--- Kawan saya akan ke Czech Republic. Memandangkan saya baru saja pulang dari sana, dia bertanya saya tips ikhtiar hidup apabila berada di sana.
Memandangkan saya tak boleh menjawab dengan ringkas, saya tuliskan email untuk dia. :)
Boleh jugalah, kalau ada melayu lain yang akan ke sana, bertanya tips ikhtiar hidup dari saya, saya akan bagi pautan ke laman ini --
Tips sebelum membaca email ni:
Kalau suka advanture, takyah baca email ni… :) hehe… boleh cari pengalaman sendiri.
Tapi kalau rasa was was nak ke Negara tinggalan komunis tu, boleh la baca tips
di bawah. Tapi kat bawah ni, saya taknak la beritau semua sekali, nanti awak
boring sebab rasa travel experience awak macam dah well planned & scripted
pulak kan..
Tapi kalau ada apa apa soalan, boleh je Tanya saya.
Tips kerja ON:
11)
Nak pergi kerja boleh charter taxi. Tapi saya
tak charter taxi pun. Saya suruh member ambik.
22)
Taxi – boleh suruh hotel arrange, atau mintak
tolong Jiri tu carikan taxi. Hari tu saya nampak mcm bukan keter kompeni, sebab
memang taxi biasa pun.
33)
Kilang ON ada banyak bangunan. Jauh jauh. Jadi,
Tanya Jiri, nak kena pergi bangunan apa. Contoh, saya dulu pergi bangunan nama
“M8”. Jadi, taxi tu tahu la nak hantar ke mana. Tapi rasanya bulan Sept, semua
IT dah pindah bangunan lain. Berdepan dengan M8 tu, tak tau nama apa.
44)
Orang kat ON semuanya senyap. Takde opis hour.
Datang kerja, duduk, rehat keluar makan, pukul 4 balik. Takde dengar suara pun.
Jadi, jangan terkejut.
55)
Sila bawa adaptor. Plug kat sana ada 2 prong je.
Tips duduk RoznovPR:
11)
Restoran AGH tu macam okay. Saya tengok je.
Sebab tak makan sangat pun. Saya selalu ambik “frgal” masa breakfast.
22)
“frgal” ni makanan tradisi tempatan daerah tu.
Inshallah takde bahan terlarang. Segala perisa frgal saya dah rasa. Maklumle,
mmg jenis makanan saya pun yang ala-ala gitu tu…
33)
Hotel agh ni sebelah square. Kecik je square tu.
Ada bank, ada kedai sport, ada pasaraya albert, ada restoren, ada kedai
majalah, ada kedai kebab, ada kedai aiskrem.
44)
Nota penting : kedai tutup pukul 5 atau 5.30.
kecuali pasaraya albert, dia bukak sampai pukul 7.
55)
EUR ke CZK boleh tukar di kaunter hotel.
66)
Cuma satu bank yang boleh withdraw duit guna
American express. Ada kat square tu. Nama bank tu saya tak ingat, tapi ada
lambang “MJ”
77)
Di roznov ada sungai, dekat sangat dengan hotel.
Ada laluan pejalan kaki dalam “taman”. “Taman” tu macam hutan. Pagi pagi saya
selalu jalan jalan sini, bagi makan itik tepi sungai. Roti yang saya tak abih
makan masa sahur, saya bawak pegi sungai kasi itik. :D
88)
Ada satu kedai majalah kat square tu, ada
lambang “T”. awak boleh beli sim card kat situ. Harga murah mcm simcard prepaid
Malaysia je. Beli yang Vodafone. Sebab nanti kat Vienna senang boleh pakai
jugak. Tapi , masa saya kat sana, 2 hari sebelum balik Malaysia, euro tengah
nak buat “free roaming” kat seluruh Negara euro. Mungkin by the time awak
sampai sana, dah takde masalah roaming kat austria-slovak-czech. Kenapa Slovak?
Sebab dari Vienna ke roznov, akan lalu hiway sepanjang Slovak. Jangan tidur!
Pemandangan cantik giler. Macam citer Narnia…
Tips berjalan kat RoznovPR:
11)
Dekat dgn hotel jugak, ada skanzen. Jalan kaki
pun sampai. Skanzen ni open-air museum. “Valasske Museum”. Bukak 9-5. Jadi
samada awak visit masa wiken, atau balik kerja awal sikit.. :). [rahsia: ada kawan saya bawak saya lari
masa lunch hour, datang museum ni, balik opis 2.5 jam kemudian. Dia kata, rugi
sangat la dah sampai sini tapi tak pergi museum tu..]
22)
Kat roznov jugak, jauh sikit, ada Gunung Radhost. Ada chairlift naik ke atas. Kat atas boleh naik scooter. Ada bangunan
lama/tradisi/sejarah kat atas. Tapi gunung ni tinggi la, boleh Nampak seluruh
roznov dan pekan lain sekitar.
33)
Roznov ni pekan kecik. Pekan besar sikit –
Valaske mezirici. Nama pendek dia “Valmez”. Besar la sikit dari roznov. Rasanya
ramai orang ON duduk sini. Takde apa, tapi kalau awak nak tengok pekan besar
sikit, boleh je jenjalan kejap.
44)
Roznov ni dalam negeri Zlin. Capital dia nama
Vsetin. Dalam 40 minit dari kilang ON. Vsetin pun banyak sejarahnya. Bangunan
sejarah awal awal dulu. Kilang zaman sebelum german. [Saya dapat pergi sini
sebab saya pergi meeting dengan contractor. Contractor tu pulak satu kepala
dengan saya, suka cerita macam macam]
55)
Setahu saya ada 3 bandar besar dekat dengan
roznov. Ostrava. Olomouc. Brno. Brno ada Autodrom - motogp circuit. Tercapai
impian saya nak pergi situ… ha ha ha. Ostrava & Olomouc, saya tak sempat
singgah.
66)
Ada satu apps ni. Nama dia Mapy.CZ. awak boleh
download apps ni. Lepas tu download offline map. Jadi boleh tengok map tanpa
dataplan.
Tips ke Prague:
11)
Ada banyak cara nak pergi Prague.
a. Flight
– pergi Ostrava, ambik flight dari Ostrava
b. Keter/taxi
– boleh le arrange sendiri
c. Train
– (yang ni saya pilih). Okay. Prague ni kira jauh la jugak dari roznov. Bukan
mcm SBN-KL.
Kat roznov mmg ada stesen
tren. Tapi tren tu tak pergi prague J.
Dia pergi dalam Zlin je.
Ada satu website awak boleh
cari tiket. (tak perlu cari tiket sekarang, saya hari tu pun khamis baru beli
tiket, inshaallah tren tak penuh).
Train route :
option I – roznovpr –
valmez – hranice – prague (susah giler.. dan jangan expect tren depa
punctual, so, connecting tren cam ni sangat jeorpadizing, dengan awak akan
terhegehh hegeh cari platform lagi… :) )
option II – roznovpr –
hranice – prague
saya tak ambik any option
from above. Kawan saya offer nak hantar ke Hranice terus. Hranice ni mmg banyak
tren – ke prague, Vienna, warsaw, Bratislava, ….
Tips pilih tren – pilih RegioJet.
Tren kaler kuning. Ini private operator. Yang gomen operated, kaler
lain lain.
22)
Stesen ketapi prague (hlavni nadrazi), dekat je
dgn Bandar. Jadi, dah sampai prague, jalan kaki je, takyah ambik taxi.
33)
Saya duduk prague 2 malam.
44)
Saya duduk Hotel Meran. Hotel ni kat square
Wenceslas square. (square ni mmg popular, saya tak tahu nak sebut camana, tapi
ejaan lebih kurang gitu la). Saya cadangkan awak cari la hotel kat area square
ni, atau mana mana hotel kat area Praha 1.
55)
Prague ni Bandar yang cantik, dan boleh
dikatakan semua tempat dia cantik. Jadi, berjalan kaki je lah. Dapat menikmati
suasana sebenar prague.
66)
Awak boleh jugak beli tiket public transport
yang valid untuk certain hours. Boleh pakai utk semua jenis public transport.
77)
Malam kedua saya duduk di hostel mango. Hostel
ni kat seberang sana sungai.
88)
Awak boleh diskas dgn boss awak, kalau awak
perlu checkout dari AGH, supaya awak boleh claim stay kat prague tu. Saya tak
buat gitu, sebab saya malas nak kemas kemas barang. Lagipun saya pergi prague
sehelai sepinggang je, dan leisure purpose, jadi malas nak bincang dengan boss.
99)
Kat prague banyak masjid. Banyak kedai makanan
halal. Jangan risau. Saya pergi masjid kat jalan politica… lebih kurang cam tu
nama jalan tu… hahhaa… bertentang dengan balai polis. Boleh je Tanya sesapa kat
situ. Depa tahu la. Masjid kat pinggir Bandar pun ada, rasanya semua sekali ada
5 masjid kat prague tu. Tapi saya pergi yang satu tu je.
110)
Saya ada kawan kat prague tu. Kalau awak nak
teman berjalan dan info berguna, (ye la takde la jalan memkhinzir buta), saya
boleh bagi email dan nombor tepon dia. Dia lelaki. Dia banyak cakap, tapi cakap
benda yang interesting la. (saya beritahu siap siap dia banyak cakap, takut
awak menyesal jalan dengan dia nanti. Tapi saya pasti awak tak akan menyesal
mengenali dia)
Tips balik:
11)
Saya pergi Vienna jumaat petang.
22)
Saya balik Malaysia ahad malam.
33)
Waktu di Antara jumaat petang dan ahad malam tu,
saya pergi meronda Salzburg, Vienna, Bratislava, Budapest. All by train. Saya
naik RailJet OBB.
44)
Sempat juga pergi theme park nama Prater kat
Vienna. (memang kaki rollercoaster dan segala extreme park.. J ).
55)
Vienna HAMPIR tak menerima American Express langsung.
Visa, Mastercard, takde masalah.
66)
Vienna lagi senang nak cari makanan halal.
Okay tu je la. Simpan la email ni. Boleh print untuk
rujukan. HAHAHA….
Saya doakan awak ditemukan dengan orang yang baik baik di
sana nanti.