapkan, tapi setakat habiskan 2 jam bawak aku jalan, tak terjejas pun kerja kerja dia yang memang berlambak tu.... MUAHAHAAA...

Masa kat kedai sovenir, aku sebenarnya nak beli sebidang kain. tapi duit aku tak cukup. jadi aku beli sekeping kain je la. itu pun duit aku masih tak cukup. Vlada bayarkan dulu, lepas tu aku bayar balik duit euro kat dia. duit Kroner aku tinggal berapa sen je... hahah... takpe, esok last, nak balik dah. bukan nak beli apa-apa lagi pun. roti semalam pun ada lagi kalau lapar malam ni.

Petang tu kitorang keluar ofis awal sikit. Padahal dinner lambat lagi. Aku plan nak pergi pejabat pos, nak carikan stem Azliny. Kami pun keluarlah awal sikit. sikit je. Petr parking dekat dengan restoran yang kami akan makan tu, dan kami jalan kaki ke Hotel, sebab nak hantar bag laptop.
Masa ni Petr tanya, "should i bring your bag?"...
HA HA HA... aku gelak, tapi dia tak dengar, sebab aku gelak dalam hati je.
Siotttt... semalam masa aku usung bag panjat bukit, takde dia nak offer bawakkan bag aku!!!
aku cuma respon dengan rolling eyes... "Noo....."
tapi aku rasa dia tak dapat baca isi hati aku.

lepas hantar bag ke hotel dan pergi perjabat pos, (panas weiii pejabat pos dia!!! mengaliaq peluh kat muka aku), kami jenjalan membunuh masa kat taman situ. Petr citer pasal laluan sikal yang kerajaan euro sediakan. memang depa ni galakkan menunggang basikal la. minayk kan mahal, jadi kalau setakat nak jalan sorang sorang tu, kayuh je la basikal. takyah kisah kereta ke lori ke, sebab laluan khas tu mmg utk basikal.

Kami dinner kat Restoren Malek. Petr cerita, restoran ni ada bintang michelin. masa dia cerita tu, aku tak tahu pebenda bintang michelin ni, tapi aku dapat agak la yang bintang ni menandakan kehebatan seni masakan dia la kut. aku pun buat buat impress, walaupun aku tak pasti satu bintang tu hebat atau biasa biasa aje... janji tak la nampak macam bodo sangat kan...

malam - dinner
-botol kena buang

-buang isi monster

While I Was In Roznov - 10

Wednesday 2

masa keluar pergi kerja, nampak keenan tengah check out. aku nak pass kunci bilik, jadi kena la tunggu urusan dia selesai.
aku pun, "good morning keenan"
"hi, good morning, how are you doing?"
"fine thank you"
sekali aku ternampak brian ada kat luar.
"have a good day, Haj" dia greet aku.
"you too". (betul ke jawab macam ni?)
lepas aku tingngalkan depa beberapa langkah, baru aku tersedar... mm aku patut amek gambar dgn depa ni.. sebab.. ini di luar seremban dan di luar phx. mana nak dapat lagi peluang camni.
tapi sebab aku ni pemalu dan waras... maka aku teruskan jugak a angkahh akuu ke depan.

petr belikan aku air ngan buah. penuh la pulak tangan aku. sumbat je la masuk beg semua. 

pukul 830 patut aku ada meeting dgn michal. tapi aku tatau tatacara kat sini camana. jadi bila aku sampai depan bilik dia, petr masih ada daam bilik, aku tunggu je la luar bilik.
dal overshoot 8 menet. aku pun heran, dia nak jumpa aku dgn petr sekali ke apa? tapi aku tetap tak ketuk pintu.

lepas tu agaknya depa pun heran aku tak mai, si petr bukak pipntu dan "aaaahhh..... "
ok, meang depa tunggu aku la tu.

michal tanya pasal situasi malcolm. tapi sebenarnya petangnya baru aku patut meeting dgn malcolm.
aku pu terangkan je la situasi semasa.

sipi sipi sikit lebih pukukl 9, vladislav pun muncul depan pintu.
"you have a eeting with him now?"
"yes"
michal pun bukak pintu dan cakap dalam bahasa depa, tapi aku rasa aku paham... "ko tunggu jap, bagi aku maksimum 5 minit, nak abihkan diskasyen"

michal cakap lagi, pasal extra malam kat vienna tu, aku takyah bayar sendiri. zbynek suruh claim dari budget project. waaahh.... terima kasih la zbynek....

rata rata depa ni tahu yang aku pergi prague. tak pasti siapa yang muut tempayan.. hahaha...
kalau petr yang cerita, adakah dia juga ceritakan yang dia hantar dan ambek aku pergi dan balik stesen ketapi? awwwww malunya aku!!!

meeting abes.

aku pun ikut vlada pergi bangunan dia. jalan kaki je.
dalam bangunan dia ada pokok cili. mcm mcm specis. dia ni peminat pedas rupanya.
dia cerita masa datang malaysia dulu, kak mag ada bagi buku malaysian cookery.
cili yang depa arvest tu depa buat serbuk atau flakes.

lepas tu kami masuk opis dia..
lapang giler...
syiling tinggi pulak tu. rasa nyaman jek.
meeting berempat. vlada, ludmila dan tomas. tomas drab nama penuh dia. janggut lebat muka jambu. haha.. teruk betul pemerhatian aku.

banyak la jugak cerita depa ni. tapi ok la. semua valid.

lepas tu aku kata bagi aku maca sejam sat, aku nak fix mana sempat. tapi vlada nak bawak aku melawat lab. tak sabar sangat dia. hahah..
dia pergi dari satu bilik ke satu bilik tunjuk semua service type diorang.... rasa bangga semacam walaupun aku rasa dia tak perlu pun tunjuk kat aku macammana nak operate mesin mesin tu..
yang aku rasa bangga tu sebab PAMS dan ONIT form merata rata!!! wah... rupanya aku buat sesuatu yang berguna.

balik lab tour, aku ingat nak buat sikit fixing. tapi slow sangat... rasa mcm buang masa je. jadi aku cakap aku nak balik m8 semula.

vlada tanya, aku dah pergi ke skanzen tu? aku cakap belum. sebab opening hours dia tak sesuai. pukul 5 dah tutup.
pastu dia offer balik kerja awal sebab nak bawak aku pi situ.
"is the place really wonderful?"
"hmm, it is not that wonderful, but since you are already here, it's a pity that do dont go there"
aku cakap, petang tu aku takeh sebab aku meeting sampai 4 lebih.
(sebenarnya kan petr nak bawak aku pergi naik gunung petang tu. tamauu la habaq alasan tu kat dia, macam famous sangat lak rasanya) last last dia kata, kalau camtu, kita pergi masa lunch time. 11-2 ok? hari khamis?
ok je aku...
(ku rasa jadual aku penuh enjoy je kat sini)
dia pun hantar aku balik.
sebellum tu dia ada tunjuk email birthday wish dia untk mike cairnes. dia sedih sebab mike tak balas pun email dia. "samada dia sibuk, atau dia tak nak contact kawan lama..."

sedih pulak aku dengar. dia pun tunjuk gambar terkini family dia.
aku rasa dia ni memang jenis ingat orang dan hargai persahabatan dan perkenalan. nostalgic sangat macam aku. hehehhe...

petang sikit aku ada meeting dgn malcolm. arrgghh... boring dia duk tanya pasal puasa. ko tak pernah puasa lillahitaaala ko diam la.....

lepas aku cakap "bye" je, aku cabut headphone, aku dengar petr kemas beg.
maknanya aku pun kena kemas beg... sebab takut lambat. nak wat canner malcolm tu mmg suka banyak cakap.

kami pun bertolak.
"mana igor?". sebab semalam petr kata igor nak ikut.
"we will pick igor at his home"
ye la. baru ingat. petr pernah cerita depa gelakkan igor sebab depa duk jauh depa naik beskal, igor duduk depan kilang tapi datang kerja naik keter.
kami pun singgah ambik igor.

tapi aku rasa petr lupa nak singgah hotel aku. chaittt...
dah kesan daripada itu, aku kena sandang beg 2 kg tu naik chairlift.

disebabkan masa dah suntuk untuk turun pakai chair lift, petr kata naik terus je la pakai keter.
aku ngan igor pun sembang, sembang pasal bradley cooper. hahaha.. sangat kelakar. tengah bergelak ketawa, tetiba petr potong sebab nak bagi cadangan.
dia nak suruh aku ngan igor naik chairlift, dan dia akan terus bawak keter ke atas, tunggu kami kat situ. sebab nak jugak bagi aku merasa naik cahirlift tu.
ok la. aku ikut jek.
cahirlift tu sentiasa bergerak ikut t ali cable tu. perlahan je la. bila sampai turn kerusi kita, naik je. untuk aku kena naik la, sebab jingkit pun tak sampai bontot ke kerusi tu. untuk orang averang CZ, diri aje, bila kerusi tu sampai, otomatik akan terduduk atas kerusi.

bila dah naik atas dalam 5 menet, si igor ajak selfie. hahaha.. dalam hati aku rasa lawak, muka brutal pun main selfie wefie... tapi aku rasa igor ni senang bawak bersembang.

chairlift tu gerak perlahan je. tapi kadang swing jugak sebab angin kuat.pemandangan memang cantik sebab langit biru cerah. ditambahh lagi dengan hijau pokok pine. ditambah lagi dengan kampung kat bawah tu yang sayup mata memandang....

aku tak perasan la berapa lama masa ambik untuk sampai ke atas tu. sebab banyak pulak soalan dari igor ni. beza dgn petr. kalau dia yang amek aku pagi pagi, kan ada banyak sikit benda nak cerita. hahah... (sebab dengan petr, 3 soalan, pastu sengappppp).

akhirnya sampai la kat atas. jalan ke depan sikit, igor dah nampak petr. aku tak nampak lagi peter sebab aku tak ingat dia pakai baju kaler apa.
tapi lepas aku dah locate petr tu, baru aku ingat pasal kaler jacket biru turqoiuse dia tu. aku suka kaler baju tu, sejak dia datang seremban aku dah berkenan dgn jaket dia tu.

macam matching je dengan kasut skecher aku. Masa hari pertama aku ke supermarket albert, aku nampak cashier tu pakai jaket sama kaler dgn jaket petr. bila dah sampai turn aku membayar, aku nampak sulam "Albert Supermarket" lkat baju tu. hahaha... apsal la jaket petr ni sama kalet dengan uniform Albert...

dari point tu, kami terus hiking ke atas. tengok view dari atas. cantik la sangat. dalam perjalanan tu berpeluang la kami amek gambar bertiga sebab jumpa pasangan warga tua ni dok lepak situ, so, mintak je la tolong dia amekkan gambar.
ok, sebenarnya destinasi kami ke patung radhost, dan seterusnya ke gereja lama.
masa nak sampai ke patung radhost tu pun aku dah tercungap cungap. bayangkan la aku sandang bag 2kg... hadeh... depa ni tatau ka beg aku tu berat!!! aku ada jugak terfikir nak mintak tolong Petr bawakkan beg aku tu, tapi teringat pulak masalah sakit belakang dia tu. tak jadi la.

dah bergambar dan bercerita, depa tanya nak teruskan tak. ada lagi 2 km ke depan tu.
aku rasa muka aku dah merah padam sebab panas sangat. aku pun tanya la, "wpa yang aku akan ketinggalan?"
igor cakap, takde apa pun. ada la churh lama, pastu ada bangunan restoran.
"malas la, nak patah balik lagi tambah lagi 2 km" ..... nak sambung 'dah la aku bawak beg berat ni'... tapi sambung dalam hati je.
"ok. takpe. tak kisah, kami pernah dah sampai ke sana"
(pandai la igor ni menjawab....)

masa jalan patah balik tu, Petr tunjuk ada jalan menuju gua kecik. aku pun teringat cerita harta karn radhost tu.. jadi aku ngan Igor pun dok buat lawak pasal tu. Petr, cam biasa.... *busy translating maybe*

kitorang singgah kat satu tebing tu. subhanallah. cantik pemandangan kat bawah tu. sejuk pun sejuk. angin kat situ memang kuat. petr ada tunjuk pokok pokok kat tebing tu, dahan dahan nya sebelah saja, akibat kuasa tiupan angin yang maha kuat.

turun bawah sikit, kitorang pun isi perut. aku ingat nak makan aiskrim je. tapi pakcik tu cakap "cornet! cornet". cuma cornetto je ada. hmm... boleh la. aku beli cornetto dan air kosong.

"igor orders the bramborak, because he wants to demonstrate to you". waaahhh... baiknya igor. haha. masa naik atas tadi, au ada dengar orang order bramborak. nama 'bramborak' tu mcm menarik perhatian. dan aku pun nampak 'bramborak' dah menu menu depan kedai. jadi aku pun tanya la, 'bramborak' tu pebende. maka depa pun eksplain la gitu gini. aku malas nak imagine sangat, aku iyekan je la...

bila bramborak tu sampai, kami pun share la makan bertiga. rupanya mcm hashbrown jek. sedap la pada aku sebab aku peminat kentang. petr gelakkan aku bila aku makan cicah aiskrim.

dia tu memang selalu gelakkan aku dengan benda benda yang aku buat. mungkin sebab dia tu seorangg yang lurus. :P

kami balik dengan kereta. aku duduk belakang sebab aku rasa, jalan balik akan sampai rumah aku dulu. masa jalan turun bukit tu, tayar belakang dok bunyi bunyi... kitorang dok teka disc brake la... tayar la... apa la... last last aku pun cakap "or am i too heavy sitting at the back here????". kami pakat gelak la.. bila igor cakap nak tukar tempat (dia buat lawak jugak), petr cakap, buyi tu sebab aku 'tak cukup berat'....

Igor tunjuk jalan ke hotel. peter ikut je denggan penuh kehairanan. haha. memang la dia heran sebab dia tak pernah sampai pun pintu depan hotel tu. dok hantar aku ikukt pintu belakang je.
sampai bilik pun dah lewat. tak tepon rumah lagi malam ni.

aku rasa petr ni sweet sangat.. HOH HOH HOHHHH pasai pa? sebab dia belikan aku air minuman dan air kopi lain lain setiap hari. apa yang sweetnya? sebab aku kan peminat botoi. jadi tak pasai pasai aku 'perasan' yang dia ni dapat membaca hatiku yang gembira dan teruja setiap kali tengok botol yang dia belikan. botoi botoi tu semua aku susun kat tepi dinding... nak tengok, sebelum aku balik berapa banyak aku dapat kumpul. ada jugak botoi dari tempat lain - air yang aku beli kat dubai, vienna dan prague. jugak air yangg aku dapat dalam regiojet. eh... ke si Peter ni ada ternampak yang aku bawak balik botol masa dia ambik aku balik dari prague hari tu? haha... malunyaaaaa!!!