Sudah lima hari sejak talian telefon saya disekat.
Jadual kerja yang baru tidak memberikan saya banyak masa untuk keluar membayar bil.
Jadi, saya memilih untuk meneruskan hidup tanpa hubungan internet. Apalah penting sangat hubungan internet itu kan? Untuk orang-orang yang seusia saya, mungkin tiada masalahnya.
Kisah seorang rakan pejabat saya, A, hanya memakai smartphone sejak 3 tahun kebelakangan ini. Dia tidak mempunyai akaun mySpace, Facebook, Kweek, Twitter, WeChat, malahan tidak mempunyai applikasi Whatapps di dalam telefonnya itu!
“Abis, apa guna plan data kau tu? nak tengok web bukan Nampak apa sangat skrin kecik sebegitu..”
“aku pakai Waze”
Tapi akhirnya, dari cerita saya yang WhatApps itu memudahkan perbualan antara adik-beradik, dia memuat turun applikasi Whatapps ke telefonnya.
Suatu hari, telefonnya berbunyi.
“Alamak, kawan aku hantar WhatApps kat aku! Macammana dia buleh tahu aku ada Whatapps?”
Selepas itu, dia mematikan plan datanya!
Pada saya, kawan A ini hebat! Sepanjang mengenalinya, A tidak rajin berbual tentang ehwal semasa. Waktu bersarapan, perbualannya banyak berkisarkan saudara-mara atau anak-anaknya sahaja. Dia tak perlu tahu pun apa yang ‘trending’ di internet sekarang.
Pada suatu hari yang lain, rakan lain, C, bercerita. “ooh, I tak tahu lah”, kata A.
C bertanya, “eii… You tak tengok fb dia ke?”
“I mana ada fb!”
“You takde fb?”
“Takde, semua I takde, fb, twitter, weChat”
“Abis tu kat rumah you buat apa?”
Ohhhhhhhhh….. saya yang turut terdengar, sangatlah bingung dengan soalan itu. Untuk orang zaman sekarang, sepertinya susah menjawab soalan itu!.
Ini cerita rakan lain pula.
Dia kerja kampong. Dia mempunyai fb dan WhatApps. Dia mengaku tidak berapa aktif.
“Aku ada la benda aku nak buat, pagi aku ada kerja aku, tengahari satni aku ada kerja lain. Depa yang dok hantaq mesej 24 jam tu, depa takdak life ka?”
Wauu…! Sedang televisyen mengiklankan ‘cara hidup masakini’ dengan telefon 24 jam di genggaman, rakan saya berpendapat sebaliknya.
Berbalik kepada saya.
5 hari tanpa talian internet. Hanya dua kali saya menjenguk fb saya atas urusan penghantaran barangan.
Sesekali di rumah, telefon saya berbunyi tak henti dek kemasukan mesej mesej dan notifikasi fb, kerana terhubung melalui wi-fi telefon suami. Tetapi, saya tetap tidak menjenguknya.
Aman juga rasanya. Selepas bunyi penggera bangun subuh, tiada bunyi lain selain kicauan burung di luar tingkap. Kalau tidak, mesej masuk seawal pukul 6 pagi lagi.
Waktu yang diambil untuk menggosok baju juga pendek kerana tidak diselang selikan dengan membaca mesej kawan. :)
Dalam kereta juga, anak kecil saya tidak dapat membuka youtube. Maka dia ‘terpaksa’ berbual tentang apa yang dia nampak di luar tingkap.
Menonton drama tv menjadi lebih boring kerana tiada ‘perbincangan atas talian’.
(Yang pasti, Maharaja Lawak tetap kami tonton berulang kali...!!)
Hari ini saya kembali ke talian. Menyemak kembali beratus-ratus mesej yang saya tidak pedulikan. Hmmm… saya tidaklah merasa diri saya popular atau penting pun. Saya bersyukur ada rakan-rakan dan keluarga yang mengingati saya dan sentiasa saling berhubung.
Di pihak saya pula, tiada apa yang orang lain terlepas, kerana saya tidaklah berminat memberitahu kemana saya pergi, apa saya makan, beli, tonton, berapa kali saya dah buat solat sunat, anak saya dah comel dan pandai pakai gincu, setiap tempat setiap waktu.
Kata Harith Iskander dalam Lawak Ke Der 2:
“the people who upload photos like this (merujuk kepada gambar segelas teh ais)… is a LOSER. But the BIGGEST LOSER is the people who commented on the photo!”. Tapi itu pendapat peribadi Harith saja. Kita boleh saja jadikannya satu nasihat.
No comments:
Post a Comment