Thursday, March 18, 2021

78

19 Mar 2021.

Naik gaji 70 ringgit?

Semalaman saya muhasabah betapa tak berbaloinya naik gaji 70 ringgit tu, dengan perngorbanan untuk kerja.

Hari ini saya disapa posting Maahad Tahfiz At-tanwiriah di Parit Jawa dalam instagram. Kali pertama posting Maahad ni naik dalam news feed saya. Ada tawaran infak yang didatangkan dalam pakej pakej tertentu. 

Begitulah manusia di uji. Saat kita rasa naik 70 ringgit sebulan itu terlalu sikit nilainya untuk kita, kita diuji samada kita akan lepaskan nilai sedikit itu kepada pihak yang menghargainya dengan nilai yang sangat tinggi.

Saya memilih untuk membuat infak bulanan. Bayaran bil bulan kepada Maahad itu secara berterusan.


Maahad At-Tanwiriah.

Sebenarnya Maahad ini bukan asing bagi saya. Tak pasti fakta yang sebenar kerana saya malas nak cari sejarahnya. Maahad ini bermula sewaktu arwah ayah saya giat dalam PAS. dulu dipanggil SAR. warna pun hijau, isyarat jelas ianya 'harta PAS' :).

Anak saudara saya bersekolah di situ beberapa tahun. Selepas ibu saya kembali ke rahmatullah, anak saudara saya kembali tinggal bersama ibu ayahnya di Kuala Lumpur. Barangkali niat arwah ayah dulu nak jadikan salah seorang cucunya tahfiz, memandangkan tiada seorang anak pun hafiz / hafizah. Semua sibuk hafaz buku sifir, formula fizik dan jadual berkala saja.

Sudah sekian lama tak balik ke Parit Jawa.  Kalau bukan kerana PKP pun, situ memang bukan destinasi hujung minggu kami lagi sejak  6 tahun lalu. Nampak dalam gambar website maahad ni, dah jauh berubah rupa dengan banyak bangunan tambahan, pastinya sumbangan para dermawan.  Saya akan terus menyumbang ke maahad ini atas nama arwah ibu dan ayah saya.