Monday, September 21, 2015

Sang Rambut Gulung Gulung

Selalunya anak saya Syafik akan menguasai siaran televisyen dengan rancangan NatGeoWild, saluran 550.

Sekali-sekala saya menyelit menonton filem melayu atau siam di saluran Citra. Itupun biasanya lewat malam, atau awal pagi hujung minggu.
Jarang-jarang sekali saya berusaha menonton drama berangkai melainkan kalau pelakonnya RemiSehak.

Suatu hari saya menekan-nekan alat kawalan jauh televisyen sambil melompat-lompat siaran membaca "info". Saya terjumpa ini:



Oh Tidak!!! Oh Tidak!! Oh Tidak Tidak Tidak Tidak!!!
Saya tontoni juga drama ini malam itu, dengan hati berangin 110km/j bersamaan kelajuan piawai lebuhraya.
Saya tidaklah menonton dari mula, jadi tidaklah saya tahu bagaimana kejadian rogol itu berlaku.
Saya mula menonton adegan emak mangsa berserta kakaknya, dan sang mangsa, merayu supaya ibu bapa sang perogol itu mengahwinkan anak mereka dengan mangsa. Mangsa pula sedang menagis teresak esak. Tak pasti mengapa. Samada kesedihan kerana didapati mengandung, atau kesedihan kerana ibu bapa sang perogol tidak sudi bermenantukannya dan membuat tuduhan balas keatas mereka.
Mangsa adalah anak pembantu rumah kepada ibu bapa sang perogol.

Dey!!!! kenapa nak dikahwinkan dengan perogol anak makcik itu? Sebab sang perogol itu anak orang kayakah?
Deyy!!! apa perasaan anda untuk meneruskan hidup anda dengan perogol anda? (tidak perlu bayangkan kena rogol dengan Dazrin Kamarudin lah!. Cuma perlu bayangkan perasaan anda terhadap orang yang berbuat begitu kepada anda dan perlu menghabiskan hidup anda sebagai pasangan hidupnya?)
Deyyyyyyy!!! Apa ni?

Akhirnya berkahwin juga. Tetapi tidak sempat dihadiri oleh ibu mangsa kerana meninggal dunia akibat kesedihan paras tinggi.
TETAPI.... yang berkahwin dengan sang mangsa ialah kembar sang perogol itu. Sang perogol sudah ke luarnegara dihantar oleh sang ayah. Rentetan kejadian kejadian "aneh-tetapi-mudah" sehingga sampai ke majlis perkahwinan itu, faham faham sendirilah dalam drama bagaimana skrip dan jalan ceritanya kan..

Selepas diakad, sang isteri berlanjutan kesedihannya kerana sang suami membencinya.
Dey!!! Suami tidak semena-mena kena paksa kawin dengan engkau...
Dey!!!! Saya pun tidak faham bagaimana perempuan tu bersyukur sebab mendapat pembelaan sedemikian.
Deyyy!!! cerita pun bersambung. Pergi tidur.
Apa pun, jangan risau. Sudah semestinya pengakhiran bahagia untuk dua pasangan ini. Atau mungkin pada 10 minit terakhir dalam episod terakhir, kebahagian 5 episod mereka terhenti kerana si isteri menghidapi barah rahim yang telah merebak ke gigi geraham dan hanya punya 5 hari untuk hidup.

Esok petangnya... saya "cuba" menonton drama petang-petang yang selalu diperkatakan oleh kawan-kawan sesarapan. Saya pernah berkata kepada kawan saya... kalau drama.. perempuan ketiga mesti takde kerja+tak pepasai nak datang opis hero+baju melawa melebih-lebih+RAMBUT GULUNG GULUNG.
Ya. Petang itu saya nampak perempuan ketiga RAMBUT GULUNG GULUNG itu datang ke opis hero tapau makanan dari Secret Recipe. Berguling guling saya ketawa. Baiklah. Tidak mahu ketawa lagi, saya tutup tivi.