Bila tiba bulan puasa, hormon estrogen berada pada tahap yang lebih tinggi dari biasa. Kepala suka fikir - bulan raya nanti, fesyen apa yang nak digayakan. Raya sudahlah sebulan, takkanlah nak beli satu baju saja kan. Jemputan rumah terbuka setiap minggu, dan tak boleh berulang baju, nanti bila post dalam MukaBuku, orang tak tahu jumlah sebenar baju raya kita. :P
Maka, saya pun pergi ke Bangi Sentral. Tak pernah pun sampai di sini. Muka belibelah di pasaraya Giant saja saya ini.
Saya dan kawan-kawan pun carilah tarikh nak buat rombongan. Tapi kerana adanya acara-acara lain yang bertindan, hanya berdua saja lah yang akhirnya sampai di Bangi Sentral itu.
(Saya dan suami pernah pergi kawasan itu suatu ketika dulu. Lebih dari sekali. Tapi bukan di zaman Hijabista, dan sebelum wujudnya kompleks yang kompleks bernama Bangi Sentral ini)
Jadi, saya dan suami pun menuju ke Masjid, sebab elok elok masuk waktu Zohor masa kenderaan kami mendarat di situ. Suami kemudian balik sebab saya nak belibelah sendiri dengan kawan, jadi bolehlah dia meneka berapa jumlah bag yang saya akan angkut pulang nanti.
Informasi yang saya dapat, dan melalui google street juga, memang terlalu banyak butik di situ. Saya pun bercadang memakai kasut boot merah jambu bertali hitam saya itu. Kalau pakai kasut tumit tinggi cepat penat lutut. Kalau pakai selipar nanti orang sangka student sengkek. Jadi pakai kasut yang selesa dipakai untuk berjalan lama lah.
Dari masjid, jauh juga saya terpaksa menapak ke kompleks Bangi Sentral tu. Sebab sebenarnya masjid itu berada di hujung A, dan Bangi Sentral mengadap hujung B. Hampir 1 kilometrico saya menapak, termasuk perjalanan berpatah balik sebab semasa sampai di Paragon Point, saya tak boleh teruskan perjalanan ke depan lagi sebab ada pembinaan sedang dijalankan. Terpaksalah patah balik.
Saya pun berpatah balik ikut jalan besar. Nak beritahu, Dari masjid yang tadi tu, saya ke tempat tujuan ni, main lintas jalan begitu saja, kerana tidak kedapatan lintasan belang pun hatta di persimpangan lampu isyarat sekalipun. Jejantas pun tiada. Rasanya seperti pesalah lalulintas saja bila saya main redah saja melintas jalan menggunakan "the power of the hand".
Baiklah. Saya pun menyusur jalan besar, di sebelah kiri saya lalulintas trafik, di sebelah kanan saya tembok zink penghadang kawasan pembinaan. Ramai orang yang berjalan bertentangan arus dengan saya. Masing-masing tersangkut beg pereka fesyen di lengan mereka (pereka fesyen oooo..... ha ha ha). Maka saya yakin saya di landasan yang benar.
Sampai jua ke kompleks yang nak dituju itu. Kereta yang nak masuk, huh, tak payah cakap lah. Dari pagi tadi saya dah penat melihat rakyat memenuhi lalulintas untuk ke jualan pembukaan Mydin Senawang, di sini tambah penat lagi melihat rakyat memenuhi seluruh kawasan untuk mencari baju raya. Sempatlah saya masuk tiga butik (butik ke kedai? kena sebut butik la, kalau sebut kedai satni depa kata kodi pulak, macam bunyi kedai runcit, depa juai baju mana ada timbang kati) di blok pertama sebelum kawan saya sampai, dan menunggu saya di butik blok sebelah sana. (Baru masuk 3 butik, dan dapat tangkap satu barang. Denggg)
Dah-syat-gi-ler butik-butik di sini. Mengalahkan butik di factory outlet yang jual barang ribuan ringgit tu. Ada satu butik ni, saya terkial kial nak mencabut tudung dari penyangkutnya, kerana canggih sangat buatan penyangkut itu. Di rumah cuma ada penyangkut baju yang seikat 5 ringgit tu. Satu ikat adalah dalam 8 laras (eh, ke.. 18 laras? takkan 18 pulakkkan, murah bebenor hanger aku!)
Dari selepas Zohor, sampai pukul 6.30 petang, saya cuma dapat habiskan satu blok sahaja. Sebab saya masuk hampir setiap kedai. Alang-alang datang jauh dari kampung, masuk sajalah semua kedai, karang orang kampung bertanya, boleh cerita tokok tambah sikit.
TAPI....
Yang sebenarnya saya nak ceritakan.. ialah... nak masuk butik, kena tanggalkan kasut. Penat! Penat sebab saya pakai boot bertali! Arrgghh...
Nak masuk kena tanggalkan dan tinggalkan kasut. Duduk dalam butik pun risau takut kasut hilang, walaupun kasut saya takde permata swarowsky, tapi kalau hilang, macammana saya nak balik?
Bila sarung semula kasut, kena diikat talinya, kalau tidak nanti orang lain terpijak tanpa mereka sedari, saya juga yang menerima padah sakit dan malu sebab terjatuh.
Naik satu tingkat, tangggalkan semula kasut, pergi kedai sebelah, tangggalkan kasut lagi. Bila nampak ada satu kedai ni terdapat papantanda "TAK PERLU TANGGALKAN KASUT".. lega rasanya.
Baiklah, lain kali saya datang sini semula dengan berselipar sahaja. Memang akan datang lagi lah kerana baru jelajah 13% sahaja dari keseluruhan jumlah butik.
Jumlah beg yang dibawa balik? hmmm....
No comments:
Post a Comment