Kawan saya menghantar mesej whatapps berbunyi "omg. parents yang sgt manjakan anak2.... tido xcukup pun nak buncang dlm pibg..."
Bila kami berjumpa semula di pejabat, dia memberi intipati mesyuarat PIBG sekolah anaknya. Sebuah sekolah berasrama penuh bertaraf elit.
1) "anak saya tak cukup tidur. Kenapa lewat sangat baru boleh masuk tidur. Patutnya kelas prep malam elok ditiadkan supaya anak anak boleh tidur awal. Kalau nak diadakan juga, pendekkan satu jam"
2) "Barang anak saya hilang. Baju baju selalu hilang. setiap minggu kena bawakan yang baharu. Kenapa ini berlaku?"
3) "Sekolah ni tak beri peluang kepada setiap murid. Untuk aktiviti-aktiviti tertentu, hanya murid tertentu saja yang sertai. Contohnya kelab catur, kalau mendapat tajaan, hanya kepada beberapa murid yang sertai catur itu sahaja. bukan kepada murid lain secara keseluruhan"
4) "Kenapa di masjid ada kawasan kawasan tertentu yang anak saya tak buleh lalui? kata anak saya, itu kawasan kakak senior."
5) "Saya dapati pendaftaran pelajar baru tidak tersusun. Tiada sistem langsung. Kena mengisi yang beberapa borang secara manual, beberapa kali. Saya berkerja di MMU, pendaftaran semua secara online. bayaran buleh dibuat secara cek atau bank draf terlebih awal. Tetapi di sini kena bawa wang tunai. Di tempat ini kena bayar... ke tempat lain lagi kena bayar"
(maksud bapa ini, contohnya kaunter A bayar yuran makan, selesai itu.. ke kaunter lain di tempat lain, bayar yuran Koop.. dan sebagainya)
6) "Anak saya kena buli. Nak menggosok baju pun kena ikut giliran. Tidak boleh menggosok baju selagi kakak kakak belum menggosok baju. Kadang kadang anak saya disuruh mengambil makanan"
Itu saja yang saya mampu ingati.
Komen kawan saya : "buang masa aku saja. Aku juga terdengar ibu di sebelah aku merungut 'sudah la tu...'. "
(kawan saya lepasan MRSM terbaik Malaysia, suaminya lepasan sekolah berasrama penuh di utara Malaysia)
Ingatlah, kalau kita mahu anak anak kita hidup mewah dan hanya bercampur dengan orang orang mewah, sekolah asrama penuh bukanlah pilihan yang tepat. Benda benda remeh di atas hanya biasanya diutarakan oleh ibubapa yang tidak mengalami hidup disekolah asrama.