Thursday, November 12, 2015

Kaset

Kanak kanak yang lahir selepas tahun 2000 mungkin tidak pernah tahu yang sepuluh tahun sebelum kelahiran mereka, ibu bapa mereka mendapatkan hiburan halwa telinga melalui sebuah sekeping alat simple dan kecil berlubang dua yang dipanggil KASET.

Saya mempunyai simpanan kaset yang apabila disusun bertingkat (stack) akan melebihi ketinggian saya. Itu belum termasuk kaset kaset yang sudah hilang ataupun yang menjadi pinjaman abadi rakan-rakan. 
Saya tidak berapa ingat dan pasti kaset pertama dan terakhir yang saya beli. Yang pertama mungkin Hukum Karma. Yang terakhir mungkin Kisah Klasik Untuk Masa Depan, sebelum bermulanya pengumpulan cd pula.
Kalau dengan cd kita boleh melangkah ke lagu seterusnya dengan hanya sekali tekan butang, dengan kaset pula memerlukan kemahiran yang lebih dari sekadar menekan butang. Butang forward perlu ditekan sambil memerhatikan ketebalan gulungan pita. Contohnya, untuk album Angus, saya nak terus dengar lagu GooGooDolls Aint That Unusual. saya perlu:
1) memutar hingga pita berketebalan 4.2mm, 
2) tekan butang stop, 
3) tekan butang play semula. 
Satu perkara lagi, kaset ada 2 side. side A dan side B, senang. Contohnya album OST Merah:
1) habis saja lagu Senja Nan Merah di side A, tekan stop, 
2) keluarkan kaset, 
3) pusing kaset, 
4) tekan butang play semula. Hah!... boleh terus dengar lagu Tinggalkan Satu Peluru.
Tetapi kalau ada pemain yang ada fungsi auto-reverse, jimat langkah 2 dan 3. kerana pemain boleh memainkan kaset dalam kedua-dua arah. 

Pada zaman sekolah dahulu, seorang peminat (tak tahu nak pakai perkataan apa :) ) menghadiahkan saya sebuah kaset. Waktu itu saya di tingkatan dua dan dia lebih tua 3 tahun. Saya tidak pernah membawa pulang kaset itu ke rumah sewaktu bercuti. Saya juga tidak pernah mendengar isi kandungan kaset itu sehinggalah saya berada di tingkatan lima. (tuuu diaaaa!!)

Bukanlah kerana saya tidak mempunyai walkman. Tetapi kerana saya bimbang apalah isi kandungan kaset itu. Takut saya hendak mendengarnya buat pertama kali. Pada zaman itu, kita boleh 'dubbing' suara kita dan merekodnya di dalam pita magnetik kaset itu. Itulah sebabnya saya takut nak mendengar isi kandungan kaset itu, saya takut peminat itu menyampaikan isi hatinya. Disamping cepat perasan (ha ha), saya juga cepat simpati. HA HA HA.

Akhirnya saya dengar juga kaset itu pada suatu hari yang biasa-biasa. Oh.... lagu saja. Tiada rakaman suara pun. Memang betullah saya cepat perasan.

Hari ini.
Amanda yang suka mengemas a.k.a scavenging terjumpa himpunan kaset saya. Dia tidak tahu apakah benda itu, malah tidak percaya pita dalam kaset itu boleh menyanyi. 
"Ye ke? Ye ke?"
"Iye..."
"Tak dengar pun Mama"
Saya menoleh dan melihat malapetaka di hadapan mata saya...  
Sedihnya...
Ugly Kid Joe - America's Least Wanted. Dikeluarkan dalam tahun 1992.



Monday, September 21, 2015

Sang Rambut Gulung Gulung

Selalunya anak saya Syafik akan menguasai siaran televisyen dengan rancangan NatGeoWild, saluran 550.

Sekali-sekala saya menyelit menonton filem melayu atau siam di saluran Citra. Itupun biasanya lewat malam, atau awal pagi hujung minggu.
Jarang-jarang sekali saya berusaha menonton drama berangkai melainkan kalau pelakonnya RemiSehak.

Suatu hari saya menekan-nekan alat kawalan jauh televisyen sambil melompat-lompat siaran membaca "info". Saya terjumpa ini:



Oh Tidak!!! Oh Tidak!! Oh Tidak Tidak Tidak Tidak!!!
Saya tontoni juga drama ini malam itu, dengan hati berangin 110km/j bersamaan kelajuan piawai lebuhraya.
Saya tidaklah menonton dari mula, jadi tidaklah saya tahu bagaimana kejadian rogol itu berlaku.
Saya mula menonton adegan emak mangsa berserta kakaknya, dan sang mangsa, merayu supaya ibu bapa sang perogol itu mengahwinkan anak mereka dengan mangsa. Mangsa pula sedang menagis teresak esak. Tak pasti mengapa. Samada kesedihan kerana didapati mengandung, atau kesedihan kerana ibu bapa sang perogol tidak sudi bermenantukannya dan membuat tuduhan balas keatas mereka.
Mangsa adalah anak pembantu rumah kepada ibu bapa sang perogol.

Dey!!!! kenapa nak dikahwinkan dengan perogol anak makcik itu? Sebab sang perogol itu anak orang kayakah?
Deyy!!! apa perasaan anda untuk meneruskan hidup anda dengan perogol anda? (tidak perlu bayangkan kena rogol dengan Dazrin Kamarudin lah!. Cuma perlu bayangkan perasaan anda terhadap orang yang berbuat begitu kepada anda dan perlu menghabiskan hidup anda sebagai pasangan hidupnya?)
Deyyyyyyy!!! Apa ni?

Akhirnya berkahwin juga. Tetapi tidak sempat dihadiri oleh ibu mangsa kerana meninggal dunia akibat kesedihan paras tinggi.
TETAPI.... yang berkahwin dengan sang mangsa ialah kembar sang perogol itu. Sang perogol sudah ke luarnegara dihantar oleh sang ayah. Rentetan kejadian kejadian "aneh-tetapi-mudah" sehingga sampai ke majlis perkahwinan itu, faham faham sendirilah dalam drama bagaimana skrip dan jalan ceritanya kan..

Selepas diakad, sang isteri berlanjutan kesedihannya kerana sang suami membencinya.
Dey!!! Suami tidak semena-mena kena paksa kawin dengan engkau...
Dey!!!! Saya pun tidak faham bagaimana perempuan tu bersyukur sebab mendapat pembelaan sedemikian.
Deyyy!!! cerita pun bersambung. Pergi tidur.
Apa pun, jangan risau. Sudah semestinya pengakhiran bahagia untuk dua pasangan ini. Atau mungkin pada 10 minit terakhir dalam episod terakhir, kebahagian 5 episod mereka terhenti kerana si isteri menghidapi barah rahim yang telah merebak ke gigi geraham dan hanya punya 5 hari untuk hidup.

Esok petangnya... saya "cuba" menonton drama petang-petang yang selalu diperkatakan oleh kawan-kawan sesarapan. Saya pernah berkata kepada kawan saya... kalau drama.. perempuan ketiga mesti takde kerja+tak pepasai nak datang opis hero+baju melawa melebih-lebih+RAMBUT GULUNG GULUNG.
Ya. Petang itu saya nampak perempuan ketiga RAMBUT GULUNG GULUNG itu datang ke opis hero tapau makanan dari Secret Recipe. Berguling guling saya ketawa. Baiklah. Tidak mahu ketawa lagi, saya tutup tivi.

Monday, June 29, 2015

Hari Ibu. Telekung Untuk Amanda

Bersempena bulan Ramadhan tahun ini,saya menjahitkan sehelai telekong untuk anak saya Amanda.
Telekong putih dari kain cotton bersulam. Memang saya kurang berkenan dengan telekong berwarna-warni. Putih masih warna terbaik dan nampak penyatuannya. 

Kain itu sebenarnya hadiah dari sebuah butik milik sahabat saja, kerana memenangi peraduan menamakan koleksi pakaiannya. Saya kira, dalam 3 tahun yang lalu.

Ini kali pertama saya menjahit telekung. Dihasilkan hanya atas pemerhatian dan cerapan saya terhadap telekung-telekung lain yang saya ada. Tidaklah sesusah mana pun sebenarnya, walaupun bahagian muka terpaksa saya tetas dua kali kerana tidak menyangka ukurlilit muka Amanda sudah menyamai muka saya.:)

Telekung yang emak saya jahit untuk saya dahulu masih ada disimpan.
Kain kapas putih poros. Ditepinya bersulam. Emak saya sulam sendiri dengan mesih jahit. 
Caranya ialah dengan melakar corak terlebih dahulu. Dulu-dulu template corak disimpan diatas kertas, kemudian diterap ke atas kain dengan bantuan kertas karbon. Kain itu di pasang ram, dan dijahit dengan mesih jahit sulam. 
Pada zaman tiada pre-set design, kemahiran tangan mengendalikan ketebalan sulamanlah yang menentukan hasil yang baik. Itulah kemahiran ibu saya!
Dulu-dulu, sewaktu saya pulang dari sekolah, saya akan melihat emak saya menjahit sulam mesin. Sebelah tangan mengawal ram supaya jarum bergerak mengikut garisan corak, manakala sebelah tangan lagi mengawal ketebalan sulaman. Macam senang saja. 

Dalam satu hari, terhasillah telekung untuk anak saya ini. 

Pada minggu yang sama, kawan saya meminta saya 'personalized' telekong anaknya. Ya, sulamkan nama di atas telekong itu. Ianya telekung dari sebuah butik terkenal. harganya rm360. Gulp!!!




Friday, April 3, 2015

Good Friday

Hari ni hari "Good Friday".
Saya baru teringat akan hari ni ialah hari "Good Friday" kerana ramai rakan sekerja saya bercuti sempenanya. Paling ramai di Filipina kerana mereka memang devoted kristian.

Saya ada cerita "Good Friday".

"Jiah.... awak tahu tak, hari ini Good Friday tau. Awaklah penyelamat saya pada hari ini"

Suatu Jumaat, pada waktu rehat tengahari, saya keluar menjemput anak saya dari PDK ke rumah pengasuhnya.

Dalam perjalanan pulang ke pejabat, saya belok ke satu stesen Petronas. Bukan untuk mengisi minyak kerana saya jarang-jarang sekali mengisi Petronas. Saya hendak mengeluarkan sedikit wang dan membeli biskut makan tengahari (biskut makan tengahari????) :).

Saya ternampak seorang rakan sekerja, Fong Fong di tepi kenderaannya, sedang resah menelefon. Saya tak endahkan.

Saya masuk ke kedai Mesra, dan ternampak seorang lagi rakan sekerja, Audrey di dalam kedai Mesra. Audrey merupakan "rakan makan" Fong Fong. Tidak kira sarapan, makan tengahari, minum petang, kalau pada hari berkerja memang mereka akan makan berdua. Kedua-dua mereka bolehlah dikategorikan sebagai makcik, sebab anak-anak pun dah menengah atas.. :P

"Jiah.... apa awak buat di sini?"
hmmm ok. soalan itu memang patut ditanya kerana jam sudahpun melebihi waktu rehat.
Audrey memberitahu perihal kereta Fong Fong yang rosak. Bila Fong Fong masuk ke kedai Mesra, dia bertanya samada saya boleh membawa Audrey pulang ke pejabat.
Sudah tentulah boleh.

Audrey membelikan saya set mcDonald's kerana dia belum makan tengahari. Dia ada bertanya kepada saya kenapa saya pergi ke stesen Petronas itu. Saya cuma katakan saya terasa hendak belok kerana hendak mengeluarkan duit.
"waah.... (gaya makcik makcik).. tengok, tuhan telah bawa awak ke situ untuk menyelamatkan saya pada hari yang baik ini"
"apa-apa saja lah" (dalam hati)

Sejak itu, Audrey yang telah lama meminati saya (KAH KAH KAH) semakin meminati saya. Asyik ajak chatting saja sampai saya terpaksa blok dia dari senarai contact saya.






Thursday, March 26, 2015

Jangan Ajar Anak Menipu

Syakirin masih belum menghafal hiragana dan katakananya.
"Syakirin tampal tak carta yang Mama beri tu di atas katil?"
(katil dua tingkat, jadi katil orang atas bolehlah ditampal apa-apa untuk renungan sebelum tidur. Dulu saya letak gambar Kevin Costner, kerana selepas menonton Price Of Thieves, saya bermimpi
berpisah dengannya di lapangan terbang Kennedy dengan ucapan 'kalau ada jodoh kita jumpa lagi')

Tetapi rupanya, anak saya telah diarah tukar katil kerana ada pelajar pengambilan baru yang mahukan katil bawah. Ibunya memberi alasan anaknya tidak boleh tidur di katil atas.

Hmmm....  tak tahu nak komen apa sebab saya pun tak sanggup nak korbankan anak orang lain untuk kemudahan anak saya.

"Tahun depan, Syakirin pindah balik katil bawah. Ambil katil pelajar tingkatan 5 yang akan keluar"
"Tak boleh Mama, katil tak boleh pindah pindah. Kekal sampai 5 tahun"
"Nanti Mama beritahu cikgu Syazreen, yang katil asal Syakirin ialah yang bawah"
"Tak payah lah Mama"
"Syakirin cakaplah Syakirin takut tidur katil atas"
"Tak apa, Syakirin tak takut pun tidur atas"
"Syakirin cakap Syakirin takut jatuh bawah sebab Syakirin tidur lasak"
"Tak apa, katil tu ada pagar kiri kanan"
"Cakap saja tak tahan sejuk dengan angin kipas"
"Tak apa, Syakirin okay saja"

Hmmm.... tak tahu dah nak komen apa sebab saya pun dah mula sedar yang anak saya tak akan sanggup cakap bohong.


Monday, February 23, 2015

Cerita Hantu Asrama

Hantu Langgar Lari.
"Mama, Syakirin masuk archery"
"Oh, good"
"Mama tahukan, berlatih archery kat mana?"
"Tahu, kat hujung asrama tu"
"Dulu situ tempat bas.... ada kes dengan bas tu. Kes langgar lari. Mama tahu tak langgar lari tu apa?"
"Tahu. Langgar orang, lepas tu lari sebab orang yang kena langgar tu kejar kita" :P
"Langgar, lepas tu tak bertanggungjawab la kan...."
"Bas tu dulu pernah langgar lari seorang budak perempuan sampai mati. Nama budak tu Aliya. Selalu orang nampak Aliya tu main main tepi tempat bas tu. Rambut dia panjang. Pastu dengar suara dia gelak-gelak. Dia cari pemandu bas tu"
"Tengok.. betul tak Mama cakap, kita lari sebab kena kejar dengan orang kita langgar tu.. dalam kes ni, hantu kejar lah"
(kalau dah langgar lari, siapa pulak boleh tahu nama budak tu?)
"Pernah nampak ke?"
"Taaaaaakkkkkkk"


Hantu Kira Jari.
"Lepas tu, ada satu lagi hantu ni. Nama dia Makcik Rosnah"
(Rosnah Mat Aris ni popular betul)
"Jual karipap ke?"
"Tak.... Makcik Rosnah ni mak kepada Aliya"
(Denggggg...... hantu sedara-mara serang sekolah)
"Dia pun berkelah tepi bas ke?"
"Tak, dia masuk dalam dorm cari anak dia. Siapa yang tidur kaki terjuntai dari katil, atau kaki terkeluar dari selimut, nanti Makcik Rosnah datang kira jari. Dia picit satu persatu jari. Bila dah sampai jari akhir sekali, dia ulang dari jari pertama semula"
"Kesiannya... takkan sampai pagi kut mencangkung cium bau kaki?"
"Takde la.. tapi kalau rasa macam jari kaki kena picit-picit tu.. jangan la tengok. nanti nampak muka dia"
"Gantung je notis kat hujung katil tu, 'MAKCIK ROSNAH! ALIYA ADA DEKAT BAS'"
"Ada sesiapa pernah nampak ke?"
"Taaaaakkkkk"


Hantu Tak Logik.
"Ada satu lagi hantu ni Mama. Tapi memang tak logik lah... Meeeemaaang tak logik. Nama dia Hantu Locker"
(nak gelak sekejap, teringat kawan-kawan yang pernah bersembunyi dalam locker)
"Dia ni tak nak pergi sembahyang Jumaat. Jadi dia suruh kawan dia kuncikan dia dalam locker, supaya warden tak syak. Tapi, hari itu ialah hari pulang bermalam. Kawan dia tu terlupa akan dia yang masih terkunci dalam locker. Selepas seminggu, kawan dia baru teringat. Kawan dia balik ke asrama. Apabila locker itu dibuka, dia dah jadi mayat reput. 
Isshhh... tak logik langsung! Syakirin ada baca kan, manusia kalau duduk diam je tak buat pergerakan major, boleh hidup tanpa makan dan minum selama seminggu. Macam bertapa tu la.
Lagipun, locker itu kan ada lubang, boleh bernafas. Takkan lah dia boleh mati."
"Sebab ada lubang lah, dia mati"
"Kenapa?"
"Ada 5 ekor lipan bara masuk dalam locker gigit dia sebab dia tak pergi sembanyang jumaat"


Untuk cerita hantu yang terakhir tu.... Nora bagi empat bintang!!

~



Thursday, January 15, 2015

Bila Kawan Kita Kahwin

Apabila kawan memberitahu dia akan kahwin...

Kawan kawan lain yang terlebih teruja
macamlah adik beradik kandung sendiri yang nak berkahwin.

Kawan kawan lain yang asyik fikir nak bagi hadiah apa
sebab nak juga beri hadiah walaupun bakal pengantin kata 'tak payah'

Kawan kawan lain yang pening fikir hadiah paling istimewa
walaupun akhirnya serahkan duit yang dikumpul saja (senarai cadangan sampai tak muat kertas A4)

Kawan kawan lain yang asyik bincang nak berkumpul pukul berapa
tetapi tak berkonvoi pun

Kawan kawan lain yang sibuk pilih warna tema baju
walaupun ada yang terlepas mengikut tema kerana membuat keputusan saat akhir untuk pergi


Apabila kawan kahwin...

Kawan kawan lain yang sibuk ambil gambar
tetapi ambil gambar kawan kawan yang lain

Kawan kawan lain yang ambil peluang peluk pengantin
sebab nak ambil sipi sipi berkat raja sehari

Kawan kawan lain yang buat dewan macam dewan makan sekolah
maklumlah memang dewan sekolah pun

Kawan kawan lain yang sibuk memberi nasihat nakal untuk pengantin baru
padahal waktu waktu begini pengantin lebih suka layan bini baru dari layan whatapps

Kawan kawan lain yang tidak dapat hadirkan diri rasa sangat rugi
dan dalam masa yang sama rasa lega sebab terlepas dari kandid dan dialog zamhury

Kawan kawan lain yang tidak mahu pulang ke rumah
sebab sekali sekala dapat lesen besar dari isteri dan suami untuk berjalan solo

Bukan senang nak dapat alasan "Kawan sekolah kawin" pada umur umur begini kan....


Jadi pengapit pengantin lelaki 

Jadi pengapit pengantin perempuan pulak ;)

Dikira-kira, inilah paling ramai dalam mana-mana kenuri kawen setakat ni.
(nota: seorang tiada dalam gambar kerana sibuk kutip pinggan)
(nota lagi: kualiti gambar tak elok. ntah siapa punya kamera :p )