Mesin jahit saya yang umurnya sudah layak menduduki UPSR tahun lepas, sudah mula memberikan tanda-tanda bersara awal. Bila beroperasi, bunyinya sudah seperti bumbung zink dilanda hujan air batu.
Jadi saya perlukan mesin jahit dengan kadar segera..
Atas kekangan kewangan, saya membeli secara ansuran kutu. Dapatlah
saya giliran ke-empat walaupun berdoa supaya dapat giliran pertama kerana
sedang bersemangat menghabiskan jahitan terbengkalai saya.
Telahpun saya ambil mesin jahit itu dari ibu kutu yang cantik manis, Zura
Ibrahim, lalu duduk diamlah kotak 24kaki kubik itu sebagai arca hiasan di lantai
ruang tamu rumah saya, kerana semangat saya sudah beransur-ansur dibawa lari oleh angin sepanjang empat bulan tempoh masa menunggu itu.
Tak disentuh pun sejak berbulan-bulan.
Lagipula sejak
hujung tahun lalu, hujung minggu saya boleh dikatakan penuh dengan undangan
nyanyian pentas. Oh, sangat menipu! Sebenarnya saya sibuk dengan hal berkaitan
persekolahan dan keluarga.
Akhirnya, saya buka kotak itu, mengeluarkan mesin jahit, menyambung
bekalan elektrik dan membaca manual. Ya, saya membaca manual, satu perkara yang
tidak suka saya lakukan atas alasan perasan pandai bab-bab berkaitan teknikal dan pandai menyelesaikan kiub rubik dengan mata tertutup (mata orang lainlah,
bukan mata saya sendiri). Dan disebabkan sifat tidak suka membaca manual ini jugalah, barang-barang saya selalu tidak bertahan lama. Adanya buku manual sedikit sebanyak membuat kita percaya yang barang itu kompleks dan rumit digunakan. Lebih tebal buku manual, maka lebih kompleks lah barang itu.
Di mesin itu terdapat indikasi samada mesin sedia untuk
digunakan, atau mesin tidak boleh dimulakan. Contohnya, bila tapak jahitan
diangkat, indikator akan berwarna merah. Tandanya, tidak boleh memulakan
jahitan. Dan bila tapak jahitan itu diturunkan, indikator akan bertukar kuning,
tandanya bersedia untuk memulakan jahitan.
Anak saya yang dari mula lagi menempel di sebelah alat baru
itu bertanya, “Mama, air suam takde ke?”
“Air Suam?”
“Mesin mama ni takde air suam ke?”
“Ini mesin jahit lah Sayang. Nanti mama jahitkan baju Amanda
ye”
“Air suam takde ke? ada air panas dengan air sejuk aje?”
??????
Anak saya menuding lampu indicator itu. Oohhh….
Dia memikirkan yang ini rupanya…. mesin air di dapur kami.... :) Merah utk panas, Jingga untuk suam, dan Kuning untuk Sejuk.... ha ha ha..
Nasib baik dia tidak bertanya, "Jalan" takde ke? sebab merujuk kepada lampu isyarat di jalanraya, Merah, Kuning, Hijau.
Nasib baik dia tidak bertanya, "Jalan" takde ke? sebab merujuk kepada lampu isyarat di jalanraya, Merah, Kuning, Hijau.
nasib dia tak tekan2 sambil tadah dengan gelas...
ReplyDelete