Wednesday, December 26, 2018

While I Was in Cebu - I

Aku kena pergi Cebu.
Pulau Cebu, Philippines.
Aku belum pernah pergi Philippines.
Misi utama aku untuk memberi latihan (bagi training .. HUHUHU) untuk MSA Application. Sebab kami ada buat penambahbaikan yang agak major. Orang Cebu pulak belum pernah guna apps nih, jadi diorang request la untuk training.

Ada seorang dalam IT yang aku kenal di Cebu ni. Namanya Rodel Bassalo. dulu dia satu team dengan aku, tapi selepas re-org, dia dah masuk team lain, yang totally terpisah dengan team aku.
Tapi sebab pernah kenal ini, ada dua orang kawan kirimkan barang untuk Rodel ni.
Jadi, misi kedua utama untuk menyampaikan barang kepada Rodel.

Pagi itu suami hantar ke airport. walaupun hanya sampai depan pintu masuk je, oklah jugak, sudi jugakla dia menghantar (tetapi sebenarnya kalau naik grab, senang nak claim :) )

Aku memang dah aware yang aku akan terbang dengan Tuan Haji Haneefa. Perangai arnab sumbang aku memuncak dan mendesak untuk terus berdoa agar dia naik flight lain. Sebab? hmmm malas nak bersembang. (kalau dalam talipon, dia kata aku ni banyak cakap, mulut takmau berhenti, tanpa dia tahu yang aku memang taknak beri peluang dia bercakap sebab dia suka buat permintaan merapu. Itu sebab aku akan explain dan exlain untuk counter-propose dia punya proposal).

Aku beli sarapan, aku masuk gate, aku beli sarapan lagi, aku duduk belakang sekali, supaya aku boleh pastikan Tuan Haji HAneefa  tak nampak aku.
Akhirnya penumpang pun dipanggil untuk memasuki pesawat. hmm.. LINE CLEAR!. aku rasa dia naik flight lain.....

Sewaktu beratur, bila tiba masa aku, barisan dah sampai deretan kerusi. Jadi pekerja airline suruh aku buat barisan baru (double lane la). aku pun pergi ke depan untuk mencipta barisan yang baru.
"Eh Hajiah".
(oh mak kau.... macammana dia boleh ada sebelah aku!)
ok. dalam aku berusaha elak Tuan Haji Haneefa, jumpa jugak...

lepas tu, dia yang bercakap tak berenti. aku "okay, okay" je la. dia kata, dia tak dapat attend meeting kami pada hari rabu tu, sebab dia kena balik KL ada hal keluarga. dia dah wakilkan madam daisy untuk gantikan dia dalam meeting tu nanti, dia akan balik KL semula pagi Rabu flight pukul 7. jadi dia boleh sampai KL dalam pukul 11, jadi tak la terbuang hari dia, dan bila sampai tengahari, dia bolehlah buat urusan sepatutnya di KL... blaa blaa blaa blaaa....
wuiiiiiihhhh... senang kerja dia no.... pagi senin terbang, selasa meeting, pagi rabu balik.

OK. misi tambahan aku di Cebu ialah aku terpaksa attend meeting yang dengan Tuan Haji Haneefa ni.

Lagi satu, misi tambahan aku ialah, meeting untuk another application - relcar.

memikirkan misi misi ni pun buat aku dah serabut. 4 hari untuk semua itu.

dipendekkana cerita, aku mendarat di lapangan terbang Cebu. lapangan terbang baru. baru bukak 1 july. kiranya baru seminggu la beroperasi. masih terlalu awal nak dijudge kecekapannya.
(ni semua Tuan Haji aneefa yang habaq)
Aku terpaksa naik coach yang sama dengan TUan HAji Haneefa, sebab kami menginap kat hotel yang sama.

Sepanjang perjalanan, dapatlah aku melihat kehidupan di cebu. tak banyak beza dengan pemandangan di kelantan, jujurnya.
hotel aku menginap tu sama pulau denggan airport. Cebu ni macam kepulauan la. mungkin tak semua berpenghuni. paling besar pulau cebu tu sendiri. pulau airport dan hotel aku ni namanya pulau mactan. penduduk tempatan pun tatau apa makna mactan dan macammana pulau mactan dapat nama.
di pulau inilah lahirnya lapu-lapu, pahawan melayu yang mengalahkan tentera magellan dulu.
ibu negeri Cebu juga ialah Lapu-LApu City, sempena nama pahlawan melayu ini. tema Lapu Lapu ni pulak, ialah warna warni kuning, oren, hijau muda dan biru muda. kebetulan sangat... itulah warna pakaian aku hari itu..... sengal kan,